3 hero comel mama 2011

Friday, 23 November 2012

Pulut susu with serawa durian...

Malam ni kita buat acara makan pulut bersama serawa durian. Pak lang apit, mak lang alia dan danish dtg dr s.p umah mak mertua pak lang (adik lelaki mama). Cerita bab pak lang ni alhamdulillah dia dah naik pangkat sebagai penolong penguasa bomba dgn pangkat tuan. Tok abah bangga la anak jantan dia berpangkat dah dlm jabatan bomba. Berkat usaha atok abah juga... abah mana tak syg anak2kan...dan abah mana nak tgk anak2 susah. Km syg abah dan mak sgt2.. Alahaiii melalut lak... Sambung blk so mereka anak beranak dtg umah mama siapkan pulut bersama serawa durian serta mama belikan juga bihun sup taman selasih. Bila mana pak lang call bgtahu nak dtg umah so mama keluarla pergi cari pulut dan kelapa parut dan singgah pasar malam beli bihun sup tersbut. Bila ramai2 baru best mkn, tapi yg tak bestnya babah tak joint sekali coz keja. Dan babah juga tak tahu yg adik iparnya nak dtg rumah, dan mama sibuk keluar cari brg balik sibuk kot dapur lupa nak msg bgtahu. Esok pagi babah makan k, mama simpan utk babah tau...Seronok tgk pak lang makan bihun habis sebgks dan pulut bertambah dgn durian isi kuning. Isi putih dia tak layan lgsg. Sampai tertidur kekeyangan, sehinggakan mak lang tak larat nak kejut ajak blk. Mana taknya esok pagi mak lang ada kelas master dia uitm merbok sampai ptg dan juga esok katanya ada test buku tak baca apa lagi. Ok la bebaloi dtg jauh2, bila mkn sampai kekenyangan...kira tak rugi la kan...jom layan pic yg sempat diambil dan juga pic barang prezent along yg dibawa oleh mereka iaitu drawing stand. (maklong kirim dr kl) dan buku2 latihan, cerita utk along serta color2 utk angah dan adik yg dihadiahkan oleh maklang...tqsm....
Tu dia pulut bersama buah durian kampung, serawa durian serta bihun sup..
Bukti tetamu pulun sampai gosok perut pastu tertidur atas sofa...hehehee

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment