3 hero comel mama 2011

Sunday, 21 August 2011

perasaan bersalah mama............

ihsan google : perasaan bersalah yg mama rasakan...
Assalamualaikum.... alhamdullah hari ni dah hari ke 23 kita berpuasakan... walaupun 22ramdhan...dan bangun pagi hari ini mama rasa sedih sgt2.. sbb mama dah buat kesalahan yg tidak disengajakan pada along... mggu ni babah keja malam so bab kejut bangun sahur adalah keja babah tp smlm mama dah stanby kunci jam kul 4.30pg tapi kenapalah x dengar langsung. Smlm kul 12 lebih baru tdo..dari 4.30pg bangun masak utk bersahur so letak je kepala terus hanyut sedar2 udah kul 7 pagi... Ya allah bila bangun saja terus pandang muka along yg mama x kejutan bangun sahur.. Kesianya anak aku..ya allah bersalahnya aku padanya... Ari khamis baru2 ni terjadi juga exsiden x bangun sahur babah yang tak sedar langsung, tambah mama lagi la... sbb bab tu dah serah kat babah so time kejut along g sek dia tak perasan yg dia x bangun sahur dan mama pun terdiam je tak ceta sbb takut along dah set kat otak dia yg dia x tahan or tak larat sebb tak makan sahur dan cari alasan nak buka posa sbb tak sahur. So hari ni mama pun diam juga tak mau bgtau along tp time mama kejut dia bangun ke sek dia sedar n terus tanya soalan ;

Along : Mama kita bangun sahur tak?
ya allah bertambah bersalah la mama bila anak perasan yg dia tak bangun sahur..

Mama : tak along, soryy mama tak terjaga langsung..

Along: terus nagis..lantas buat perangai lemah...

Pas siap ke sek mama tgk along x semangat mama kata juga kat dia walaupun harapan mama nak along sedaya upaya kuat utk bertahan puasa hari ini... mama cakap : along puasa dulu sampai abis sek ptg nanti kalau along tak tahan sgt mama kasi buka..
Dia pun terus nampak ok sikit,.. entahla sayang juga sbb dah 21 hari along berpuasa penuh.. kerana salah ku sendiri along tak dapat nak posa penuh tahun ini..
Tak palah along apa2 pun mama redho,..


Mungkin alllah s.w.t nak menguji mama disaat2 terakhir ramdhan ini sepertimana yg diriwayatkan olehnya;


Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Dan tahun ini rasa ramdhan yang paling bermakna utk diri mama n keluarga kita, banyak perubahan kearah kebaikan yg diberi hidayah oleh allah s.w.t pada kita.. harapan mama allah s.w. t sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kejalan yg benar dan yang diredhoinya didunia mahu pun diakhirat...amin..

No comments:

Post a Comment