Alhamdulillah....mama dan babah dapat hadirkan diri kelas akhir bg kami berdua sebelum bertolak mengerjakan umrah bermula hari khamis 7/3/2013. Sempat juga mengambil tips yang diajar oleh ustaz abdol razak. Insyak allah pembelajaran ini bukan berakhir hari ini, yang pastinya akan diikuti kembali selepas selesai ibadah umrah kami suami isteri. Banyak lagi yang perlu dipelajari serta difahami dgn izin Allah s.w.t menjemput kami menjadi tetamu Allah s.w.t sikit sebanyak dapat membantu kefahaman semasa mengikuti kelas yang seterusnya... Insyak Allah. Ustaz razak juga adalah tempat rujuk mama dalam fb beliau. Dan sebelum berangkat mama akan msg ustaz agar ustaz menghalalkan ilmu yang diturunkan kepada km suami isteri, semoga Allah s.w.t dapat membalas jasa baik ustaz dalam menjadi guru menyampaikan ilmu Allah s.w.t kepada hamba2nya diatas muka bumi ini. Semoga dgn ilmu yang dapat dimanfaatkan disana serta dipermudahkan urusan km serta yang penting diterima oleh Allah s.w.t..insyak Allah.
Syukran Ya Allah kau telah memelihara keselamatan anak2ku (pinjamanmu padaku) yang kami tinggalkan dirumah untuk kami mendapatkan ilmumu. Kepada anak2 mama terima kasih syg kerna amat memahami keadaan babah dan mama dalam mencari limu untuk dibawa kesana. Alhamdulillah mengurniakan anak-anak yang baik...
sebahagian buku rujukan yang akan dibawa nanti... Dari ustaz abdol razak sendiri dan de marwadah travel.....
No comments:
Post a Comment