3 hero comel mama 2011

Monday 28 May 2012

happy....happy....dah sampai langkawi..

Alhamdulillah....mama n anak2 dah sampai umah tok abah n mak tok, kali ni kita balik rasmi umah lama tapi baru dimiliki oleh tok abah iaitu Kondo Istana..Standart kondo tak la besar mana tapi selesa dr umah lama (umah kg yg disewa dibelakang kondo). Amboii rezeki tok abah bertambah2 murah semenjak pencen ni. Semoga allah s.w.t terus memberi kesihatan yg panjang utk tok abah n mak tok..kami semua syg banggat anda berdua. Yang paling teruja anak2 dari hari ahad dah bising bila nak balik langkawi..bila nak balik langkawi.. Walhal bulan lepas je dia org blk langkawi, time tu mama n babah tak ikut balik sama coz mama ada trip ofis ke vietnam n babah keja. Tapi dia org tetap mcm dah lama tak blk ke langkawi, punya terketaq2nya. Akhirnya hari ni sampai jua km 4beranak di rumah baru tok abah n mak tok di kondo istana. Sampai je terus g swimming pool mandi manda, dengan2 acik sekali terejun so mama tak gaduh turun tunggu anak2 mandi. Mama ambk pic dr level 3 umah tok abah je.. Hebat la cucu tok abah b mak tok pasni.. Hari khamis ni org alor staq (paklang apit n mak lang alia) lak nak blk, wah meriah la lagi sekali sekala berhimpun.. Cerita bab makan, mmmm jgn cakap le sampai je kaki di tanah langkawi anak2 n mama mkn mcm tak penah jumpa n tak mkn dibuatnya.. semua nak mkn!.. babah pun sama kalau blk sini sure cedok je keja dia.. sekali sekala blkkan lagi pun air tanggan mak la katakan. So bila dok kat atas ni bungkus je bawa naik atas.. sampaikan penuh beg plastik hitam sampah acik bawa turun.. Makan la nnti kita blk kulim dah payah la nak dapat mcm mn dok kedai mak tok.. Ok lah nnti mama update lagi program kita sepajang cuti sek nii.. ok bye wasalam..

Sunday 20 May 2012

EXAM WEEK

STUDY WEEK


Mulai hari ini Isnin hingga Khamis adalah minggu exam. So kali ini mama rasa mama byk ambk berat nak dibandingkan exam yg lepas2. Mama harap along dapat buat dgn baik n tenang. Tak putus2 doa mama utk along. Along pun nampka bersemanggat bila mama study dgn along dalam persediaan untuk mengahadapi exam pertengah tahun ini. Kat hot spring pun sempat juga kita buat revision sebelah malamnya dan along juga berjaya menghafal doa lepas azan. Anak2 mama bijak, baik dan rajin sebenarnya tapi masih perlukan semangat tinggi dari mama. Insyak Allah mama akan lakukan yg terbaik utk along dan adik2. Tidak dinafikan peranan seorg mama adalah berat nak dibandingkan peranan seorg babah.. Baik buruk anak2 adalah tanggjawab mama sebenarnya. Dan ditambah sedikit peranan babah dalam membimbing anak2.. Mama dah usaha yg sebihnya mama serahkan pada yg maha kuasa untuk menentukan apa yg terbaik utk keluarga kita... Macam kata2 hikmah oleh Dato Fazilah Kamsah

"Kita memintak apa yg kita mahu, tetapi Allah s.w.t akan memberi apa yg kita perlu" 

Kata2 tersebut mama dengar dalam sinar FM dato fazilah kamsah bersama SY, KE serta Khairil... Dengan kata2 tersebut sebagai pegangan mama selagi menjadi khalifah allah s.w.t diatas bumi miliknya serta ciptaanya...

So mggu ni sure lepas solat maghrib mama akan sibuk layan along utk buat revision bagi subjek2 yg akan di hadapinya keesokan harinya. Good luck my son. 

