3 hero comel mama 2011

Saturday 30 April 2011

BALIK KG... SUAMIKU

assalamualaikum.... banyak ari x update blog coz sibuk dgn aktiviti harian bersama anak.. hari khamis pas abis keja terus g s.p tdo umah m.ndak. kita tdo sana sbb ada tok n wan yg dtg dari kg, lagi pun jumaat nak blk a.staq coz nak jemput mak n abah mertua balik dari umrah, yang mana mereka berangkat kita satu family x pergi hantar sbb hubby keja x dpt cuti.. pd 17.4.2011 so kemarin 29.4.2011 jam 9.30 mlm mereka selamat sampai kerumah dgn selamat n yg penting sekali alhamdullah sihat.. hari ni lak kita ada kenduri kawin kawan kat titi gajah kepala batas. pergi ambk has my best friend dulu keja dibawah satu bumbung selama 5 tahun dan skrg sudah lain2 bumbung coz kita dah dpat tukar ke tmpt lain.." Selamat Pengantin Baru Pn Pah n suami.. semoga bahagia hingga akhir hayat.. amin". esok insyallah kita akan blk ke "baiti jannati" rindu dah coz tinggal dah banyak ari.. oklah nak caucincau dulu ye heheee...see u all next story..

Wednesday 27 April 2011

TERSENTUH HATI SEORG IBU.....

oparation 26/4/2011 kali ke2 selepas sebulan buat baypass
Assalamualaikum..... mula2 rasa x nak ceta dlm blog ni tp dok ternampak2 muka faris yang mana kemarin kena lagi menjalankan operation tebuk 2 lubang dibahagian paru2 untuk mengeluarkan air didlm paru2 yg terlalu banyak, alhamdullah dengan dugaan tersebut allah s.w.t masih memelihara nasib faris yg mana tindakan diambil oleh pihak hospital cepat n kita sama2 berdoa agar2 dia cepat sembuh n sihat serta blh bermain sepertimana kanak2 lain....

Sesampainya tadi dihadapan faris, ku terbayangkan seperti muhammad seandainya berada disitu. Ya allah ku rasa x sekuat mana hamba mu ini utk menangung dugaan sehebat ini.. sesungguhnya aku hina n jahil disisi mu tp jgnlah kau menguji dgn ujian sehebat ini.... aku rasa x termampu utk menangung.... air mata x dapat nak tahan rasa mcm nak meraung pun ada tgk keadaan faris yg terlantar diatas katil dgn wayer berselerat dan sekejap2 "menyebek seperti menahan kesakitan yg ditanggung" Ya allah kau ringankan beban kesakitan yg ditanggung oleh faris dan sembuhkanlah penyakit yg dihadapinya, sesungguh kami tahu semua yg kami miliki hanyalah pinjaman dari mu ya allah......tp berilah dia peluang utk menikmati nikmat hidup yg tidak terhingga dari mu.. sepertimana kau telah memberi peluang kepada km utk menikmatinya....amin2 yarabalalamin....  

Monday 25 April 2011

alhamdullah.... selesai sudah berbuka

assalamuaikum.... alhamdulillah selesai sudah berbuka puasa utk hari ini... mama bangga sgt kat along sebagai anak yg baik, patuh pada mama, umi dan sunnah rasulullah. along baru darjah 1 hari ni pertama kali try puasa sunnat dan berjaya menghabiskan dgn jayanya, walaupun diakhir2 time berbuka nak smpai dok merintih2 ayat " mama lambat lagi ka? ada bape jam lagi mama? adusss kesianya mama dengar dok pujuk la sabaq sayang x lama dah sikit je lagi. Dia pun diam p sat, satg mai tanya pula. Demi anak mama blk x rehat lgsg terus urus diri abis solat asar langsung ke dapur siapkan juadah utk berbuka. Mmg hajat dia nak makan Mee Goreng juga berbuka td, buat jugalah mee goreng n tambah dgn Menu mat gebu "Sadin Roll Ragup" alahmdullah anak2 suka babah dah tegur sapa nak makan byk2 ni, pada awal takut juga anak2 x suka, tp bila dah mereka try upanya mereka suka, makanlah nnti mama buat lagiii... along makan mee 2kali tambah dan 2 keping sadin roll. Penat mama hilang bila tgk anak berselera makan tadi, syok sgt... mama merugut kat babah ish.. x sangka mama along dapat posa penuh ari ni, bukan senang nak posa bulan bukan posa ni, dugaan lagi kuat. Dengan umur along baru 7 thn akhirnya berjaya juga, tanya juga kelas along ramai tak posa dia ckp tak sikit je. dan time rehat depa p makan, along x p ka? dia guling sambil jwp tak.. aduss kesian juga dgr...tp x lah along benda baik, x rugi sikit pun kalau along buat.Harap2 dengan cubaab along hari ni akan memberi semangat lgi utk memupuk amalan berpuasa sunnat ni dikemudian hari.. mama bangga dengan along.. tqvm anakku

IBADAT PUASA SUNNAT

along masa umur 2 thn skrg 7thn

Assamualaikum..... hari ni nak ceta bab along sikit, terkejut juga smlm dia gtau hasratnye nak posa sunnat ari ni..... tanya 2 n 3 kali gak la, confirm ke along nak posa ni coz bulan lepas sek ada gak program posa sunnat tp dia x berminat nak ikut..tanya juga dia kenapa x nak puasa dia jawap Along tak maulah, along nak puasa yg betoi2 shj.... (maksudnya dibulan ramadhan jelah tu) mmmm oklah... Alhamdullah bulan ni buka juga hati nak posa sunnat dgn kengkawan kat sek,.. bila dengar niat suci anak mama pun terus sedar yg mama pun x ganti2 posa lagi ni,... terus jawap kat anak oklah esok mama temankan along posa k, kita posa sama2 leh buka posa sama2....

Skrg along masih disek kul 5.20ptg baru g ambk entahla blh tahan ke tidak, tp tadi sebelum turun keta dia dok janjila nak posa bg abis so duit belanja n bekal air pun x nak bawa...Harap2 along dapat laksanakan amalan ni dengan jayanya.... Mama dok ofis dok pikiaq2 nak masak apa utk hidangan berbuka nnti udah ambik resepi mat gebu @Dapur tanpa sempadan. Blh ye mat gebu nak try u punya resepi TUNA ROLL RANGUP tp ingat nak gantikan dgn SADIN ROLL RANGUP kot coz kat umah sardin udah ada. Semalam dah tanya along nak makan apa utk berbuka besok, dia jawap nak makan MEE GORENG je.... tp x tau la pula kot2 berubah fikiran ptg ni pas ambk dari sek nnti..... x pa janji along posa je, insyallah mama akan sediakan apa yg along teringin nak makan..

Buat masa skrg dan harap2 sampai bila2 mmg bersyukur sgt la dgn jalan yg allah s.w.t dorong dimana semasa nak buat keputusan sek manakah,? yg terbaik utk anak sulung ini, yg mana abang kepada angah serta adik yg mempunyai tanggungjawab dlm keluarga nnti... Alhamdullah dengan izin allah s.w.t dipermudahkan urusan dimana keputusan yg diambil adalah Along harus diberi didikan sama banyak agama dan duniawi. Alhamdullah dia pun berbesar hati nak mencari ilmu di Sek. Ren. Islam Nurul Hidayah... walaupun sek bukan bantuan kerajaan serba kekurangan tetapi dia dapat terima n sekarang dia seronok sgt. X palah along hidup ini jgn nilai segi mata kasar harus dinilai secara halus yg mana hasilnya kekal sehingga di atas pdg masyar nnti.... waallahualam......dan dalam mendidik anak yg baru kenal erti dunia x susah nak latih bab sembyang waktu, suruh mmg kena suruh tp x susah la sekali suruh dah bangun buat.... Dan hajat mama 2 adik2 along pun insyallah mama n babah akan usahakan agar mereka dapat menuntut ilmu di situ juga agar anak2 mama menjadi anak2 yg soleh dan patuh pada suruhan allah s.w.t..insyallah....

