Masya Allah syukur alhamdulillah dgn limpah rahmatnya hari ni maka selesai sudah pengajian Iqra 1-6 along bersama ustazah. Mama hari2 akan bertanya perkembangan along dan adik2 hari ni ubah ke tak dlm pengajian mereka bersama ustazah. runtin mama selepas solat magrib, insya Allah mama akan mengaji sama2 dengan anak2.. Along akan mengajar angah dan adik dan mama pula akan mengajar along. Itulah runtin mama setiap mlm sekirannya ada dirumah bersama anak2.. Walaupun bg mama along naik alquran agak lewat tapi insya Allah dgn berkat hidayah allah s.w.t bagi, mama akan pastikan along menghatam al-quran mukarim, kalammuallah yg suci dgn cepat dan baik selepas ini. Sebelum ini juga atas kelalaian mama sendiri, seandainya kaedah dirumah mengaji bersama anak2 dibuat lebih awal pasti along akan lebih cepat menghabiskan iqranya. Mama berhajat nak adakan sedikit kunduri pulut kuning ditempat mengaji utk ustazah dan kawan2 along...esok along akan memulakan bacaan pertama kandungan al quran... seandainya mama dpt buat esok cantik sgt2 tapi apakan daya atas masalah lain so mama tangguhkan kenduri pada ahad ini, insya Allah. So ari ahad kita makan pulut kuning bersama gulai ayam k...insya Allah...
Along anak mama, amanah Allah s.w.t semoga along menjadi hamba allah s.w.t yang mendapat kejayaan darinya didunia dan diakhirat insya Allah...
Along with ayahlong....
No comments:
Post a Comment