3 hero comel mama 2011

Friday, 11 May 2012

Hari Khamis Malam Jumaat

Alahmdulillah, syukur kehadrat illahi dimana telah melindugi mama dan anak2.. Babah keja malam so tinggal jelah mama dgn anak2.. selepas solat maghrib mama baca yassin.. selesai baca yassin, along bawa "muqadam" utk mengaji so mlm tu mama baca sekali dgn along.. lepas selesai sementara nak tunggu solat insyak mama buka youtube ustaz zulkarnain rakaman bacaan yassin oleh beliau mmg sedap sungguh dengar sehingga abis.. lepas tu mama terus ambk air sembyg lain n solat insyak.. Lepas solat insyak mcm biasa dok baring atas sofa sambil layan fb.. tak lama lepas tu dengar suara angah menjerit2... "ular besaq....ular besaq..." mama buat tak kisah ingatkan dia tgk dlm tv, lepas tu mama dgr pula suara along "mama lipan besaq... cepat mama lipan besaq.." mama terus celapak bangun, sampai je kat anak2 mama depa gtau lipan dah masuk bilik komputer babah jerit2 along mcm apa lagi punya takut.. mama terus buka lampu bilik n kaih2 beg galas along tepi pintu bilik sambil iqtifar.. mama risau juga sbb dlm bilik tu kain baju berlonggok atas tikar belum
dilipat... Bila tunggu tak nampak kelibat pun mama pun pusing keluar tak lama lepas tu along n angah terus jerit "mama tu dia kuaq dah.. mama dia masuk bilik along pula.. cepat mama dia masuk bilik along....siap eeeee lagii" along mmg geli n takut la tgk binatang bahaya mcm tu... mama pun bila tgk ja terus pergi ke dapur dah tak tahu nak ambk apa utk bunuh shj lipan tersebut.. terus nampak tong cat yg belum dibuka..terus tindih lipan tersebut dgn tong cat tu la.. nasib baik la dia jalan pun slow sempat la mama cari benda nak bunuh dia.. ya allah time tu mama tak putus2 sebut alhamdulillah, subahanallah mmg ternyata kuasamu lebih hebat.. kau telah mendengar doaku.. kau telah lindungi keluargaku dr bahaya.. syukur terus mama gtau along..tgk along "lipan bara ini telah serah diri dgn kuasa allah s.w.t, tu pun along tak mau mengaji lagi..." dia terus terdiam.. sebelum nak tdo along terus ingatkan mama agar mama kejutkan dia utk bangun solat subuh besok.. walhal mmg mama dok kejut pun cuma jarang sgt la mama tak kejut tapi disebabkan nasihat mama along sendiri ingat maha pencipta..alhamdulillah... semoga maha pencipta terus melindungi keluargaku dr malapetaka, penyakit bahaya dan hasutan syaitan yg boleh merosakan keimanan dan ketaqwaan kami padamu... Kau berilah kebahagian keluarga kami didunia mahupun diakhirat... amin (ini sebahagian doa mama siang mlm)... syukur alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment