3 hero comel mama 2011

Saturday, 6 August 2011

sujud syukur keatas kebesaranmu YA ALLAH S.W.T

ihsan google - sujud syukur keatas kebesaranmu YA ALLAH S.W.T
ALHAMDULLILLAH ITU SHJ KALIMAH YG DAPAT DI SEBUT. DARI MULUT BABAH N MAMA selepas mendengar serta melihat gambar dlm handfon babah semalam. 

Kemarin selepas sahur dan selesai solat subuh babah keluar ke stesyen bas utk ke teluk intan. Hajat babah nak g ambk keta KE30 yg dia minati disana. Pada awal dia bg tahu mama, mama dah bape nak sedap hati mama nak ikut p sama dia x bagi. Babah takut satg kalau dah bekenan nak bawa blk 2 buah keta sekali babah tak harap mama drive jauh2 tambahan bawa anak2. So mama bagi cadangan ajak la kawan sorg ajak temankan tp babah tak setuju sbb dia x sampai hati nak menyusahkan kawan2 dia memandangkan bulan puasa lak. So mama pun akur dgn keputusan babah. Tapi hati ni mmg x sedap je, mcm2 pikiaq. 

Akhirnya babah pergi juga tetapi setiap bape jam dia akan update status perjalananya pada mama.. Bas dari buterwors - ipoh n ipoh - teluk intan kul 3 baru sampai disana,... selesai urusan disana kul 4 babah tel mama gtau dia jadi ambk keta tu dan akan bertolak blk dgn keta tersebut. Mama dah mula risau balik, seharian layan Internet je nak buat keja pun x seronok. Solat Zuhur mama solat berjamaah dengan anak2 (3hero) mama, time doa x putus mintak allah t.a pelihara perjalanan babah selamat sampai kepangkuan keluarga. Sebelum solat asar mama tel babah kat mana sekarang? dia cakap nak masuk beruas , hem... ok la mama tanya lagi : Agak2 leh sampai umah kul bape? babah cakap mungkin dlm kul 7 lebih sebelum kul 8 mlm.. 
Tak lama pastu mama solat asar dengan anak2 (angah n adik shj) along time ni tengah tdo malas nak kejutkan sebb pas sahur dia x tidur blk. 

Bila masa solat dilaksanakan kedudukan tahyat akhir tel mama bunyi.... selepas bagi salam, mama bangun tel balik babah. Dengar suara babah yg agak sayu n gtau yg kemungkinan abg sampai lambat sikit sebb keta rosak. Bila dengar mcm tu mama pun frust.....lalu dlm hati terus berdoa:  ya allah pemudahkan perjalanan suamiku ya allah... selamatkan dia dari malapetaka yang tidak diingini... Selepas letak phon mama kembali diatas tikar sejadah berdoa pada yang maha kuasa. Selepas buka puasa mama tel balik babah cakap dah kuaq tol Batu Kawan maksudnya dah nak dekat sampai dah... Alhamdullah dah koi lega rasanya...

Tidak lama lepas tul dlm kul9mlm dengar loceng pagar bunyii,.. mama n anak2 meluru ke pintu n babah selamat sampai dihadapan rumah dgn selamat... Tapi kereta babah letak kat luaq pagar so mama tgk mcm tak dak apa... Nampak2 mama terus ayat babah pada mama ..... 'MAMA NASIB ABG TAK BAIK' sambil tanggan dia dok tekan handfon.. mama tanya balik : NASIB TAK BAIK APA? dengan penuh debarr.... pastu babah tunjuk keadaan gambar semasa keta bersama babah terbabas didalam ladang kelapa sawit selepas pekan beruas. Ya allah rupanya suamiku ditimpa kemalangan, alhamdullah suamiku selamat ya allah... kau telah makbulkan doaku. Babah cakap dia tak dapat kawal kereta tu sbb jalan lincin dan bengkang bengkok,..lalu terbabas ke ladang kelapa sawit dan menghetam sebatang pokok kelapa sawit... nasib baik hentam dibahgian sisi penumpang sebelah, cermin keta pecah n bhgian tepi pintu keta kemek teruk (masuk kedlm),.. ceritanya lagi.... Allah masih sayang dia lagi n kebetulan rakan sekerjanya lalu time tu dia baru kuaq dari keta dlm keadaan pening (melelong) apa bila rakanya ternampak dia, rakan tersebut patah balik. Kebetulan rakan tersebut on the way dari peneng ke kgnya atas sikit dari pekan beruas, beliau lah yg menalifon tol trak (tarik keta) utk angkat keta tersebut. Alhamdullah selesai dialih babah try start keta tersebut masih dlm keadaan ok.... so barulah dia meneruskan perjalanan semula sehinggalah sampai di hadapan rumah. Sebelum kejadian babah behenti solat asar di masjid area beruas.... mungkin qoda dan qodar kita dah tertulis tapi dipelihara sebab kita mohon dan berserah kepada yang maha kuasa utk memelihara kesejahteraan kita. Sesungguhnya kau kuatkanlah IMAN kami sekeluarga padamu ya allah... Perancangan kau lebih teliti berbanding perancangan kami yang hini ini.... Ya Allah..... Aku bersyukur dengan apa yang kau letakan pada kami sekeluarga dimana kau masih memelihara suamiku dan babah kepada anak2ku... Walhal ku tahu tiada hak sedikit pun aku keatas semua itu, sesungguhnya kami semua adalah milik mu  yg mutlak  dan  apa yg aku miliki adalah pinjaman dari mu....Alhamdulillahirobalalalin......... 

No comments:

Post a Comment