Alhamdulillah hajat mama nak buat kenduri pulut kuning akhirnya termakbul jua semalam. Mama sediakan sendiri dengan bantuan maksu (teknicion mama) dan misah (student pratikal). Time rehat dia org dtg umah utk bantu kukus pulut dan packing je. Mama sediakan utk kawan2 along di tempat mengaji (alamku) dan ofis mama...Alhamdulillah selesai dgn 7kilo pulut susu bersama kari ayam 4 ekor. Walaupun mama penat dan letih tetapi mama puas hati sbb dpt menyediakan yg terbaik utk dikongsi bersama nikmat rezeki allah s.w.t. Semua puji kari mama sedap...wah..wah....yg letih pun jadi hilang... Tqvm maktok langkawi atas nikmat nasihat dr jauh sbgai panduan anakmu ini dlm menyediakan kari ayam yg pastinya mavelossss.... sy nak share juga utk kawan2 blog yg mana teringin nak sediakan kari ayam with pulut kuning...
Resepi kari ayam
1) 2 bungkus besar kari daging cap alagapas
2) 2/3 biji bawang besar, 6 biji bawang putih dan halia (blanderkan)
3) 4 ekor ayam dipotong halus di bersihkan dan ditoskan.
4) kerisik Rm 5
(gaulkan semua bahan 1-4 didlm bekas besar)
5) 6 helai daun padan (3 helai disimpulkan so dpt 2 simpulan)
6) 5 biji buah pelaga, 4 bunga lawang, 4 bunga cengkeh dan 1 kulit kayu manis
8) kentang dibelah 4
Cara-caranya
Panaskan minyak masak kedlm periuk besar, masukkan 5biji buah pelaga, 4 bunga lawang, 4 bunga cengkeh, 1 kulit kayu manis dan daun pandan. Tuangkan ramuan yg dicampur 1-4 kedlm periuk dan masak sehingga pecah minyak). Masukkan kentang dan biarkan ia rata bersama ramuan rempah bersama ayam tadi. Masukkan santan dan tambah sedikit shj air jgn bg cair sgt..pandai2 agak kepekatan kuah yg anda suka. Masukkan 2 sudu besar garam + ajinomotor dan 1 sudu besar gula. Pastikan kari menidis dan ubi hempuk serta cukup rasa boleh la tutup api dan hidangkan.
Cara kukus beras pulut susu
Cuci 3-4 kali beras pulut setelah bersih rendam bersama serbuk kunyit dan asam keping 1kilo = 1 keping so 7kilo = 6/7 keping dah cukup biarkan 2 jam (kalau pulut biasa perlu 6jam direndam)
Masakkan 3kilo santan bersama garam dan daun pandan ( jgn lama sgt masak santan tersebut agak2 menidis sekali tutup api dan cuba rasa biar rasa garamnya)
Toskan beras tadi dan lapik periuk kukus dgn daun pandan@daun pisang pada bahagian lubang2nya.. Jgn tutup semua nnti wapnya tak keluar pula. Lepas masak tuang pulut dalam bekas dan siramkan dgn santan yang telah dimasak tadi. Kalau nak serinya boleh gaul bersama halia yg dihiris halus dan biji lada.
* note : fungsi asam keping utk bagi pulut bersinar keemasan selepas dikukus, fungsi santan dimasak dahulu sbb nak bagi pulut tahan lama ( setengah org lepas siram santan masukan semula kedalam periuk kukus dan kukus sekali lagi)
jom layan pic pula....
No comments:
Post a Comment