" Ya allah semoga kau pelihara setiap tulisanku dr sifat riak dan takabur, sesungguhnya apa yg kau berikan kebaikan kepada kami adalah anugerah dr mu ya Allah ya maha besar"
Assalamualaikum semoga catatan ini bukan atas sifat membanggakan diri atau riak, astarfiruallahalazim...
Tips ini utk membantu kepada pembaca blog sy yg berhajat atau pertama kali pengalaman menjadi tetamu allah s.w.t...insya allah dgn izinya.
Apa yang di sampaikan atas dasar pengalaman pertama saya disana yg amat berharga dgn hanya syukur atas rahmat serta keredhoaan yg maha esa.. Utk jemaah wanita terutama ambillah peluang utk berdoa dan bersujud diatas permaidani hijau didalam RAUDAH (taman syurga) yang mana terlalu banyak rahmat yg telah dijanjikan, sesungguhnya Allah s.w.t tidak pernah menungkiri janjinya..Dan semua ini juga atas keizinannya jua.., apa2 pun kita sebagai hamba perlulah meminta, berdoa dan berusaha serta tawakal kepadanya insya Allah sesungguhnya ia maha penyayang dan maha memberi..
Setibanya jemaah wanita didlm masjid untuk menunju kekawasan raudah berhentilah untuk melaksanakan solat sunnat tahatul masjid, taubat dan hajat mohon agar urusan utk kedlm raudah dipemudahkan serta selamat. Utk masuk raudah bg jemaah wanita ada masa yang ditetapkan, utk maklumat terkini masa yg ditetapkan anda blh membaca pada skrin digital dipintu masjid nabawi termasuk maklumat gate (pintu) yg dibuka utk jemaah wanita yg berhajat utk memasuki raudah.
Masa yg ditetapkan utk wanita :-
Selepas solat subuh sehingga sebelum solat zuhur
selepas solat zuhur sehingga sebelum solat asar
selepas solat maghrib sehingga jam 11mlm
Sampai didalam pengawal bertugas akan asingkan ikut negara selalunya org asia (malaysia, indonesia, berunai dan singapore) akan duduk satu kawasan dan selalunya kita dpt pd stap ke 2. utk berada di stap 1 ( adalah dihadapan pintu masuk raudah mempunyai dua tempat kiri dan kanan sebelah menyebelah dilepaskan satu demi satu) selalunya jemaah asia akan dilepaskan akhir sekali so perlu kesabaran yg tinggi sambil berdoa atau paling mudah bacalah "robbi yasir wala tuasir robbiatimir bilqoiri" berkali2 sambil disulam dgn selawat keatas nabi muhammad s.a.w. Sebab apa jemaah asia tidak dicampurkan dgn jemaah arab, turki, iran dll sbb dia org bebadan besar dr kita. Tetapi kalau anda rasa yakin dgn kekuatan allah s.w.t bg insya allah anda blh menyelit dlm group jemaah negara lain. Dan pengalaman sy mereka juga tidak suka kita masuk duduk sekali dgn mereka sbb saya sendiri ditanya oleh mereka indonesia or malayzie saya yg lurus bagitahu malayzie dan terus dia tunjuk arah ke kawasan perhimpunan jemaah asia. Sy jawap indonesia, malayzie, turki, iran all muslim.. dia terus diam. Dan sekiranya pengawal bertugas nampak jemaah asia ( dgn mengecam telekung putih) mereka jua akan arah agar kita keluar semula ke jemaah asia.. tapi bila dah berada dihadapan pintu raudah tunduk ajak lama2 mereka akan biarkan jua. Dan seandainya tidak mahu mereka bising tips paling penting anda blh berpakaian hitam seperti jemaah mereka dan alhamdulillah mereka juga tidak akan kacau bila kita berada didlm kelompok mereka. Kalau nak masuk jgn masuk ramai2 lebih baik 2 org yg terbaik senang nak ambk peluang bila free. Bg jemaah yg uzur yg mengunakan kerusi roda ada laluan khas disediakan utk jemaah kerusi roda termasuk ruang solat juga dikhaskan tidak bercampur dgn jemaah yang sihat. Sampai sahaja didlm carilah karpet hijau yg kosong solat terus dan lepas bg salam terus sujud sambil berdoa jgn berdoa sambil angkat tangan. seandainya pengawas bertugas nampak terus disuruh bangun dan keluar " bangun ibu...bangun ibu....keluar...keluar"... Dan kalau boleh ambk tempat dihadapan papan penghadang, ditepi2 atau dihadapan mutazim jgn sesekali terus solat ditengah2 laluan pintu masuk kerana bila masa pengawas bertugas melepaskan stap lain masuk mereka akan merempuh shj. sbb semua berkejar2 berebut2 nak ambk tempat utk solat.. Apa2 pun kita berserah jua pada maha esa atas izinya pasti dipemudahkan urusan baik kita insya allah... semoga dgn sedikit tips atas pengalaman sy, sy doakan kepada tetamu allah yg akan berangkat kesana diberi keizinan, dipemudahkan urusan serta diberi ruang utk berdoa bersolat didlm taman syurga ya rasulullullah s.a.w nabi muhammmad kekasih allah s.w.t. Semoga doa2 kita di makbulkan insya allah....aminyarobalaalmin...
gambar suasana dlm Raudah (taman syurga)
No comments:
Post a Comment