Assalamualaikum.... Cuaca hari ni alhamdullh baik sgt, syukur pada yg maha esa.. baju penuh diampaian sampaikan ke atas tembok pagar coz mama buat operasi membasuh cadar2, tiap2 mggu rutin mcm nilah kalau ada kat umah x g mana... pagi ni udah breakfast keowteow goreng udang, so tengah hari ni dok fikir2 nak masak apa lak utk hidangan hari ni.. seronok kalau masak benda habis dimakan rasa penat masak pun hilang.. mmmmmm nak masak apa ye??? memandangkan esok dah keja so ari ni ingat nak masak ikan siakap masak cili , sayur bayam belacan , ikan goreng n sambal belacan ( setiap hidangan pasti kena ada). cukuplah coz mlm kita x makan dah, anak2 je yg akan mintk sekiranya mereka lapor... tp budak lelaki sama kot makan byk tp badan mcm tu je, x palah janji sihat sudah...sekarang nilah baru rasa lega banyak bila dah anak2 berumur 3 thn keatas kurang berpenyakit dah.. syukur sgt2 tdo mlm pun dah lena diulik mimpi2... hii adik pun dah pandai berdikari, semua nak buat sendiri.. teacher pun ceta sama bila dia ditaska alamku.. contoh pg ni 3 beradik mandi sendiri, pas abis mkn angah mandi dulu sorg2 dia coz leh dia main2 dlm besen mandi bby yg mereka punya dulu tahan sampai skrg.. abis angah mandi adik n along lak.. kalau lebih dari sorg dengarlah riyuh rendah dlm bilik air tu.. along urus adik gosok gigi n sabun pas mandi mereka g ambk baju sendiri cuma adik je bawa pampers mintak tlg pakaikan, bila nak pakaikan baju kat dia, adik said: mama adik nak buat sendiri!!! mmmm oklah..alhamdllh dah koi senang skg so masa mama berblog pun banyak le hiiiii, jom kita share resepi... bukan pandai sgt blh la habuan family je..
Ikan siakap masak cili.
1 ekor ikan siakap - digoreng garing
2 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
3 biji cili besar* ( * kisar )
1/2 btg karrot - potong dadu
2 biji bawang besar - potong bulat
2/3 sudu cili sos + sos tiram + garam + gula sedikit
Cara2nya.
1. Masukan minyak masak kedalam kuali, masukan bahan (*kisar) setelah masak masukan sos cili + sos tiram+garam+gula sedikit, masukan karrot biar hempuk, bawang besar biar sekejap shj n tutup api dan tuang ramuan yg sudah dimasak diatas ikan siakap yg sudah digoreng tadi.. (kacang campur pun blh). Hiaslah dgn daun bawang + daun sup dipotong kasar sikit utk naikan seri....
Sayur Bayam Belacan (famous bg org perlis)
1 ikat bayam
2 biji bawang besar
ikan bilis/ udang kering ( tumbuk) * kalau nak letak blh juga
sedikit belacan ( sebesar ibu jari pun blh)
garam
(* blh tambah pucok + sahoon (bihun tu)
Cara2nya.
Tadahkan air kedalam periuk (ikut banyak mana bayam tu) letak atas api, sesudah medidih masukan ketul belacan+ ikan bilis/udang kering dan biar sebati dgn air rebusan tadi, masukan batang bayam dahalu (biar lembut) masukan daun bayam bersama bawang besar tadi. Biar mendidih n masak baru tutup api ( jgn layu sgt)..
* Simple tp sedap x berminyak cuma resedung la skit.
No comments:
Post a Comment