3 hero comel mama 2011

Tuesday, 15 May 2012

KEMALANGAN YG TIDAK DIDUGA....

ASSALAMUALAIKUM......

Sibuk sana sini wish 'happy mothers day' so ptg tu mama tunggu anak2 siapkan kad utk mama sambil mama buat hantaran untuk sepupu babah yg nak kahwin 2 mggu lagi.. Babah sampai je rumah dkt kul 7 mlm terus mai kat mama bgtahu yg tok walid naik motor exsiden, sekarang ada di hospital lagi katanya patah kaki. So bincang2 pun bincang kita sepakat blk semua, so mama sibuk hantaq msg kat my bos mintak el dan msg kat umi sarihan ( guru kelas ) along bgtahu esok along tak dapat hadir sek. Alhamdullah semua msg terima ok n proceed. Lega dah bab tu, siap ala2 kadar terus g bengkel cat kereta nak pergi ambk keta grand livina sbb dari hari jumaat lagi hantar ketuk serta cat , coz xsiden mggu lepas kat simpang nak masuk "abang E -capati". Nasib baik la kereta sempat siap, kalau tak kena blk dgn viva tok abah la jawapnya. Pukul 10 lebih juga baru sampai kat kecemasan hospital a.staq, babah masuk dulu mama bawa anak2 pergi kefe coz kita tak sempat mkn apa blk ptg td. Mama plan nak pergi mkn char keowteow so tak masak apa la lepas blk keja. Lepas babah tgk, babah suruh mama masuk pula mak tok hantaq mama pergi tgk tok walid, ya allah teruk la juganya sana sini luka, dgn kaki kiri patah dekat dkt buku lali, kaki sebelah kanan melecur kena exzos motor, mulut bengkak jari kelingking berjahit.. Kesiannya mama tgk, tak sampai hati rasanya, Benda nak jadi sekilip mata jekan. So mlm tu babah nak tunggu tok walid di hospital, mama dan anak2 blk dgn mak tok so mak tok lega la mlm tu ikutkan mak tok yg nak tunggu dihospital. Pagi2 lagi mak tok kuaq dah nak ganti dgn babah, mak tok kesian kat babah katanya boleh la abg blk tdo dirumah, kesian kat abg saheh snlm tak lena. Betul la, lagi pun mama dapat msg dr babah kul 4 pg baru tok walid waded tu pun dalam wad perempuan n tambah katil. Katil penuh tiada tempat kosong. Mama rasa Kementerian Kesihatan perlu kajian untuk penambahan blok ward utk pesakit sbb hospital A.staq adalah bertaraf "GH" dalam kedah. Semua hospital daerah bertumpu di sana bg kes2 kritikal. 

Tengah hari mama siap dah masak untuk hantaq kat mak tok n tok walid, mama pergi dgn anak2 shj. Kul 2 juga baru blk n then rest apa yg patut ptgnya dalam dok siap2 nak pergi hospital mak tok tel babah yg tok walid dah boleh keluar. so mama tunggu je kat rumah dgn anak2, babah je pergi ambk tok walid kat hospital. Sampai je kat rumah tok walid tak boleh jalan coz kaki disimen sebelah dari atas sampai bawah. So babah dukung tok walid masuk dlm rumah. Ya allah time ni mama rasa sayu sgt2... inilah pentingnya anak lelaki dalam keluarga apa hukum allah s.w.t adalah terbaik dan tepat yg anak lelaki adalah waris, ketua keluarga serta pemimpin. Masa ni mama rasa mama tak dak rasa rugi pun allah s.w.t menganugerahkan pada mama 3 anak lelaki, jadi apa2 pada mama n babah merekalah pendokong kami berdua.. syukur ya allah... 

Ikutkan mama n along nak tambah cuti sehari lagi, coz babah nak temankan tok walid lagi semlm. Tapi bila dah tok walid boleh keluar kita buat keputusan blk smlm juga. Tanya juga mak tok mcm mn kalau kita nak blk, mak tok cakap tak apa bila dah blk rumah tak kalut la sgt. Sebelum blk babah n mama keluar pergi beli katil besi serta urus keperluan tempat tidur tok walid dulu. Dah selesai semua kul 11 mlm baru bertolak blk dari alor setar ke kulim. Alhamdulillah semua selamat dan selesai... 

"Semoga tok wlaid cepat sembuh, ya allah kau ringankan beban yg ditanggung serta pemudahkan urusan beliau..... Sesungguhnya dia adalah seorg bapa yg terbaik..Amin... 

No comments:

Post a Comment