3 hero comel mama 2011

Saturday, 6 April 2013

Tips semasa datang haid@umrah/haji

Semoga apa yang ingin dikongsi dapat membantu para jemaah wanita yang mendapat anugerah ini semasa di macca almukarramah... Setiap usaha yang kita lakukan pasti memerlukan keredhoannya jua... oleh yang demikian sekiranya ubat yg diambil tidak menjadi berusahalah berdoa kepadanya bersungguhnya allah s.w.t maha pengasih lagi maha pemberi. Di macca segala2 ibadah kita perlu dilaksanakan disana baik musim haji atau umrah. Seandainya dihalang oleh haid maka kita tidak dapat berpeluang utk melakukan tawaf dan saie serta bergunting utk melepaskan kita dr berada didalam ihram (umrah) masa yg agak singkat berada disana..

Tips saya, Insya Allah dgn izinnya jua....

Selepas jemaah selesai solat subuh dimasjidil haram selalunya ramai yg blk ke hotel untuk makan pagi so boleh la anda berjalan ke masjid cari pintu utama yang boleh nampak kaabah dr luar pintu (cth : pengalaman sy gate 1 king aziz boleh nampak kaabah)sebelum itu singgahlah ruang2 air zam2 yg disediakan utk ambil segelas air lalu pergilah hadapan pintu utama masjid berdoa bersungguh2 agar Allah s.w.t dapat memakbulkan permintaan kita. Sesungguhnya Allah s.w.t maha pendengar lagi maha mengasihani. Buatlah setiap hari dan jgn hanya berdoa didlm bilik hotel tanpa usaha utk mendekatinya walaupun kita tidak diizinkan lagi utk masuk kerumahnya. Nasihat sy jgn putus asa, jgn terus berserah tanpa usaha sesungguhnya amat rugi seandainya kita tidak dpt melaksanakan sendiri tawaf dan saie serta bergunting@tahlul sehingga hari terakhir kita berada ditanah suci yg mana dgn adanya halangan yg mn itu jua anugerah dia pada kita. Insya allah perlu ada keyakinan bahawa Allah s.w.t shj dpt merubah segala2nya jgn mengaharapkan hanya dgn bantuan ubat atau manusia lain. Hidup kita baik hidup atau mati hanya padanya, utknya dan Allah s.w.t shj berhak keatas hamba2nya...

Sesungguhnya dgn ujian yg diberikan kita lebih merasakan akan kebesarannya, hati kita merintis memohon pertolongan, meminta keredhoaanya dan ibadat kita lebih lagi ikhlas kerana Allah maha besar.. Maha Suci Allah s.w.t.. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment