3 hero comel mama 2011

Wednesday, 12 June 2013

layan pic kidzania dan ikea KL...@cuti2 Malaysia pertengahan tahun.

Akhirnya dpt juga anak2 mama masuk kidzania...hajat dr rumah lagi sebut tak abis2 terutama along. Mereka tau dulu dr kita sbb dok bersembang dgn kawan2 disek isu semasa.. Kul 11 pagi beli tiket dulu dgn harga rm 60 budak dan dewasa rm35. Turn masuk kul 3.30ptg sehingga 9mlm., settle tiket lepak sambil perabis duit lagi kat ikea 4 my part k... wah...akhirnya hajat mama juga tercapai...tq babah syg babah sgt2.. Mkn meatball dll kat ikea baru turun lintas jalan terus ke bangunan kidzania utk   menyertai alam perkerjaan 4 my kids.. Sampai je masya allah sesak org beratur nak dptkan tiket, anak2 mama siap cakap nasib baik kita beli awalkan mama... so kita terus ke line checkin lepas dipakaian gelang dan terus ke kaunter utk checkin pula... mcm kat airport pula.. anak2 dpt cek bernilai 50kidzo sorg satu so totaly 150kidzo utk mereka hidup dlm kidzania city... tapi matawang tu hanya boleh beli brg tajaan dlm kidzania shj,. mkn minum still kena guna RM juga.. Dlm kidzania city mcm dunia kita juga ada tempat berbelanja dan ada tempat mendapatkan wang..so pandai2 la kita sama ada nak habiskan wang kidzo dgn memasuki tempat berbayar atau hanya cari perkerjaan bergaji bila dah cukup masa kumpulan hasil yg diperolehi bolehlah tukar dgn barang yg dikhaskan shj ikut kecukupan wang kidzo yg ada dlm tangan.. Anak mama sempat masuk kelas mewarna, jadi lowyer @ mahkamah, doktor , pilot, TM dan Bomba shj... yg lain tak sempat sbb org ramai sgt2 kena beratur lama sgt so masa byk buang utk dptkan turn. Tapi kita yg menunggu pun boleh tahan sampai sakit pinggang2 dan tapak kaki kesana kesini ikut dia org...apa2 pun mmg best n enjoy....









1 comment:

  1. What is iron oxide in the world of titanium - Titanium Arts
    What is titanium white fennec iron oxide? —Iron 4x8 sheet metal prices near me oxide is the world's most intensely titanium i phone case organic, non-agene alloy. iron oxide ford edge titanium 2019 is a carbon-free titanium glasses frames substitute for carbon-free oxide.

    ReplyDelete