3 hero comel mama 2011

Sunday 24 April 2011

Mengenali Empunya : Restauran Kak Yah Kondo, Langkawi..........

Assalamualaikum....... 
google (kondo istana langkawi island)
Restauran Kak Yah Kondo, Langkawi dimiliki seorang anak, isteri, mak dan mak tok.  Bapa beliau yg benama Hj Hamid dan mak beliau bernama Hjh. Fatimah. Beliau seorg isteri yg tabah dan cekal kepada En. Abu Hassan   yg mana telah berjaya mengukuhkan masjid yg dibina sudah hampir 36thn lamanya..Beliau juga mak kepada 7 org anak 2 lelaki dan 5 perempuan (Hafedhzah, Farah Izah, Mohd Hafed, Nordiana, Hazwani, Fatin Syuhaida dan Muhd Mu'iz dimana telah mempunyai menantu 5 org (Umal MrAddyson, Syed Yukhyi, Alia Basirah, Adi Akmal dan Saiful Adli) serta mak tok kepada cucu2 beliau seramai 9 org yg comel2 n aktif2 (Mohd Haikal Danial, Dayang Nur Qaseh, Syed Muqri, Syed Wafiq, Syed Muhammad, Danish, Azat Qayyum, Azib Qusyairi, Hadif Darwish.)

Membesarkan anak2 bersama suami tersayang dengan membantu mencari rezeki tambahan menjual kuih dan nasi lemak, membuat kuih tradisional, menjahit baju anak2 sendiri dalam erti kata tidak penah duduk rumah menjadi surirumahtangga shj. Dengan membekalkan kecekalan dan semangat utk senang bermulalah episod dimana "Aku adalah TAUKEYSOO" 

Diantara 1997-1998 - berniaga "Nasi Lemak Ptg" dibawah pokok besar di hadapan Kondo Istana yg tersegam indah sekarang,... time tu rasanya kondo baru dibina @ baru siap (dah x ingat la)
Diantar 1998-1999 - bermulalah perniagaan di bangunan kedai milik Tok Lang Cha n beliau hanyalah menumpang habuan hendak meletak nasi lemak shj. Bisnes tersebut dimiliki oleh Abg Zul, perniagaan cukup maju dan laris sapa x kenai Zul Keowteow Kerang ketika itu... Nasi lemak pun laris sehari terdapat 8jenis nasi lemak pelbagai lauk (Bilis+telur, Ayam, Ayam Kicap, Ikan Grg, Sotong, Ikan Masin, Ikan gulai) kira sehari 5 periuk besar asanya.. org Langkawi panggil "Nasi Lemak Bander" dan nasi lemak ni resepi beliau sendiri color kuning. seronok la time ni perkerja beliau dirumah shj 4 org yg tetap utk acara bungkus membungkus shj.. mcm operator kilang la pula...(Kak Limah, Kak Mah, Adik Umi, Adik Bitah) ini x termasuk anak2 niii...... mmg best la time ni.......

Diantara 1999-2000 - Kedai tersebut telah dirampas oleh hamba allah yg tidak bertanggjwab, abg zul menjual kepada beliau tetapi share mcm biasa juga berjanji pada mula maksudnya "Nasi Lemak" tetap kena bejalan mcm biasa, beliau bersetuju sehinggalah semasa beliau balik kg atas urusan keluarga suami beliau bersama anak2 yg menguruskan membekal nasi lemak pada hari tersebut. Tiba2........ suaminya ternampak yg nasi lemak yg telah dihantar, disembunyikan oleh bini tokey baru tersebut, patutla nasi udah merosok banyak yg x abis tetapi udah tau taktik mereka coz mereka pun buat nasi lemak juga tp nasi mereka banyak yg x abis, beliau tetap bersabar walaupun ada isu sebelum ini katanya "biarlah... rezeki ditangan tuhan depa buat pun x pa, ada rezeki kita ada x dak rezeki kita buat mcm mn pun x akan dapat".. aku masih ingat lagi... Tuhan shj yg tahu betapa cekal, sabar n tabahnya beliau....sehinggakanlah terjumpa exsiden yg mana mereka telah mengambil nasi lemak yg dihantar di sembunyikan dibelakang dengan mata suaminya sendiri barulah dia percaya. Keesokan beliau tidak lagi menghantar nasi tersebut yg paling kesian sekali beliau demam teruk akibat rungsing akan bisnesnye, itulah beliau sekiranya tidak dapat membuat kerja maka demam teruklah sakit urat dan sbgnya, seandainya blh buat keja teruk pun x apa, tidak merungut pula sakitnye...... Alhamdullh..tuhan maha kaya rupanya tuan milik banguan tersebut "TOK LANG CHA' pun x tahu yg abg zul telah jual pada hamba allah tadi so tok lang mintak mak ambk blk dgn membekalkan perjanjian sewa berada ditangan mak. Alhamdullh...syukur... tu yg dikatakan rezeki milik alllah s.w.t buat mcm mn pun dah kalau milik kita ada juga jalannya..... Setelah urusan pemgambilan diambil akhirnya mak berjaya memiliki sendiri Restauran tersebut dgn pada mulanya suaminya tidak setuju sbb bila dah ada kedai sendiri komitmen tinggi lagi pun suaminya berkerja "GOV" tp dengan keyakinan dan semangat yg kuat diusahakan jua sehingga berjaya sehingga sekarang....

Tetapi kejayaan sekarang bukan senang nak senang, airmata dan penat lelah beliau tidak dapat diluahkan dan diceritakan disini.... Macam2 dugaan tuhan menguji utk melihat adakah hambanya sabar dan taat suruhannya.... Allhamdullah berkat kesabaran dan doa akhirnya beliau blh memiliki kereta INOVA sendiri hasil titil peluhnya, menghantar wang perbelanjaan utk kedua ibubapanya yg sudah tua dan tidak mampu utk berkerja lagi tambahan pula mak beliau lumpuh sebelah tidak blh bejalan. Dan terbaru hampir 100 ribu lebih beliau membina 'RUMAH IDAMAN' di atas tanah milik ibu bapanya agar senang beliau balik menziarah dan yg dihajati oleh beliau rumah tu beliau nak bg kedua ibubapanya duduk dan merasai selagi hayat dikandung badan.... Dan utk mengetahuan semua kejayaan yg dimiliki sekarang yg paling kagum sekali kerana beliau tidak segan atau malu utk berjaya dengan pendidikan hanya darjah 3 shj... dalam erti kata beliau tidak tahu menulis dan membaca hanya membekalkan ilmu mengira sedikit shj. tp budi perkerti, rendah diri dan semangat yg memberi "KEJAYAAN SEKARANG". Tetapi kejayaan beliau sekarang berkat penat lelah melahirkan, membesar dan mendidik anak2 seramai 7 org selama ini dan kejayaan ini atas sokongan SUAMI DAN ANAK2 TERSAYANG.......

BELIAU ADALAH EMAK YG SAYA SANJUNG, KASIH, HORMATI DAN BANGGA...... 
'kesenagan anak2 sekarang adalah hasil titik peluh mak dan abah' TERIMA KASIH BYK2 TIDAK TERBALAS RASANYA JASAMU........ 

KAMI SEMUA SAYANG MAK DAN ABAH.......semoga allah s.w.t memberi kebahagian didunia n diakhirat.....amin.....

kasih seorg anak pada ibunya " dulu mak suap anak, skrg anak suap mak pula"
Semoga bahagia didunia n diakhirat ini doa km anak2 utk mak n abah


kek celebrate btday mak n menantu sulung pompuannya tarikh lahir sama beza tahun je.. pada 2010
Nilah keadaan kedai makan milik mak
inilah kedua ibubapanya yg sudah uzur....


RESTAURAN INI MILIK : PN RAFASIYAH BINTI HJ. HAMID berumur 51 tahun.



No comments:

Post a Comment