Alhamdullilah juga babah tak jadi ke Johor,.. ikutkan perancangan hari ni babah dah kena bertolak kesana atas urusan kerja selama sebulan. Jadual telah diberi dimana 25hb bertolak, 13hb balik, 16hb pergi ke johor semula dan 27hb balik terus... mama dah pening + susah hati dah sbb nak ditinggalkan, tp mak langkawi dah bersedia sekiranya apa yg di rancang terjadi.. Alhmadullah kemarin babah dapat panggilan tel yg mana disana telah cencel utk penghantaran staf kesana.. MUNGKIN ADA HIKMAH SEBALIKNYA......

Sunday 24 April 2011

Mengenali Empunya : Restauran Kak Yah Kondo, Langkawi..........

Assalamualaikum....... 
google (kondo istana langkawi island)
Restauran Kak Yah Kondo, Langkawi dimiliki seorang anak, isteri, mak dan mak tok.  Bapa beliau yg benama Hj Hamid dan mak beliau bernama Hjh. Fatimah. Beliau seorg isteri yg tabah dan cekal kepada En. Abu Hassan   yg mana telah berjaya mengukuhkan masjid yg dibina sudah hampir 36thn lamanya..Beliau juga mak kepada 7 org anak 2 lelaki dan 5 perempuan (Hafedhzah, Farah Izah, Mohd Hafed, Nordiana, Hazwani, Fatin Syuhaida dan Muhd Mu'iz dimana telah mempunyai menantu 5 org (Umal MrAddyson, Syed Yukhyi, Alia Basirah, Adi Akmal dan Saiful Adli) serta mak tok kepada cucu2 beliau seramai 9 org yg comel2 n aktif2 (Mohd Haikal Danial, Dayang Nur Qaseh, Syed Muqri, Syed Wafiq, Syed Muhammad, Danish, Azat Qayyum, Azib Qusyairi, Hadif Darwish.)

Membesarkan anak2 bersama suami tersayang dengan membantu mencari rezeki tambahan menjual kuih dan nasi lemak, membuat kuih tradisional, menjahit baju anak2 sendiri dalam erti kata tidak penah duduk rumah menjadi surirumahtangga shj. Dengan membekalkan kecekalan dan semangat utk senang bermulalah episod dimana "Aku adalah TAUKEYSOO" 

Diantara 1997-1998 - berniaga "Nasi Lemak Ptg" dibawah pokok besar di hadapan Kondo Istana yg tersegam indah sekarang,... time tu rasanya kondo baru dibina @ baru siap (dah x ingat la)
Diantar 1998-1999 - bermulalah perniagaan di bangunan kedai milik Tok Lang Cha n beliau hanyalah menumpang habuan hendak meletak nasi lemak shj. Bisnes tersebut dimiliki oleh Abg Zul, perniagaan cukup maju dan laris sapa x kenai Zul Keowteow Kerang ketika itu... Nasi lemak pun laris sehari terdapat 8jenis nasi lemak pelbagai lauk (Bilis+telur, Ayam, Ayam Kicap, Ikan Grg, Sotong, Ikan Masin, Ikan gulai) kira sehari 5 periuk besar asanya.. org Langkawi panggil "Nasi Lemak Bander" dan nasi lemak ni resepi beliau sendiri color kuning. seronok la time ni perkerja beliau dirumah shj 4 org yg tetap utk acara bungkus membungkus shj.. mcm operator kilang la pula...(Kak Limah, Kak Mah, Adik Umi, Adik Bitah) ini x termasuk anak2 niii...... mmg best la time ni.......

