Dengan kalimah Alhamdulillah....mama akhirnya berjaya menghabiskan membaca al-quran mukarim yg bermula dr awal puasa thn ni...Dimana penghulu segala hari@hari yg amat mulia mama berjaya abiskan selepas solat subuh mengambil masa 2jam sehingga surah an-nas. Dan penutup baca mama, mama mengakhiri dgn penghulu segala surah iaitu surah al-fatihah... Syukur ya allah s.w.t semoga hidayahmu sentiasa sampai tanpa noktah utk mama sekeluarga... Insyakallah mama akan memulakan semula pengajian mama dan amalan ini dpt diteruskan baik utk hati,naluri dan rohani mama dan akan buat yg lebih baik dr apa yg mama telah buat., demi mu al-quran kalimah allah s.w.t yg suci dan benar sebenarnya...
Berita gembira ini mama kongsi dgn anak2 terutama along. Mama bgtahu along yg mama hari ni berjaya khatam al-quran. Along jwp dgn yakin.! Along tau mama... mama jadi heran lalu mama bertanya pada along, bagaimana along tahu? Along dengar mama baca surah pendek td...Alhamdulillah terang sungguh hati anak sulung mama ini, tak rugi kita dedahkan anak2 dgn alquran mukarim dia dgr bacaan pun dia dah memahami situasi tersebut... Tapi yg mama bangga sgt dgn along ni, dia juga perasan yg mama telah berjaya habiskan membaca al-quran dihari jumaat dimana dia berkata pada mama...along : mama dpt abiskan dihari jumaat hari baik laaaa, sambil senyum bangga.....mama: Ya betoi3... Jwp mama pd along...
Syukur alhamdulillah...amin ya robalalamin......
No comments:
Post a Comment