3 hero comel mama 2011

Saturday, 6 April 2013

Daftar Haji Anak-Anak.

Alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah.... syukur ya Allah dgn limpah rahmatmu kepada km sekeluarga.

Tanggal 1/4/2013 selesai jua hajat mama nak daftar haji utk anak-anak amanah Allah s.w.t kepada mama dan babah. Masa yang dianggarkan pada tahun 2060 masya allah ramai sungguh hambamu yg telah selesai membuat pendaftaran haji utk kerumahmu sebagai tetamumu ya Allah.. semoga kami semua memdapat jemputanmu ya allah..

Sekurang-kurangnya anak-anak mama tak susah hati bab turn haji bila hati dah terbuka utk kesana, memandangkan dgn kesukaran utk kesana atas dasar kota yang ditetapkan serta syarat2 lain. Tapi itu bukan alasan utama yg kita boleh katakan, yang pastinya dgn izin Allah s.w.t yang maha agong dan maha kuasa dgn kalimah "Kun fayakun" semua boleh berlaku dgn kehendanya.

P/s.. seandainya ibubapa masih belum mendaftar haji lagi yg berhajat utk daftar dinasihatkan daftarlah bersama-sama anak2 anda sekali. Biar kita duduk dalam satu kelompok sbb panggilan haji dibuat ikut kolompok tahun pendaftaran. Tapi mcm sy sbb sy tak tahu yg ibubapa boleh mendaftar utk anak2 selepas selesai pendaftaran kami suami isteri dibuat baru rakan sekerja memberitahu tak daftar sekali ka utk anak-anak?.. Dan apabila mama hendak daftar along dahulu pegawai tabung haji tak membenarkan dan meminta mama melakukan utk 3beradik sekali mengikut pegawai tersebut berkata mereka tidak akan berpecah bila sampai masanya nnti. Pendaftaran boleh dibuat setelah didlm acc simpanan min berjumlah rm1310shj. dan wang ini akan dibekukan selepas pendaftaran dibuat dan tidak dibenarkan dibuat pengeluaran. Setelah dlm acc simpanan cukup maklum shj pd pegawai bertugas yang kita nak daftar haji utk anak-anak. Pegawai tersebut terus masukkan data anak-anak dan diprintkan setiap satu utk simpanan yang pendaftaran telah dibuat. Tak susah pun cuma kena ada wang dalam acc simpanan rm1310 sudah boleh membuat daftar haji terus tanpa perlu apa2 dokumen tambahan.

Semoga kita akan dijemput sebagai tetamu Allah s.w.t suatu hari nnti insya allah... tiada benda yg mustahil dgn kehendaknya. wallahualam..







No comments:

Post a Comment