3 hero comel mama 2011

Tuesday 30 April 2013

Umrah dan Ziarah (cairo, iskandariah, madinah dan mekah)

7/3/2013-21/3/2013 ( kulim-alor star- klia-bangkok-cairo-elexzander-cairo-madinah-mekkah- jeddah-cairo-bangkok-klia-alor star - kulim...) syukur alhamdulillah....

Kenangan terindah ku bersama suami tercinta...syukur alhamdulillah, semoga km sekeluarga sentiasa berada didlm kerahmatan dari maha kuasa..amin..
Tqvm mama dan kaklang kerna susah payah dtg dr bangi ke klia semata2 utk jumpa anakmu ini...sesungguhnya persahabatan antara kedua2 keluarga akan berterusan sehingga jannah.. keluarga angkat kami sekeluarga..... cayang mama hidayah..
Kami berempat maktok, tokwalid, suamiku dan diriku....(kenangan pyramid@egypt)
R n R antara haiway cairo ke elexzander (iskandariah) berhenti rehat sekejap sambil ambk gambor...
Kenangan km berdua....best sgt2 walaupun sedih tinggal anak2 ditanah air....
Restauran cilis elexzander, lunch time suhu 17c - berhadapan dgn laut menditerinium...
Walaupun menu berbeza dgn malaysia still berselera alhamdulillah...time baru dpt wifi free...dptla berhubung dgn keluarga di malaysia...
Sedapkan lunch di elexzander....tapi selera kurang sbb sibuk layan fb n whatapp...huhuhuh
Dihadapan restauran menghadap laut menditerium elexzander....
Airport cairo go to madinah almunawarrah - tak sabar rasa dihati nak pijak kaki kesana...
Alhamdulillah selamat tiba di airport madinah almunawarrah....suhu 22c
Masya allah keindahan masjid nabawi...rindu sgt2...
Kenangan didlm masjid nabawi...
Distinasi terakhir dan tempat menyuci hati subahanallah, walhamdulillah, wallahuakbar seperti mimpi menjadi tetamu ya Allah, alllah maha besar.... jgn kau jadikan jemputan ini yg terakhir moga km diberi ruang lagi utk menjadi tetamu dirumahmu yg mulia ini....insya allah.... suhu 36c.

Posted via DraftCraft app

Monday 29 April 2013

Hajat kenduri pulut kuning along

Alhamdulillah hajat mama nak buat kenduri pulut kuning akhirnya termakbul jua semalam. Mama sediakan sendiri dengan bantuan maksu (teknicion mama) dan misah (student pratikal). Time rehat dia org dtg umah utk bantu kukus pulut dan packing je. Mama sediakan utk kawan2 along di tempat mengaji (alamku) dan ofis mama...Alhamdulillah selesai dgn 7kilo pulut susu bersama kari ayam 4 ekor. Walaupun mama penat dan letih tetapi mama puas hati sbb dpt menyediakan yg terbaik utk dikongsi bersama nikmat rezeki allah s.w.t. Semua puji kari mama sedap...wah..wah....yg letih pun jadi hilang... Tqvm maktok langkawi atas nikmat nasihat dr jauh sbgai panduan anakmu ini dlm menyediakan kari ayam yg pastinya mavelossss.... sy nak share juga utk kawan2 blog yg mana teringin nak sediakan kari ayam with pulut kuning...

Resepi kari ayam

1) 2 bungkus besar kari daging cap alagapas
2) 2/3 biji bawang besar, 6 biji bawang putih dan halia (blanderkan)
3) 4 ekor ayam dipotong halus di bersihkan dan ditoskan.
4) kerisik Rm 5
(gaulkan semua bahan 1-4 didlm bekas besar)

5) 6 helai daun padan (3 helai disimpulkan so dpt 2 simpulan)
6) 5 biji buah pelaga, 4 bunga lawang, 4 bunga cengkeh dan 1 kulit kayu manis
8) kentang dibelah 4

Cara-caranya

Panaskan minyak masak kedlm periuk besar, masukkan 5biji buah pelaga, 4 bunga lawang, 4 bunga cengkeh, 1 kulit kayu manis dan daun pandan. Tuangkan ramuan yg dicampur 1-4 kedlm periuk dan masak sehingga pecah minyak). Masukkan kentang dan biarkan ia rata bersama ramuan rempah bersama ayam tadi. Masukkan santan dan tambah sedikit shj air jgn bg cair sgt..pandai2 agak kepekatan kuah yg anda suka. Masukkan 2 sudu besar garam + ajinomotor dan 1 sudu besar gula. Pastikan kari menidis dan ubi hempuk serta cukup rasa boleh la tutup api dan hidangkan.

Cara kukus beras pulut susu

Cuci 3-4 kali beras pulut setelah bersih rendam bersama serbuk kunyit dan asam keping 1kilo = 1 keping so 7kilo = 6/7 keping dah cukup biarkan 2 jam (kalau pulut biasa perlu 6jam direndam)
Masakkan 3kilo santan bersama garam dan daun pandan ( jgn lama sgt masak santan tersebut agak2 menidis sekali tutup api dan cuba rasa biar rasa garamnya)
Toskan beras tadi dan lapik periuk kukus dgn daun pandan@daun pisang pada bahagian lubang2nya.. Jgn tutup semua nnti wapnya tak keluar pula. Lepas masak tuang pulut dalam bekas dan siramkan dgn santan yang telah dimasak tadi. Kalau nak serinya boleh gaul bersama halia yg dihiris halus dan biji lada.
* note : fungsi asam keping utk bagi pulut bersinar keemasan selepas dikukus, fungsi santan dimasak dahulu sbb nak bagi pulut tahan lama ( setengah org lepas siram santan masukan semula kedalam periuk kukus dan kukus sekali lagi)

jom layan pic pula....







Wednesday 24 April 2013

Mengaji Al-Quran @ Along

Masya Allah syukur alhamdulillah dgn limpah rahmatnya hari ni maka selesai sudah pengajian Iqra 1-6 along bersama ustazah. Mama hari2 akan bertanya perkembangan along dan adik2 hari ni ubah ke tak dlm pengajian mereka bersama ustazah. runtin mama selepas solat magrib, insya Allah mama akan mengaji sama2 dengan anak2.. Along akan mengajar angah dan adik dan mama pula akan mengajar along. Itulah runtin mama setiap mlm sekirannya ada dirumah bersama anak2.. Walaupun bg mama along naik alquran agak lewat tapi insya Allah dgn berkat hidayah allah s.w.t bagi, mama akan pastikan along menghatam al-quran mukarim, kalammuallah yg suci dgn cepat dan baik selepas ini. Sebelum ini juga atas kelalaian mama sendiri, seandainya kaedah dirumah mengaji bersama anak2 dibuat lebih awal pasti along akan lebih cepat menghabiskan iqranya. Mama berhajat nak adakan sedikit kunduri pulut kuning ditempat mengaji utk ustazah dan kawan2 along...esok along akan memulakan bacaan pertama kandungan al quran... seandainya mama dpt buat esok cantik sgt2 tapi apakan daya atas masalah lain so mama tangguhkan kenduri pada ahad ini, insya Allah. So ari ahad kita makan pulut kuning bersama gulai ayam k...insya Allah...
Along anak mama, amanah Allah s.w.t semoga along menjadi hamba allah s.w.t yang mendapat kejayaan darinya didunia dan diakhirat insya Allah...

Along with ayahlong....

Friday 19 April 2013

Rezeki@keluargaku....

Alhamdulillah....bertemu lagi kita penghulu segala hari, so lepas pergi ambil along tusyen. Mama terus ke tmn selasih nak beli sikit brg dapur utk 'lunch 4 today'. Menu mama hari ini adalah ikan keli goreng sambal tomis, daging masak kicap + suun dan pucuk (resepi maktok loq staq), sayur togeh+daun kucai..dan sambal belacan ofcos kena ada. Lepas masak teringat pula dekat paksu boy so msg gtau kalau nak mkn nasi mai la umah. So lepas solat jumaat dia dtg. Sebelah ptg mama buat cuucur jagung yg berbaki tepung pagi td.. for brast td mama siapkan cucur kodok pisang dan cucur jagung.. cucur kodok pisang selesai hanya berbaki tepung utk ptg hanyalah cucur jagung shj.. Mcm mn nak diet bila tak masak anak2 bising lapar tapi bila dah masak selera la pula semua... jom layan masakan yg telah berjaya disediakan utk suami dan anak2..

lunch (keli goreng sambal tomis, daging kicap with suun dan sayur pucuk, sayur togeh dan sambal belacan)




Sunday 14 April 2013

Resepi nasi lemak kuning@kak yah kondo...

Cuti hujung minggu baru2 nii...mama sediakan juadah makan pagi nasi lemak mak tok (kak yah kondo) anak2 suka sgt masakan mak tok, apa mak tok masak semua sedap di mulut mereka. Dah lama mama tak masak nasi lemak kat rumah, so pg sabtu teringin nak masak nasi lemak utk family.. Entah la walaupun mama anak mak tok tapi masakan tak boleh nak rasa sebijik mcm mak tok...itu yg di namakan air tangan mak kan... tapi mama nak share juga dgn member blog resepi mak tok utk dicuba akan kesedapannya....dan utk pengetahuan semua dengan resepi nasi lemak inilah mak tok menggerak langkah menjadi bisnes women berjaya sehingga hari ini... syabas mak tok, kaulah ratu dihatiku... Tapi yg paling best walaupun mama masak nasi lemak tapi utk mama pagi tu babah belikan nasi kerabu yg dijual di taman sejahtera 'on the way' balik dr kerja mlm.... tqvm LV USM..

Jom kita layan resepi nasi lemak kuning.

Bahan-bahan

1) Beras 3 pot susu (kalau pot putih yg free periuk nasi elektrik -6 sukatannya)
2) Bawang besar 1ulas, bawang putih 6 ulas dan halia agak2 cukup. (kisarkan)
3) kelapa parut sebelah (di kisar dan ambl santan)
4) Daun pandan 2 helai (diikat)
5) Serai 2 batang (ditindik)
6) Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang ( sekiranya mahu) *
7) Serbuk kunyit sedikit

Cara-caranya

Tomiskan bahan yang dikisar (bawang besar, bwg kecil dan halia) bsama minyak masak, masukkan serai, daun pandan, * (buah pelaga 2biji, kulit kayu manis 1 btg dn bunga lawang 2kuntum), setelah kekuningan masukan santan, garam 2 sudu kecil dan kunyit sedikit...Sukat air ikut sukan beras setelah mendidih masukkan beras yg telah dibasuh dan siap ditapis kedlm periuk.
Tips utk periuk nasi elektrik
Tomis perencah diatas mcm biasa bersama santan, setelah mendidis terus masukkan kedalam periuk nasi elektrik yg telah ready beras dan sukatan airnya. Lama2 sekali kena buka tudung periuk utk kacau beras td agar santan tidak berkepala diatas permukaanya..

Hidangkan bersama lauk pauk dan sambal tumis yg anda suka...

Selamat Mencuba, sekiranya sedap boleh menjana pendapatan utk seisi rumah insya allah..."Rajin berusaha pasti ada kejayaan"


Nasi lemak kekuningan dihidangkan bersama ayam goreng, sambal tomis ikan bilis, ikan bilis goreng, telur rebus dan timun...Nikmat Allah s.w.t Masya Allah...



Wednesday 10 April 2013

Happy brithday Along sweet 9th...10/4/2013

Masya allah....syukur alhamdulillah dgn rahmatnya dah 9tahun mama menjadi mama kepada anak sulungku yg menjadi idola kepada adik2... Mama dan babah hari2 doakan agar along menjadi anak yg soleh, patuh pada perintah allah s.w.t serta berjaya didunia dan diakhirat...aminyarobalalamin...insya allah....

Tahun ni celebrate besday along di alamku ja bersama teacher pija dan kawan2.. kebetulan teacher yg penah mengajar angah serta sekarang mengajar adik pula dan pada masa yg sama along transit disana teacher pija jugalah ambk berat mandi, makan dan mengaji iqra dekat ustazah. Besday teacher pija pd 9/4/2013 so sebelah menyebelah dgn tarikh along. so mama mintak kak milah (member ofis) mama masukkan sekali nama teacher pija coz mmg teacher juga yg akan layan anak2 mama time nak potong kek nnti...so happy juga teacherkan... Bg mama kalau org buat baik sekali rasa nak balas 1000kali...

Alhamdulillah juga setiap besday anak2 babah tak penah miss sure blh joint celebrate besday anak2 dekat alamku...

tukang kek kak milah tengah hias kek along kat bilik mama..konsep tahun ni Ice Age 4...animals semua dr umah koleksi along yg mmg suka sgt mencari ilmu bab animals ni...











Saturday 6 April 2013

Tips semasa datang haid@umrah/haji

Semoga apa yang ingin dikongsi dapat membantu para jemaah wanita yang mendapat anugerah ini semasa di macca almukarramah... Setiap usaha yang kita lakukan pasti memerlukan keredhoannya jua... oleh yang demikian sekiranya ubat yg diambil tidak menjadi berusahalah berdoa kepadanya bersungguhnya allah s.w.t maha pengasih lagi maha pemberi. Di macca segala2 ibadah kita perlu dilaksanakan disana baik musim haji atau umrah. Seandainya dihalang oleh haid maka kita tidak dapat berpeluang utk melakukan tawaf dan saie serta bergunting utk melepaskan kita dr berada didalam ihram (umrah) masa yg agak singkat berada disana..

Tips saya, Insya Allah dgn izinnya jua....

Selepas jemaah selesai solat subuh dimasjidil haram selalunya ramai yg blk ke hotel untuk makan pagi so boleh la anda berjalan ke masjid cari pintu utama yang boleh nampak kaabah dr luar pintu (cth : pengalaman sy gate 1 king aziz boleh nampak kaabah)sebelum itu singgahlah ruang2 air zam2 yg disediakan utk ambil segelas air lalu pergilah hadapan pintu utama masjid berdoa bersungguh2 agar Allah s.w.t dapat memakbulkan permintaan kita. Sesungguhnya Allah s.w.t maha pendengar lagi maha mengasihani. Buatlah setiap hari dan jgn hanya berdoa didlm bilik hotel tanpa usaha utk mendekatinya walaupun kita tidak diizinkan lagi utk masuk kerumahnya. Nasihat sy jgn putus asa, jgn terus berserah tanpa usaha sesungguhnya amat rugi seandainya kita tidak dpt melaksanakan sendiri tawaf dan saie serta bergunting@tahlul sehingga hari terakhir kita berada ditanah suci yg mana dgn adanya halangan yg mn itu jua anugerah dia pada kita. Insya allah perlu ada keyakinan bahawa Allah s.w.t shj dpt merubah segala2nya jgn mengaharapkan hanya dgn bantuan ubat atau manusia lain. Hidup kita baik hidup atau mati hanya padanya, utknya dan Allah s.w.t shj berhak keatas hamba2nya...

Sesungguhnya dgn ujian yg diberikan kita lebih merasakan akan kebesarannya, hati kita merintis memohon pertolongan, meminta keredhoaanya dan ibadat kita lebih lagi ikhlas kerana Allah maha besar.. Maha Suci Allah s.w.t.. Wallahualam.

Daftar Haji Anak-Anak.

Alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah.... syukur ya Allah dgn limpah rahmatmu kepada km sekeluarga.

Tanggal 1/4/2013 selesai jua hajat mama nak daftar haji utk anak-anak amanah Allah s.w.t kepada mama dan babah. Masa yang dianggarkan pada tahun 2060 masya allah ramai sungguh hambamu yg telah selesai membuat pendaftaran haji utk kerumahmu sebagai tetamumu ya Allah.. semoga kami semua memdapat jemputanmu ya allah..

Sekurang-kurangnya anak-anak mama tak susah hati bab turn haji bila hati dah terbuka utk kesana, memandangkan dgn kesukaran utk kesana atas dasar kota yang ditetapkan serta syarat2 lain. Tapi itu bukan alasan utama yg kita boleh katakan, yang pastinya dgn izin Allah s.w.t yang maha agong dan maha kuasa dgn kalimah "Kun fayakun" semua boleh berlaku dgn kehendanya.

P/s.. seandainya ibubapa masih belum mendaftar haji lagi yg berhajat utk daftar dinasihatkan daftarlah bersama-sama anak2 anda sekali. Biar kita duduk dalam satu kelompok sbb panggilan haji dibuat ikut kolompok tahun pendaftaran. Tapi mcm sy sbb sy tak tahu yg ibubapa boleh mendaftar utk anak2 selepas selesai pendaftaran kami suami isteri dibuat baru rakan sekerja memberitahu tak daftar sekali ka utk anak-anak?.. Dan apabila mama hendak daftar along dahulu pegawai tabung haji tak membenarkan dan meminta mama melakukan utk 3beradik sekali mengikut pegawai tersebut berkata mereka tidak akan berpecah bila sampai masanya nnti. Pendaftaran boleh dibuat setelah didlm acc simpanan min berjumlah rm1310shj. dan wang ini akan dibekukan selepas pendaftaran dibuat dan tidak dibenarkan dibuat pengeluaran. Setelah dlm acc simpanan cukup maklum shj pd pegawai bertugas yang kita nak daftar haji utk anak-anak. Pegawai tersebut terus masukkan data anak-anak dan diprintkan setiap satu utk simpanan yang pendaftaran telah dibuat. Tak susah pun cuma kena ada wang dalam acc simpanan rm1310 sudah boleh membuat daftar haji terus tanpa perlu apa2 dokumen tambahan.

Semoga kita akan dijemput sebagai tetamu Allah s.w.t suatu hari nnti insya allah... tiada benda yg mustahil dgn kehendaknya. wallahualam..







Tuesday 2 April 2013

Tips masuk ke Raudah, Masjid Nabawi, Madinah Al munawwarah

" Ya allah semoga kau pelihara setiap tulisanku dr sifat riak dan takabur, sesungguhnya apa yg kau berikan kebaikan kepada kami adalah anugerah dr mu ya Allah ya maha besar"

Assalamualaikum semoga catatan ini bukan atas sifat membanggakan diri atau riak, astarfiruallahalazim...

Tips ini utk membantu kepada pembaca blog sy yg berhajat atau pertama kali pengalaman menjadi tetamu allah s.w.t...insya allah dgn izinya.

Apa yang di sampaikan atas dasar pengalaman pertama saya disana yg amat berharga dgn hanya syukur atas rahmat serta keredhoaan yg maha esa.. Utk jemaah wanita terutama ambillah peluang utk berdoa dan bersujud diatas permaidani hijau didalam RAUDAH (taman syurga) yang mana terlalu banyak rahmat yg telah dijanjikan, sesungguhnya Allah s.w.t tidak pernah menungkiri janjinya..Dan semua ini juga atas keizinannya jua.., apa2 pun kita sebagai hamba perlulah meminta, berdoa dan berusaha serta tawakal kepadanya insya Allah sesungguhnya ia maha penyayang dan maha memberi..

Setibanya jemaah wanita didlm masjid untuk menunju kekawasan raudah berhentilah untuk melaksanakan solat sunnat tahatul masjid, taubat dan hajat mohon agar urusan utk kedlm raudah dipemudahkan serta selamat. Utk masuk raudah bg jemaah wanita ada masa yang ditetapkan, utk maklumat terkini masa yg ditetapkan anda blh membaca pada skrin digital dipintu masjid nabawi termasuk maklumat gate (pintu) yg dibuka utk jemaah wanita yg berhajat utk memasuki raudah.

Masa yg ditetapkan utk wanita :-
Selepas solat subuh sehingga sebelum solat zuhur
selepas solat zuhur sehingga sebelum solat asar
selepas solat maghrib sehingga jam 11mlm

Sampai didalam pengawal bertugas akan asingkan ikut negara selalunya org asia (malaysia, indonesia, berunai dan singapore) akan duduk satu kawasan dan selalunya kita dpt pd stap ke 2. utk berada di stap 1 ( adalah dihadapan pintu masuk raudah mempunyai dua tempat kiri dan kanan sebelah menyebelah dilepaskan satu demi satu) selalunya jemaah asia akan dilepaskan akhir sekali so perlu kesabaran yg tinggi sambil berdoa atau paling mudah bacalah "robbi yasir wala tuasir robbiatimir bilqoiri" berkali2 sambil disulam dgn selawat keatas nabi muhammad s.a.w. Sebab apa jemaah asia tidak dicampurkan dgn jemaah arab, turki, iran dll sbb dia org bebadan besar dr kita. Tetapi kalau anda rasa yakin dgn kekuatan allah s.w.t bg insya allah anda blh menyelit dlm group jemaah negara lain. Dan pengalaman sy mereka juga tidak suka kita masuk duduk sekali dgn mereka sbb saya sendiri ditanya oleh mereka indonesia or malayzie saya yg lurus bagitahu malayzie dan terus dia tunjuk arah ke kawasan perhimpunan jemaah asia. Sy jawap indonesia, malayzie, turki, iran all muslim.. dia terus diam. Dan sekiranya pengawal bertugas nampak jemaah asia ( dgn mengecam telekung putih) mereka jua akan arah agar kita keluar semula ke jemaah asia.. tapi bila dah berada dihadapan pintu raudah tunduk ajak lama2 mereka akan biarkan jua. Dan seandainya tidak mahu mereka bising tips paling penting anda blh berpakaian hitam seperti jemaah mereka dan alhamdulillah mereka juga tidak akan kacau bila kita berada didlm kelompok mereka. Kalau nak masuk jgn masuk ramai2 lebih baik 2 org yg terbaik senang nak ambk peluang bila free. Bg jemaah yg uzur yg mengunakan kerusi roda ada laluan khas disediakan utk jemaah kerusi roda termasuk ruang solat juga dikhaskan tidak bercampur dgn jemaah yang sihat. Sampai sahaja didlm carilah karpet hijau yg kosong solat terus dan lepas bg salam terus sujud sambil berdoa jgn berdoa sambil angkat tangan. seandainya pengawas bertugas nampak terus disuruh bangun dan keluar " bangun ibu...bangun ibu....keluar...keluar"... Dan kalau boleh ambk tempat dihadapan papan penghadang, ditepi2 atau dihadapan mutazim jgn sesekali terus solat ditengah2 laluan pintu masuk kerana bila masa pengawas bertugas melepaskan stap lain masuk mereka akan merempuh shj. sbb semua berkejar2 berebut2 nak ambk tempat utk solat.. Apa2 pun kita berserah jua pada maha esa atas izinya pasti dipemudahkan urusan baik kita insya allah... semoga dgn sedikit tips atas pengalaman sy, sy doakan kepada tetamu allah yg akan berangkat kesana diberi keizinan, dipemudahkan urusan serta diberi ruang utk berdoa bersolat didlm taman syurga ya rasulullullah s.a.w nabi muhammmad kekasih allah s.w.t. Semoga doa2 kita di makbulkan insya allah....aminyarobalaalmin...

gambar suasana dlm Raudah (taman syurga)