IHSAN GOOLE - JOM BLK KG....
Mggu depan cuti sek bermula selama 2 mggu so mama dah janji dgn anak2 nak blk langkawi insyak allah hari isnin kita masuk langkawi dan boleh la rasmi rumah baru mak tok (KONDO ISTANA). Anak2 dah tak sabar rasanya. Kita akan blk ke umah tok walid ptg khamis lepas keja, babah akan tunggu kita kat umah tok walid sbb babah kena blk dulu kesana pada mlm khamis tu kerana lepas subuh babah nak kena bawa tok walid pergi periksa kakinya dekat SIK. Tak palah sementara masih ada yg kita nak berkhidmat untuk mereka, pun bila dah tiada esok pasti kita akan merindui mereka. Itu nasihat mama pada babah. Dan esok2 kita jua akan merasai apa yg mereka rasa. Tak rugi kita berbakti semoga allah s.w.t akan membalas setimpal dengan apa yg kita lakukan.... Insyak Allah...

WOW....HEBAT RUMAH BARU MAK TOK N TOK ABAH.....TAHNIAH
Kita blk ziarah tok walid n maktok sampai sabtu so sabtu bertolak blk ke kulim coz ahad kita nak kena pergi majlis kenduri umah tok nenda di peneng. Mama rancang lepas kenduri kita akan blk semula ke alor setar bersama untie eda serta uncle bazli. Insyak Allah kita hanya merancnag tetapi dia jua menentukan... Semoga dilindungi serta dipermudahkan amin......

Aktiviti kemasyarakatan ke?

Assalamualaikum......

Alhamdulillah, kemarin mama n babah, angah serta adik ke sungai petani menziarahi pak cik din yg telah dijemput illahi. So kebetulan mama mmg dah stanby cuti tapi masih 50-50 sama ada perlu atau tidak nak cuti. Kalau tak dak apa2 hal penting, mama ingat nak pergi kerja juga. Tapi bila dah dapat panggilan tel dr mak tok bagi tahu yg pak cik din dah meninggal dunia so mama n babah bersetuju nak pergi ziarah keesokan harinya. Tetapi keadaan tidak mengizinkan, kita tak sempat nak tgk arwah kali terakhir kerana masjid pengkebumian dilaksanakan jam 11 pagi. Kita sempat kekubur time tu arwah baru shj diturunkan didlm liang lahat. Kita tunggu sampai siap majlis tersebut, alhamdulillah sempat juga mendengar bacaan "talqin" yg mana mengingatkan kita yg masih hidup ini agar jgn mementingkan duniawi semata2... walhal semua itu adalah tipu dunia shj. bukanlah kekal bg kita hingga ke alam lain pula... Masa itu terfikir juga byk manakah amalan mama, adakah mama boleh jawap semua soalan2 di alam barzah nnti... Walallhualam..semua itu ketentuan tuhan yg maha kuasa atas tahap keiman kita sbg hambanya. Semoga allah s.w.t terus membuka pintu hati kami sekeluarga kejalannya serta sentiasa memberi hidayah dan pertujuk kejalannya....amin....

Balik dari s.p bergegas ke majlis kenduri kahwin anak jiran taman pula. Lepas abis makan dapat pula panggilan tel yg sepupu babah dah ada depan umah nak ambk barang2 hantaran so kita pun terus balik dan layan tetamu iu ini...lepas pada tu dia org pun mintak izin nak blk peneng. So berbaloi juga la mama cuti pun, sbb terisi jua aktiviti kemasyarakatan mama n babah yg mana dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w agar sentiasa berbuat baik sesama kita. Pahala juga tu....insyak allah dia lebih mengetahui nawaitu kita kan...


Saturday 19 May 2012

layan pic hot spring, sungkai perak

massage kaki + air panas..awalnya sakit tapi bila dah lama ok n best lak...
gaya adik lepas perut di isi dgn 2 mangkuk coco-kruns + fresh milk
adik ambk pic mama sambil breakfast @ restauran meranti
Ambk angin kat lobby hotel Felda Residences hot springs
second day @ swimming
dept. reseptionis
awalnya mama ajak adik makan adik tak nak, alih2 sebat 2 mangkuk coco-kruns dgn fresh milk
ni along punya kerja lani....
dapat juga babah n mama berpossing berdua-duaan je...cameraman is along
awat la angah ni susah sgt tangkap gambaq...payah nak dpt muka yg elok tauuu
aksi ikan jerung menyerang.........
romantic aiiiii
part terapi pula
dah penat n nak kena checkout ....
peserta terkeluar mggu ini..hiii dah nak blk kulim
cantikan chalet yg kita duduk......

