3 hero comel mama 2011

Friday, 8 July 2011

TIPS UTK BERUBAH?

 Persoalannya, apa nak buat? Mulai hari ini, kita buat azam utk terus berubah hingga akhir hayat. Cara nak berubah?
1. Sebelum tidur, maafkan semua org, berdoa dan buat azam: Ya Allah, jika esok aku masih hidup, jadikan esok lebih baik drp hari ini. Tapi jika akau mati esok, matikan aku dlm husnul khatimah.
2. Bangun pagi terus tersenyum dan berdoa: Syukur ya Allah aku masih panjang umur. Jadikan hari ini lebih baik drp semalam ya Allah. Jadikan aku positif, sihat, bersemangat dan ceria utk pergi kerja/sek/IPT/dsbnya.
3. Amalkan sunnah2 harian semasa di bilik air, berpakaian, sarapan, nak keluar rumah dsbnya.
4. Keluar rumah dgn melangkah kaki kiri dan berdoa. Pasang berbagai niat utk pergi kerja/sek/IPT -- Ya Allah aku keluar rumah nak cari rezki halal, cari ilmu, sampaikan ilmu, nak hapus dosa dgn kerja kuat, nak sembuhkan sakit, nak senyum dan beri salam kat org, nak cari kwn baru dan eratkan persahabatan yg dah ada, nak bantu org, nak bersedekah, nak bermaafan, nak doa mendoakan, nak jadikan hari ini lebih baik drp semalam, nak jadi sebab org lain dpt hidayah, dsbnya.
5.  Usaha utk cuci hati dgn solat taubat, istighfar, maafkan org, kekalkan wuduk, baca Quran, cuci pinggan, etc
6. Belajar utk sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif
7. Cuba utk buat apapun dgn kaedah yg terbaik ie ikut sunnah
8. Jaga ibadah setiap masa
9. Perbaiki hubungan dengan semua org
10. Cari guru atau mentor utk dpt bimbing kita ke arah kecemerlangan
11. Jaga penampilan diri agar sentiasa kemas dan menawan
12. Bentuk budaya diri atau amalan harian yg positif dan cemerlang -- cara makan minum, cara bersapa, bercakap, cara menegur, menerima teguran, cara bermesyuarat, etc
   Moga kita semua sentiasa berubah dan di rahmati Allah. Wassalam

No comments:

Post a Comment