Diantara 1999-2000 - Kedai tersebut telah dirampas oleh hamba allah yg tidak bertanggjwab, abg zul menjual kepada beliau tetapi share mcm biasa juga berjanji pada mula maksudnya "Nasi Lemak" tetap kena bejalan mcm biasa, beliau bersetuju sehinggalah semasa beliau balik kg atas urusan keluarga suami beliau bersama anak2 yg menguruskan membekal nasi lemak pada hari tersebut. Tiba2........ suaminya ternampak yg nasi lemak yg telah dihantar, disembunyikan oleh bini tokey baru tersebut, patutla nasi udah merosok banyak yg x abis tetapi udah tau taktik mereka coz mereka pun buat nasi lemak juga tp nasi mereka banyak yg x abis, beliau tetap bersabar walaupun ada isu sebelum ini katanya "biarlah... rezeki ditangan tuhan depa buat pun x pa, ada rezeki kita ada x dak rezeki kita buat mcm mn pun x akan dapat".. aku masih ingat lagi... Tuhan shj yg tahu betapa cekal, sabar n tabahnya beliau....sehinggakanlah terjumpa exsiden yg mana mereka telah mengambil nasi lemak yg dihantar di sembunyikan dibelakang dengan mata suaminya sendiri barulah dia percaya. Keesokan beliau tidak lagi menghantar nasi tersebut yg paling kesian sekali beliau demam teruk akibat rungsing akan bisnesnye, itulah beliau sekiranya tidak dapat membuat kerja maka demam teruklah sakit urat dan sbgnya, seandainya blh buat keja teruk pun x apa, tidak merungut pula sakitnye...... Alhamdullh..tuhan maha kaya rupanya tuan milik banguan tersebut "TOK LANG CHA' pun x tahu yg abg zul telah jual pada hamba allah tadi so tok lang mintak mak ambk blk dgn membekalkan perjanjian sewa berada ditangan mak. Alhamdullh...syukur... tu yg dikatakan rezeki milik alllah s.w.t buat mcm mn pun dah kalau milik kita ada juga jalannya..... Setelah urusan pemgambilan diambil akhirnya mak berjaya memiliki sendiri Restauran tersebut dgn pada mulanya suaminya tidak setuju sbb bila dah ada kedai sendiri komitmen tinggi lagi pun suaminya berkerja "GOV" tp dengan keyakinan dan semangat yg kuat diusahakan jua sehingga berjaya sehingga sekarang....

Tetapi kejayaan sekarang bukan senang nak senang, airmata dan penat lelah beliau tidak dapat diluahkan dan diceritakan disini.... Macam2 dugaan tuhan menguji utk melihat adakah hambanya sabar dan taat suruhannya.... Allhamdullah berkat kesabaran dan doa akhirnya beliau blh memiliki kereta INOVA sendiri hasil titil peluhnya, menghantar wang perbelanjaan utk kedua ibubapanya yg sudah tua dan tidak mampu utk berkerja lagi tambahan pula mak beliau lumpuh sebelah tidak blh bejalan. Dan terbaru hampir 100 ribu lebih beliau membina 'RUMAH IDAMAN' di atas tanah milik ibu bapanya agar senang beliau balik menziarah dan yg dihajati oleh beliau rumah tu beliau nak bg kedua ibubapanya duduk dan merasai selagi hayat dikandung badan.... Dan utk mengetahuan semua kejayaan yg dimiliki sekarang yg paling kagum sekali kerana beliau tidak segan atau malu utk berjaya dengan pendidikan hanya darjah 3 shj... dalam erti kata beliau tidak tahu menulis dan membaca hanya membekalkan ilmu mengira sedikit shj. tp budi perkerti, rendah diri dan semangat yg memberi "KEJAYAAN SEKARANG". Tetapi kejayaan beliau sekarang berkat penat lelah melahirkan, membesar dan mendidik anak2 seramai 7 org selama ini dan kejayaan ini atas sokongan SUAMI DAN ANAK2 TERSAYANG.......

BELIAU ADALAH EMAK YG SAYA SANJUNG, KASIH, HORMATI DAN BANGGA...... 
'kesenagan anak2 sekarang adalah hasil titik peluh mak dan abah' TERIMA KASIH BYK2 TIDAK TERBALAS RASANYA JASAMU........ 

KAMI SEMUA SAYANG MAK DAN ABAH.......semoga allah s.w.t memberi kebahagian didunia n diakhirat.....amin.....

kasih seorg anak pada ibunya " dulu mak suap anak, skrg anak suap mak pula"
Semoga bahagia didunia n diakhirat ini doa km anak2 utk mak n abah


kek celebrate btday mak n menantu sulung pompuannya tarikh lahir sama beza tahun je.. pada 2010
Nilah keadaan kedai makan milik mak
inilah kedua ibubapanya yg sudah uzur....


