3 hero comel mama 2011

Sunday, 14 April 2013

Resepi nasi lemak kuning@kak yah kondo...

Cuti hujung minggu baru2 nii...mama sediakan juadah makan pagi nasi lemak mak tok (kak yah kondo) anak2 suka sgt masakan mak tok, apa mak tok masak semua sedap di mulut mereka. Dah lama mama tak masak nasi lemak kat rumah, so pg sabtu teringin nak masak nasi lemak utk family.. Entah la walaupun mama anak mak tok tapi masakan tak boleh nak rasa sebijik mcm mak tok...itu yg di namakan air tangan mak kan... tapi mama nak share juga dgn member blog resepi mak tok utk dicuba akan kesedapannya....dan utk pengetahuan semua dengan resepi nasi lemak inilah mak tok menggerak langkah menjadi bisnes women berjaya sehingga hari ini... syabas mak tok, kaulah ratu dihatiku... Tapi yg paling best walaupun mama masak nasi lemak tapi utk mama pagi tu babah belikan nasi kerabu yg dijual di taman sejahtera 'on the way' balik dr kerja mlm.... tqvm LV USM..

Jom kita layan resepi nasi lemak kuning.

Bahan-bahan

1) Beras 3 pot susu (kalau pot putih yg free periuk nasi elektrik -6 sukatannya)
2) Bawang besar 1ulas, bawang putih 6 ulas dan halia agak2 cukup. (kisarkan)
3) kelapa parut sebelah (di kisar dan ambl santan)
4) Daun pandan 2 helai (diikat)
5) Serai 2 batang (ditindik)
6) Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang ( sekiranya mahu) *
7) Serbuk kunyit sedikit

Cara-caranya

Tomiskan bahan yang dikisar (bawang besar, bwg kecil dan halia) bsama minyak masak, masukkan serai, daun pandan, * (buah pelaga 2biji, kulit kayu manis 1 btg dn bunga lawang 2kuntum), setelah kekuningan masukan santan, garam 2 sudu kecil dan kunyit sedikit...Sukat air ikut sukan beras setelah mendidih masukkan beras yg telah dibasuh dan siap ditapis kedlm periuk.
Tips utk periuk nasi elektrik
Tomis perencah diatas mcm biasa bersama santan, setelah mendidis terus masukkan kedalam periuk nasi elektrik yg telah ready beras dan sukatan airnya. Lama2 sekali kena buka tudung periuk utk kacau beras td agar santan tidak berkepala diatas permukaanya..

Hidangkan bersama lauk pauk dan sambal tumis yg anda suka...

Selamat Mencuba, sekiranya sedap boleh menjana pendapatan utk seisi rumah insya allah..."Rajin berusaha pasti ada kejayaan"


Nasi lemak kekuningan dihidangkan bersama ayam goreng, sambal tomis ikan bilis, ikan bilis goreng, telur rebus dan timun...Nikmat Allah s.w.t Masya Allah...



No comments:

Post a Comment