3 hero comel mama 2011

Tuesday, 2 August 2011

Syukur Alhamdulillah........ tanggal 30hb julai 2011

Alhamdullah keatas yang maha kuasa dengan izinya jua apa yang dirancang berjalan dgn jayanya. Setelah hampir 10 tahun lebih keluarga mama x dapat berhimpun kesemuanya, seramai 7 adik beradik. Tapi tahun ini sgt bermakna buat mama sekeluarga dengan izin yg maha esa telah menghimpunkan kesemua adik beradik mama disamping kedua ibu bapa tercinta dibawah satu bumbung 'Istana Impian Mak' yang siap dibina di kg mak yg mana pertama kalinya perhimpunan kaum keluarga dan pertama kalinya perhimpunan itu terjadi di rumah baru mak. Atas kecekalan dan kesabaran kasih syg serta tanggjawab seorg ibu pada anak2 yg penuh dgn ujian serta cabaran melahir,membesar serta membentuk anak2 akhirnya Allah s.w.t menganugerahkan kebahagian yang sebelum ini adalah hajat seorg ibu "anak2 dan istana impian". Dan dengan keberkatan n nikmatnya jua apa yg dihajat serta dirancang berkat doa, usaha dan tawakal majlis kenduri bacaan yasin sempena rumah baru dan doa kesyukuran ramdhan dapat dilaksankan walupun kenduri kecil2lan shj..

Dan terpancar keseronokan dan kegembiraan diwajah 'tok wan n tok' dimana mereka jua turut serta yang mana "istana Impian Mak ' terbina atas keberkatan niat suci seorg anak kepada ayah n bondanya serta utk anak2 nya. Tok abah pun happy walaupun pesyen tok abah ni x menunjuk didepan tp tau dia seronok sbb berakhirnya perkhidmatan beliau umah dah siap dibina n anak2 dapat berhimpun beramai2 dgn lebih selesa n meriah.

Sebelah malamnya selepas isyak berlangsunglah acara baca yasin yang mana tok nek (tok wan mama) menjemput org masjid dan sana saudara dtg memeriahkan lagi majlis tersebut. Alhamdullah kita semua pakat sama masak tp chef mak tok gak la.. Menu mlm tersebut Daging masak hitam. sambal udang petai, ikan goreng, sambal belacan, ulam2man, sayur rebung dan rambutan pencuci mulut. Alhamdullah semua berjalan lancar. Rasa meriah la.. sama2 tolong menolong yg anak menantu lelaki tebuk sana tebuk sini, anak pompuan sapu sana sini mama punya tugasan bab langsir satu rumah... Walaupun jahitan x cantik tp kepuasan ada sbb dapat memberi sumbang dan melihat hasil titik peluh mama kepada mak tok. Hajat di hati nak berbuka puasa sekali beramai2 tp keadaan tidak mengizinkan x jadi la so dapat bersahur je. Tinggal le tok nek berdua kesian la pula dok ajak mama n pak lang tunggu berbuka puasa sekali..

Kita jumpa hujung bulan lak k... sama2 menyambut hari kemengan di bulan syawal insyallah......

No comments:

Post a Comment