RESTAURAN INI MILIK : PN RAFASIYAH BINTI HJ. HAMID berumur 51 tahun.



Saturday 23 April 2011

Fikir2....nak masak apa niii???

google
Assalamualaikum.... Cuaca hari ni alhamdullh baik sgt, syukur pada yg maha esa.. baju penuh diampaian sampaikan ke atas tembok pagar coz mama buat operasi membasuh cadar2, tiap2 mggu rutin mcm nilah kalau ada kat umah x g mana... pagi ni udah breakfast keowteow goreng udang, so tengah hari ni dok fikir2 nak masak apa lak utk hidangan hari ni.. seronok kalau masak benda habis dimakan rasa penat masak pun hilang.. mmmmmm nak masak apa ye??? memandangkan esok dah keja so ari ni ingat nak masak ikan siakap masak cili  , sayur bayam belacan , ikan goreng n sambal belacan ( setiap hidangan pasti kena ada). cukuplah coz mlm kita x makan dah, anak2 je yg akan mintk sekiranya mereka lapor... tp budak lelaki sama kot makan byk tp badan mcm tu je, x palah janji sihat sudah...sekarang nilah baru rasa lega banyak bila dah anak2 berumur 3 thn keatas kurang berpenyakit dah.. syukur sgt2 tdo mlm pun dah lena diulik mimpi2... hii adik pun dah pandai berdikari, semua nak buat sendiri.. teacher pun ceta sama bila dia ditaska alamku.. contoh pg ni 3 beradik mandi sendiri, pas abis mkn angah mandi dulu sorg2 dia coz leh dia main2 dlm besen mandi bby yg mereka punya dulu tahan sampai skrg.. abis angah mandi adik n along lak.. kalau lebih dari sorg dengarlah riyuh rendah dlm bilik air tu.. along urus adik gosok gigi n sabun pas mandi mereka g ambk baju sendiri cuma adik je bawa pampers mintak tlg pakaikan, bila nak pakaikan baju kat dia, adik said: mama adik nak buat sendiri!!! mmmm oklah..alhamdllh dah koi senang skg so masa mama berblog pun banyak le hiiiii, jom kita share resepi... bukan pandai sgt blh la habuan family je..

Ikan siakap masak cili.

1 ekor ikan siakap - digoreng garing
2 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
3 biji cili besar* ( * kisar )
1/2 btg karrot - potong dadu
2 biji bawang besar - potong bulat
2/3 sudu cili sos + sos tiram + garam + gula sedikit

Cara2nya.

1. Masukan minyak masak kedalam kuali, masukan bahan (*kisar) setelah masak masukan sos cili + sos tiram+garam+gula sedikit, masukan karrot biar hempuk, bawang besar biar sekejap shj n tutup api dan tuang ramuan yg sudah dimasak diatas ikan siakap yg sudah digoreng tadi.. (kacang campur pun blh). Hiaslah dgn daun bawang + daun sup dipotong kasar sikit utk naikan seri....

Sayur Bayam Belacan (famous bg org perlis)

1 ikat bayam
2 biji bawang besar
ikan bilis/ udang kering ( tumbuk) * kalau nak letak blh juga
sedikit belacan ( sebesar ibu jari pun blh)
garam
(* blh tambah pucok + sahoon (bihun tu) 
Cara2nya.

Tadahkan air kedalam periuk (ikut banyak mana bayam tu) letak atas api, sesudah medidih masukan ketul belacan+ ikan bilis/udang kering dan biar sebati dgn air rebusan tadi, masukan batang bayam dahalu (biar lembut) masukan daun bayam bersama bawang besar tadi. Biar mendidih n masak baru tutup api ( jgn layu sgt).. 
* Simple tp sedap x berminyak cuma resedung la skit.

Water Filter (air tapis)

GOOGLE ( LEBIH KURANG LA UTK LUAR UMAH )
GOOGLE (pic lebih kurang letak mcm kat umah )

Assalamualaikum.... alhamdullillah selesai udah tugas harian sbg suri rumah dikala cuti2 niii.. betul pepatah melayu " jgn sangka panas hingga keptg upanya hujan ditengahari" td. dah gtau kat n3 yg cuaca bagus bangat ari ni, nasib baik jemur baju awal skit sempat gak kering n siap udah lipat. Dlm panas tiba mendung dtg terus hujan lebat.. sempat jugala org paip pasang 'Top Water Filter',  pasang selepas meter air bersih diluar umah, tukang paip tu menunjukan paip luar (paip besi), km tgk kat dlm paip tu 'Ya Rabbi' bekarat nak mampus, hari2 air karat ni la disalurkan dlm umah. tp utk air minum mmg udah pasang air tapis, patutla kat filter dlm umah punya kotor disaluti karat merah.. tq hubby coz menitik beratkan bab kesihatan family.. pasni hebatla mandi pun guna air tapis x palah.. lagi pun umah sendiri so leh la nak buat apa saja.. air zaman skrg x mcm zaman dulu2 banyak sgt pencemaran, tp perlu juga bhati2 dlm membeli sesuatu product pepatah mgatakan "biar alah membeli tp menang memakai" zaman skrg juga jgn nilai harga tp nilai kualiti dulu.. banyak sgt tektik2 nak kaut keuntungan berleluasa skrg... ceta bab filter air ni pun sama, bermcm2 harga jenis, brand dlm pasaran cuma kita sebagai pengguna kena pandai menilai agar kena dgn pepatah diatas.. oklah anak2 udah sibuk nak ajak g TESCO nak g main play ground. Cerita bab riadah nikan asanya anak2 zaman skrg x kira umur mmg suka briadah dihypermarket, shopping komplaks dari pdg or tmn mainan. Tp kita pun suka bawa anak2 main kat situ selesa n x panas so pasni x perlulah ada taman mainan x org guna pun. ok bye nnti kita ceta2 lagi k.....

Friday 22 April 2011

Agenda Dapur Mama Hari niii





Assalamualaikum...... alhamdullh udah hari jumaat dimana penghulu segala hari, so utk mendapat keberkatan dihari cuti ni mama mguruskan umah, basuh kain n masak utk hubby tcinta termsuk anak2 mama yg keja nak makan je... alhamdullah udah siap masak utk hidangan hari ni, cuti2la baru masak special skit... menu utama hari ni SUp AYam (along yg bg cdngan) skrg mau rasa x tau nak masak apa leh dah tanya anak2 so mereka akan gtau apa yg mereka nak makan so mama sediakan je.. oklah menu tambahan : kacang buncis(karrot + udang) goreng kunyit, ikan goreng n sambal belacan.. asanya udah meyelerakan utk hari ni, pas hubby n along blk dari sembyg jumaat barulah kita rasa hidangan tu ye... sample tp sodappp.. resepi akan muncul nnti... TUNGGUUU......










Sup Ayam 

1. 1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar
2. 1-sup bunjut ( kulit kayu manis)
3.  2 biji bawang putih, 1 biji bawang besar sedikit halia (dikisar/ditumbuk)
4.  Karrot + ubi kentang
5. Daun sup+daun bawang
6. Garam + kiub ayam
7. Sos tiram

cara-caranya :-

Masukan air dalam periuk dan letak diatas dapur, masukan sup bunjut + kulit kayu manis ( buah pelaga + bunga lawang sekiranya mahulah tp td x letak pun sbb takut bau sgt) masukan perkara 3 dan biar mendidih n masukan ayam, karrot, kentang n garam+ kiub ayam + sos tiram sedikit biar sehingga hempuk n masukan daun sup dan daun bawang dan tutup api masukan bawang goreng yg sudah digoreng ( tomis darat) baru wangi... selamat mencuba..



Kacang Buncis goreng kunyit..


1) Kacang buncis - dipotong
2) Karrot - dipotong
3) Udang basah
4) 2Bawang putih n 2bawang merah
5) Garam + kunyit + sos tiram


Cara2nya: 
Masukan sedikit minyak masak kedalam kuali, tomis bawang yg ditumbuk/dihiris halus, masukan udang goreng sehingga kekuningan, masukan kacang buncis bersama karot yg udah dihiris dan masukan sedikit garam+sedikit kunyit+ sedikit sos tiram.. rasa n angkat utk dihidangkan.... ( kalau nak pedas skit masukan sambal belacan skit peahh sedap siutt)..... selamat mencuba....
 * Kalau bloger ada nak tambah nak bg sedap silakan masukan didlm coment ye....

Thursday 21 April 2011

MENU APA ARI NI?

Selamat Hari Khamis...semlm udah bawa anak2 g tesco baru so adalah tambah brg2 skit selain dari hubby udah beli sebelah paginye... hiii....tesco sebelah taman umah jekan.. semlm beli udang 2jenis murah gilerr sekilo rm 7.99 je, kita beli juga ikan siakap coz murah n ada la brg2 lain tambah2.. semalam kul 10.30 baru balik punya la bestla anak2 main kat play ground.. pasni x susahla nak mangasuh budak2 ni... panas pun idak cuma mama siapkan duit skit untuk dihabiskan oleh anak kopak mama kalau mcm ni.... tadi tengah hari kuaq makan dgn hubby mggu ni 3 ari kuaq makan sekali yelah tumpang hubby cutikan... ingat ptg sebelum hubby g keja ingat sempat kot kita buat cucur udang utk hidangan ptg ni bersama.... insyallah.....kat sini kita share cara2 penyediaanye,.... blh berkongsi kot kalau2 ada my bloger nak tambah2...bg lagi sodapppppp.......

Wednesday 20 April 2011

Tesco Kulim Dibuka

BUKAN GAMBAR SEBENAR
Hari ni bmula small opening 4 Tesco Kulim, semalam hubby dah siap list brg umah yg akan dibelikan nnti... blk t.hari tgk2 udah siap brg dapur dibelikan kat tesco besebelah dgn tmn kita duduk je... wahhh... senangla pasni jenoh nak tepis dgn kerenah anak2 lak nnti... lalu je mama jom p tessscoooo ini ayat adik hiiii.. hubby ceta org x ramai coz public x tau yg hari ni dah start, mereka tau esok. Esok grand opening la... tp takut ramai la pula... hii apa2 pun ptg ni nak bawa anak p rasmi tesco barulah.. dan mula start besok nak p pun mesti sesak punya... pasni kalau ada tetamu terkejut tergempaq mai umah x payah susahla nak cari lauk pauk.. TESCO blh selesai semua... Yg beStnye pagi td time kuaq nak hantar anak2 along tanya " mama khairi( kwn sek) katakan umah depa nnti dkt dgn tesco, jalan terus pastu conner skit dah masuk dlm tesco" la kita pun sama juga umah kita n umah dia tesco ditengah2... along pun terus mgangguk tanda seteju hiii... upanya anak2 skrg pun dah pandai bsembang pasai isu semasa gak.. hiii bagus2222.... oklah nak siap2 nak g keja lak, perut udah kenyang bungkus nasi ayam je kat kak illah (ketering tmn kita) blk makan dgn hubby... see u all next story bye..

Friday 15 April 2011

cuti di hari mggu

Mggu ni kita dok umah je coz hubby keja... so 2 ari lah dok melengak kat umah dgn anak2... cuma mggu ni nasib baik x g mana2 coz dah 2 mggu turut2 tinggal umah sampaikan cik T masuk kedlm kabinet dapur membuat operasi.... gerammmmmnyeee abis brg2 dapur di rosakanya... petang semalam kuar g beli jerat tikus smlm bermula la misi besar2an alhamdullh berhasil sebelum hubby kuaq g keja dah pesan suruh dia tgk dulu... mama geliiii laaa...... upanya mmg dia masuk dlm sangkar tu km letak kepala ikan goreng je... hubby letak kat luaq x mau buang lagi coz nak suruh anak2 dia tgk pas bangun tdo nnti... hiii suka ati budak2 tu... yg kita dah naik geliii dibuatnyeee... ari ni gak tukang nak pasang syiling awning kat luar... n indon cuci umah sbb gara2 cik T punya keja... kul 1 katanya baru nak datang ok lah tunggu jelah....

Sunday 10 April 2011

HAppY BIrthday to ALONG - 7th


2011

Happy btday to u... happy btday to along... happy btday to u... Alhamdullah hari ini genaplah umuq along 7 thn tp yg sianye along celebrate btday dlm keadaan x sihat demam dari ptg kemarin kat umah tok walid time tu umah tok walid ada kenduri bacaan yasin n doa selamat sbb 17hb tok walid n mak tok akan berangkat utk mengerjakan umrah.. mak tok kata along ikut perangai babah sebut je nak celebrate btday terus demam.. x palah nak demam nak buat mcm mn... mama tempah kek kat ofismate kak milah along nak kek gambaq spaiderman tp k.milah ckp x dak stok so jadi la kek spanbox along nak yg tu... along ni sentimental orgnye.. x pa biaq sederhana mau ganas2 pun susah gak nnti.. perancnagan awal thn ni nak celebrate kat sek nurul hidayah tp hari tu pejumpaan waris sign reportkad lak ... so along mintak nak celebrate btday kat alamku je.. oklah dpaat gak angah n adik meraikan bersma.. pas celebrate g ambk result along agama shj 7 subjek along dpt 3A,3B dan 1C.. peratus dlm jelas 74.3 tu pun dpat no 30/31 kecewa juga mama bila tgk tp dsbbkan along dok kelas 1 so saingan gak la.. x pa along bjanji nak usaha utk exam bln 5 ni kalau along x dpat elok baru dia nak mintak tusyen.. x palah along mama sentiasa bmendoakan yg terbaik utk along. x henti2 mama doa agar along bjaya ddunia n dakhirat insyallha

kenangan celebrate btday along ke 7thn
di AlamKu


Friday 1 April 2011

sabah borneo part2

baru sampai di pulau manukan....yehaaa

kat kaki gunung kinabalu

tengah tunggu bot mai ambk bawa blk ke tanah besaq... penat udah mandi manda

bejalan menuju ke pantai dari jetty 
hari ni hari ke3 - aktiviti ari ni nak g island hoping tmpat yg dihajati nak g tgk pulau manukan... pas breafast bihun n nasi goreng kita pun bertolak nak g jetty utk beli tiket, maktok n tokwalid 50% nak ikut ke tak coz depa nak tgk dulu bot besaq mana.. so sampai je sana babah g cari parking.. tambang n g pulau tu dewasa rm15 budak rm10 kena fees jety seorg rm 7.50 pas bayar semua kita pun bjln le ke bot alhamdullah mak tok n tok walid beranikan hati nak ikut x palah bila lagikan.. masa btolak kat depan jety tu nampak pulau gaya kat sini byk rumah dlm air n pendudk2.. air laut punyala jernih nampak batu karang mmg cantik.. pejalanan dlm 20 minit juga akhirnya sampai di pulau manukan.. peahhh org punya la ramai nak masuk kena charge lagi seorg rm 3 budak x kena.. duit2 x palah nama pun holidaykan sekali sekala.. 

Sampai je terus mandi babah siap sewa set snocling lagi rm 20 jeket n spek, kaki itik x sewa pun. bergantilah dapat gakla merasa snocling tgk ikan2 dlm air peahhh cantikkk siuttt sungguh indah maha pencipta.. subahanallah... wAlhamdullah.. kita masuk dari kul 9 - kul 3 pastu btolak blk sampai je kat jetty terus g pasar filipina baru nak tgk2 utk shopping.. bila tgk harga rasa murah kat kg air lagi.. pastu terus blk umah n masak utk mkn mlm.. pas mkn keluar g pasar mlm dekat gak dgn pasar filipin gak.. beli apa yg patut pastu blk umah rehat... esoknya hari terakhir sebelah pg g shoping lagi n kul 2 kuaq umah nak g airport sbb flight kul 5.10pm. (2.4.2011)