3 hero comel mama 2011

Friday 30 November 2012

Pelan lain jadi lain....?????

Sebelah petang ingat nak bawa angah n adik mandi kolam kat b.m. Sampai ja mama disana dgn anak2 serta untie ros (junior mama time polimas) rupa2nya kolam tutup. So angah dan adik dah bising tak dpt mandi kolam. Sian la juga kat untie ros sbb first time dia nak bg anak dia adik fayyat mandi dgn anak2 mama. So pikiaq punya pikiaq mama bg cdgn kat untie ros bawa anak2 kita main kat jusco perda ja. Terus untie ros setuju so kita pun terus pergi.yg Ramai juga org, maybe org dah mula shopping utk krimes bg ugama kristian la serta tak kurang juga yg shopping keperluan sek anak2.. Bila tgk bahagian keperluan sek teringat along di mana barang2 sek masih belum beli. So bg mereka main mama n untie ros mkn kuih yg dibelinya berserta air anggur. Kul 7 baru kita kuaq dr jusco kerumah masing2..

Samapi shj dirumah jumpa jiran sebelah dia bgtahu nak blk kl nak hantar anak2 duduk sana sepjg cuti sek. Rupa2nya mak kak min dah meninggal dunia hari khamis mggu lepas. Patutla 2 mggu dia org tak ada kat rumah, heran juga mama selalunya dia org jarang tinggal rumah lama2 mcm ni. Sian kak min berlenangan air mata sambil cerita...sabaq la ini masa kak min yg pastinya masa kita juga akan sampai cumanya lambat atau cepat shj.. Mintak2 setiap yg ditakdirkan utk kita biarlah dgn baik serta ditetapkan iman kita sebagai umat islam.. serta redho dgn ketentuan yg maha kuasa....
Sempat possing kat aeon playground.. jusco perda...

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment