3 hero comel mama 2011

Monday, 25 July 2011

Ramadhan akan menjelma, alhamdullilah

Assalamualaikum....
Alhamdullilah syukur pada Allah s.w.t masih memberi peluang tidak terhingga dipanjangkan usia, sihat tubuh badan serta peluang utk kita sama mencari barakah dlm ramadhan yang tinggal hanya 6 hari shj lagi... Tak sabar rasanya nak tunggu kedatangan awal ramadhan. Tahun ni teringin lak nak g sembayang terawih tp babah keja shif susah sikit n muhamad masih 3 thn dlm peringkat lasak n nakal. X palah sembyg x dpt bjemaah di surau mama target nak buat tadarus al-quran je dgn along pas solat maghrib sebelum solat isyak. Harap2 niat baik ini utk menambah pahala yg Allah s.w.t telah janjikan berlipat ganda sekiranya kita rebut peluang hanya setahun sekali ini.. Ingat2 blk tadarus ni dibuat time belajar je dulu, udah berumahtangga dan beranak pinak dah x penah buat. Insyallah tahun ini mama akan usahakan utk laksanakan agar ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas2... Insyallah...

Tahun ke-2 mama akan laksanakan amalan berposa dgn along tahun lepas along tinggal posa 10 hari gak..tp time tu umur 6thn di tadika lagi.. Harapan mama tahun ini along dapat puasa penuh 30 hari memandangkan kawan2 pun wajib kena puasa, sek agama la katakan. Alhamdullah syukur sgt berkat keredhoaan allah s.w.t along tak banyak akai bila diarah kearah keagamaan.. Dia pun x petikai banyak bila mama n babah suruh smbyg atau mengaji mukhadam selepas solat maghrib. Dan angah sekarang walaupun baru umur 4thn sudah paham akan tanggjawab sembyg selalunya inyak along akan buat lewat sikit coz kyusuk tengok TV so angah akan cakap 'Along tak sembyg lagii' diulang2 sampai x larat dengar kalau along x bangun buat. Maksudnya esok2 dia pun faham yg dia pun akan buat bg mana along buat.

Ari jumaat insyallah kita sekeluarga akan blk ke rumah baru maktok utk sambut puasa disana.. x sabar rasanya nak rasmi umah baru. Tahun ini akan lebih selesa perhimpunan ahli keluarga mama disana, insyallah sekarang pun sibuk menjahit langsir baru umah mak tok. Harap2 bila dah pasang nnti akan lebih berseri umah tersebut. Kesempatan ini mama nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak kepada blogger2, suami tercinta, anak2 serta sanak saudara dan muslimin/muslimah seluruh dunia. Semoga ramadhan kali ini lebih keberkatan serta melimpat gandakan pahala kita.. InsyaALLAH.....amin...

No comments:

Post a Comment