Vocation@anniversary 2012

Alhamdulillah.....syukur hajat dihati nak g bercuti sempena anniversary berjalan lancar dgn happy n best sgt2... jom layan pic kita kat sana selama 2 hari. Bertolak dr umah kul 11pg dan sampai di distinasi yg diimpikan hot springs, sungkai perak jam 1 ptg. So sempat babah dan along mengerjakan solat jumaat di Masjid berdekatan disitu.. Tempatnya agak dalam, didalam ladang kelapa sawit, tapi ada keistimewaanya tersendiri iaitu air panas semula jadi. Walaupun di baling pun terdapat air panas tetapi dua2 tempat ni ada keunikanya tersendiri.. apa2 pun memang best n bebaloi.... Syukur semoga allah s.w.t memanjangkan umur kami sekeluarga agar terus menikmati keindahan serta kebesaran ciptaanya..insyak allah..
part mountain pool
dalam byk2 pool kat sini la tempat yg anak2 mama suka sekali
mcm2 aksi aiiii
acara rebus telur
on the way nak blk bilik sempat possing kat sini dulu ye...
comel anak2 mama niii....
sambil layan cartoon
pic burung sebenornye... ada nampak tak?
wowwww..........bestnyee
menarik, tetarik dan the best
dalam air pun boleh tidur ke.....
dapat kawan?
tu dia babah penuh perasaan siapkan bancuhan telur 1/2 masak yg direbusnya tadi...eee tak lalu mama 
adik bebai babah bawa adik naik papan longsok...marah dia
luasnya kangkang along oiii
part hot spring lak....
cantik tempayan yg disediakan disini...

Thursday 17 May 2012

Decoration in my house S'MWM.....

Mama suka deco my house.. kdg2 suka ubah perabut dlm rumah dan hiasan2 tambahan...Bila dah siap terasa suasana baru terasa, baru cik mood keseronokan pun dtg... Diluar rumah dulu rajin juga bergarden, why? bcoz dulu ada maid so kerja mama beli brg2 gardening je.. blk buat sama2 n then yg selebihnya maid akan urus siram, baja dll. Tetapi sekarang tidak lagi byk dah tinggal pasu kosong je... tak sempat dah skrg semua nak kena buat sendiri.. So mama byk fokus dlm umah je.. jom layan latest decoration....

HAPPY ANNIVERSARY 10th..(17/5/2012)

ihsan google...
"ALHAMDULILLAH.....SYUKUR KEHADRAT ILLAHI DENGAN APA YG TELAH KAU BERIKAN KEPADA KAMI SEKELUARGA....SEMOGA KAU BERKATI SERTA RAHMATILAH KAMI DIDUNIA DAN DIAKHIRAT...AMINYAROBALALAMIN......."

GENAP 10 TAHUN  PERKAHWINAN MAMA N BABAH HARI INI...

"MAMA SERONOK SGT. TAHUN NI CELEBRATE ANNIVERSARY YG KE 10 THN. AWAL2 LAGI MAMA DAH PLAN NAK CELEBRATE ANNIVERSARY KAT HOTEL... so kita buat keputusan esok kita akan bertolak ke HOT SPRING, SUNGKAI, PERAK. Dekat sana mcm best je siap ada team park lagi... rasa tak sabar nak joint with my family. Smlm 9lebih babah whatsapp wish kat mama...hiiii semangat lak babah tahun ek.. mama rasa babah pun teruja main dgn berganjaknya angka 10 nii... berjela gak la msg babah, time baca msg babah sedih n sayu juga coz babah keja mlm so with dlm handfon jelah. Abis baca mama apa lagi karang berjela2 jugala n balas balik untuk tatapan babah.  Yang paling terharu si along anak bertuah mama sorg ni, kecik2 dah punyai filling yg tinggi. Siap buat kad anniversary lagi khas utk mama n babah,...nnti mama upload kad along pada mama n babah.. Mama x ajar dia n semua ini lahir dr perasaannya sendiri. Alhamdulillah semoga sifat along akan berpanjangan sehingga bila2... amin...