3 hero comel mama 2011

Thursday 28 March 2013

Menjadi tetamu Allah s.w.t

Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah syukur ya allah dgn rahmatmu serta keizinanmu hambamu bersama suami dan ibubapa mertau termasuk jemaah yg lain selamat pergi dan balik serta selesai melaksanakan ibadah umrah dirumahmu yg sgt mulia dgn berlipat gandanya ganjaran yg engkau telah janjikan, sesunggunya engkau tidak pernah memungkiri janji.. Janganlah kunjungan km ini yg terakhir ya allah, sepertimana doa didlm "tawaf wada" yg km lakukan keatasmu sebelum keberangkatan pulang km ketanah air.

"ya tuhanku, janganlah dijadikan hambamu pada tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan. Kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarah kembali ke tempat ini dalam keadaaan sihat dan baik. Jika panjang umur hamba, insya allah hamba akan datang lagi. Jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabdikan kepadamu syahadah dan perjanjian dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tiada ada tuhan melainkan Allah. Tuhan yang tidak ada sekutu baginya dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hambanya lagi pesuruhnya. Maha suci tuhan yang mempunyai keangungan dan kekuasaan daripada apa yang mereka sifatkan. Salam sejahtera kepada sekalian rasul dan segala puji-pujian yang tertentu bagi Allah. Tuhan yang memelihara serta mentadbirkan seluruh alam...aminyarobalalamin..."(tawaf wadaku bersama suami jam 4 pagi masa mekkah pada 20/3/2013..

Semoga masih ada ruang untuk kunjungan hambamu ini lagi ya Allah... sesungguhnya nikmat yg dapat tidak terluah dgn kata2 hanya siapa yg penah merasai pasti merasai nikmat yg pastinya tidak blh dijual beli nilainya....

Saturday 2 March 2013

Kursus umrah/haji terakhir sebelum berangkat

Alhamdulillah....mama dan babah dapat hadirkan diri kelas akhir bg kami berdua sebelum bertolak mengerjakan umrah bermula hari khamis 7/3/2013. Sempat juga mengambil tips yang diajar oleh ustaz abdol razak. Insyak allah pembelajaran ini bukan berakhir hari ini, yang pastinya akan diikuti kembali selepas selesai ibadah umrah kami suami isteri. Banyak lagi yang perlu dipelajari serta difahami dgn izin Allah s.w.t menjemput kami menjadi tetamu Allah s.w.t sikit sebanyak dapat membantu kefahaman semasa mengikuti kelas yang seterusnya... Insyak Allah. Ustaz razak juga adalah tempat rujuk mama dalam fb beliau. Dan sebelum berangkat mama akan msg ustaz agar ustaz menghalalkan ilmu yang diturunkan kepada km suami isteri, semoga Allah s.w.t dapat membalas jasa baik ustaz dalam menjadi guru menyampaikan ilmu Allah s.w.t kepada hamba2nya diatas muka bumi ini. Semoga dgn ilmu yang dapat dimanfaatkan disana serta dipermudahkan urusan km serta yang penting diterima oleh Allah s.w.t..insyak Allah.

Syukran Ya Allah kau telah memelihara keselamatan anak2ku (pinjamanmu padaku) yang kami tinggalkan dirumah untuk kami mendapatkan ilmumu. Kepada anak2 mama terima kasih syg kerna amat memahami keadaan babah dan mama dalam mencari limu untuk dibawa kesana. Alhamdulillah mengurniakan anak-anak yang baik...

sebahagian buku rujukan yang akan dibawa nanti... Dari ustaz abdol razak sendiri dan de marwadah travel.....

Friday 1 March 2013

Persediaan dan persiapan umrah 2013

Assalamualaikum.....alhamdulillah cuaca baik penghulu segala hari dimana mama dapatlah membasuh keperluan baru yang telah dibeli pada hari selasa baru-baru ini. Mama dpt cuti ganti tanpa rekod sbb hadir krusus ISO di hotel hydro peneng minggu lepas. So ambil kesempatan babah "off day" kita pun set keluar beli keperluan yang hendak dibawa. kita beli kedai menjual barang haji/umrah di bandar perda hadapan dengan bangunan hasil dalam negeri. Lepas tu pergi jusco perda cari kasut utk kesana. Mama dah ada pengalaman oversea sebelum ini (beijing n vietnam) tapi tak dak persediaan apa la sgt. Persediaan habuan nak shopping ja... Tapi kali ini lain dari yang lain, persediaan agak lebih segala2nya dimana perlu ada persedian diri,rohani, fizikal dan emosi. Dan persediaan ini adalah semata-mata hanya yang esa, maha kuasa, maha pencipta, maha pemurah, maha penyayang dan segala2nya utknya.. Alhamdulillah berbaki hanya 5 hari mama dah mula sibuk menyediakan keperluan diri selama 15hari musafir di bumi arab dan keperluan anak-anak dirumah. Ya allah kau pemudahkanlah urusan ku didunia mahupun diakhirat dan kau ampunilah dosa2 kami sesungguhnya kami hambamu yang lemah dan hina.

Keperluan mama

1) telekung solat 3 helai
2) jubah putih 2 helai
3) jubah hitam 2 helai
4) baju muslimah 2 helai
5) seluar panjang 2 helai
6) seluar panjang putih 2 helai
7) tudung biasa 2 helai
8) kain sarung@batik 1 helai
9) baju singlet poket berzip 1 helai
10) losyen, sabun mandi umrah/haji, lip glose, ubat gigi
berus gigi
11) sarung kaki berwuduk 3 psg
12) sarung tangan 2 pasang
13) baju tidur 2 pasang
14) penter liner/pad (langkah berjaga2)
15) pakaian dalam secukupnya.
16) gunting kecil, kapit kuku, jarum dan benang.
17) seliper dan kasut
18) ubat-ubatan
19) soket internasional
20) buku panduan umrah dll
21) taula mandi 2 helai

Keperluan babah
1) kain ihram 2 set dan tali pinggang
2)jubah 2 helai
3)baju melayu 2 helai
4)kemaja 2 helai
5)singlet berpoket zip 2 helai
6)tuala mandi 2 helai
7)stokin 3 psg
8)seluar putih 2 helai
9)seluar jgn biasa 2 helai
10)selipar dan kasut
11)kamera
12)buku panduan umrah dll
13) ubat-ubatan

Tidak lupa juga wasiat mama dan babah pada anak-anak. Walaupun anak-anak mama baru 9thn, 6thn dan 5thn tapi mama yakin mereka kena belajar redho dr sekarang.
* lepas mama siap lekat di dinding mama mintak along bacakan bagi angah dan adik dengar, air mata mama mula nak berlinangan tanda keredhoan demi Maha pencipta...Waallahualam..