3 hero comel mama 2011

Friday 22 April 2011

Agenda Dapur Mama Hari niii





Assalamualaikum...... alhamdullh udah hari jumaat dimana penghulu segala hari, so utk mendapat keberkatan dihari cuti ni mama mguruskan umah, basuh kain n masak utk hubby tcinta termsuk anak2 mama yg keja nak makan je... alhamdullah udah siap masak utk hidangan hari ni, cuti2la baru masak special skit... menu utama hari ni SUp AYam (along yg bg cdngan) skrg mau rasa x tau nak masak apa leh dah tanya anak2 so mereka akan gtau apa yg mereka nak makan so mama sediakan je.. oklah menu tambahan : kacang buncis(karrot + udang) goreng kunyit, ikan goreng n sambal belacan.. asanya udah meyelerakan utk hari ni, pas hubby n along blk dari sembyg jumaat barulah kita rasa hidangan tu ye... sample tp sodappp.. resepi akan muncul nnti... TUNGGUUU......










Sup Ayam 

1. 1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar
2. 1-sup bunjut ( kulit kayu manis)
3.  2 biji bawang putih, 1 biji bawang besar sedikit halia (dikisar/ditumbuk)
4.  Karrot + ubi kentang
5. Daun sup+daun bawang
6. Garam + kiub ayam
7. Sos tiram

cara-caranya :-

Masukan air dalam periuk dan letak diatas dapur, masukan sup bunjut + kulit kayu manis ( buah pelaga + bunga lawang sekiranya mahulah tp td x letak pun sbb takut bau sgt) masukan perkara 3 dan biar mendidih n masukan ayam, karrot, kentang n garam+ kiub ayam + sos tiram sedikit biar sehingga hempuk n masukan daun sup dan daun bawang dan tutup api masukan bawang goreng yg sudah digoreng ( tomis darat) baru wangi... selamat mencuba..



Kacang Buncis goreng kunyit..


1) Kacang buncis - dipotong
2) Karrot - dipotong
3) Udang basah
4) 2Bawang putih n 2bawang merah
5) Garam + kunyit + sos tiram


Cara2nya: 
Masukan sedikit minyak masak kedalam kuali, tomis bawang yg ditumbuk/dihiris halus, masukan udang goreng sehingga kekuningan, masukan kacang buncis bersama karot yg udah dihiris dan masukan sedikit garam+sedikit kunyit+ sedikit sos tiram.. rasa n angkat utk dihidangkan.... ( kalau nak pedas skit masukan sambal belacan skit peahh sedap siutt)..... selamat mencuba....
 * Kalau bloger ada nak tambah nak bg sedap silakan masukan didlm coment ye....

No comments:

Post a Comment