Alhamdulillah hari ni mood masak rajin lagi, pagi ini mama buat kuih cara utk anak2 dan babah serta nasi goreng sikit. So tengah hari mama siapkan nasi tengah hari pula berlaukan gulai ketam dan ketam goreng sambal bersalut telur....ulam timun dan sambal belacan ja... cukup bila mkn ketam tak blh banyak mata sbb ketamkan rumit sikit nak mknnya... jom layan menu mama hari ini, rezeki allah s.w.t kepada kita semua....alhamdulillah syukur....Mama ambk resepi dlm internet ja try pg ni... tapi bila bancuh x pakai sukatan pun main agak2 ja alhamdulillah menjadi.... bahan2nya.,.
1)Tuangkan parti santan segera sbgks RM 1 kedlm blander serta potong daun pandan dan blandkan...
2)Tapis dan masukan air santan bercampur air daun pandan tadi ke dlm blander semula dan masukan tepung gandum, telur dua biji, planta satu sudu besar dan garam sedikit serta sedikit air. Tuang dlm bekas check tgk bancuhan tersebut biar likat sikit kira kita tuang tu dia x putus alirannya. (pandai2 la agak ye)
3)Panaskan acuan dan ikatkan daun pandan utk memudahkan merenjis minyak pd acuan agar tidak melekat time nak masak nnti...
4) Bila acuan dah panas tuangkan bancuhan tadi, biar sekejap agak tepung bhgn bawah dah masak sikit baru masuk gula ditengah2 acuan bersalut bancuhan tepung td.. tutup dan tunggu sampai lapisan atas keras n tak berair.. bg garing sikit baru cantik dan sedap...selamat mencuba....
Masya allah rezeki mama dpt ketam bertelur, mmg sedap nii.... mama beli 4 ekor ja, anak2 nak mkn gulai ketam yg mama teringin ketam goreng sambal bersalut telur so mama buat keputusan bahagi dua utk 2 menu kita... ini lah hasilnya....Kari@gulai ketam tomis darat berserta nenas....mmg terbaik la... adik mkn nasi tambah 3 kali kalau tak mmg susah budak ni nak mkn nasi byk...
cara2nya:
2 ekor ketam di bersihkan
nenas bersaiz kecil 1 biji dipotong
*1bgks kecik rempah ketam, udang
*1 bgks satan pekat rm1/santan kotak pun blh.
* 1 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* sedikit halia
(blandkan bahan bertanda *)
tuang dlm periuk dan didihkan atas api
Tambah air kalau pekat sgt
masukan asam keping sikit ja jgn byk coz nenas dah masam (1kpg cukup kalau saiz besar), sos tiram, garam dan gula.
setelah mendidis masukan nenas dan ketam
1 biji bawang besar dipotong halus dan 2 tangkal daun kari, goreng bhn td bg garing dan tuangkan kedlm periuk termasuk minyak sekali.
Cuba rasa biar rasa garam, masam2 manis baru ummmpppsss bila mkn tambah kicap kipas udang dlm nasi, peahhh blh abis seperiuk nasi tauuu... selamat mencuba....Ketam goreng sambal bersalut telur
bahan2
2 ekor ketam dibersihkan
*cabai/cilii kering
*1 ulas bawang besar
*4 ulas bawang putih
blanderkan *
1 batang serai
1 tangkal daun kari
1 biji telur ayam
air asam
gula, garam dan sos tiram
Caranya..
Ketam di gaul garam dan kunyit
Panaskan minyak dan gorengkan ketam dahalu, setelah garing masukan kedlm pinggan.
Minyak ketam td guna utk tomis bahan cabai blander td, masukan air asam jawa, garam, gula dan sos tiram dan serai yg ditindik bersama daun kari...bg pecah minyak dahulu.
Setelah pecah minyak sambal td baru masukan ketam yg telah siap digoreng dan pecahkan telur sebiji kedlm kuali dan hancurkan bg sebati dlm kuah dan bersalut pd ketam..potong bawang besar bulat2 dan setelah rasa umppsss tutup api utk dihidangkan...(sambal kena pekat sikit baru best)
Kata2 hikmah dr saya
"Airtangan isteri pengikat kasih syg sebuah kelaurga" insya allah....
Posted via DraftCraft app
Saturday, 29 June 2013
Thursday, 27 June 2013
Kuala lumpur lagi minggu ni...
Semlm Mama diarahkan utk hadir mesyuarat projek sakit utk skim perumahan di kpkt putrajaya, selalunya kalau mama diarahkan pergi, mama pergi dgn driver ofis tapi kebetulan driver penuh dan babah pula cuti 2 hari so kita plan pergi satu family ke sana. Mama dpt checkin hotel marriott putrajaya, mmg class hotelnya besar sgt2 anak2 teruja n happy. Tapi yg paling terkilan anak2 mama tak dpt swimming coz pihak hotel tutup swimming pool kerana penyelenggraan yg mn air kolam kotor akibat hujan ditambah pula masalah jerebu. Anak2 frusted sian sgt2.. lepas checkout babah bawa kita pergi kenanga tempat jual borong mcm GM klang juga. Abis shopping kita pergi tgk motor n terus blk kekulim..
Wednesday, 12 June 2013
layan pic kidzania dan ikea KL...@cuti2 Malaysia pertengahan tahun.
Akhirnya dpt juga anak2 mama masuk kidzania...hajat dr rumah lagi sebut tak abis2 terutama along. Mereka tau dulu dr kita sbb dok bersembang dgn kawan2 disek isu semasa.. Kul 11 pagi beli tiket dulu dgn harga rm 60 budak dan dewasa rm35. Turn masuk kul 3.30ptg sehingga 9mlm., settle tiket lepak sambil perabis duit lagi kat ikea 4 my part k... wah...akhirnya hajat mama juga tercapai...tq babah syg babah sgt2.. Mkn meatball dll kat ikea baru turun lintas jalan terus ke bangunan kidzania utk menyertai alam perkerjaan 4 my kids.. Sampai je masya allah sesak org beratur nak dptkan tiket, anak2 mama siap cakap nasib baik kita beli awalkan mama... so kita terus ke line checkin lepas dipakaian gelang dan terus ke kaunter utk checkin pula... mcm kat airport pula.. anak2 dpt cek bernilai 50kidzo sorg satu so totaly 150kidzo utk mereka hidup dlm kidzania city... tapi matawang tu hanya boleh beli brg tajaan dlm kidzania shj,. mkn minum still kena guna RM juga.. Dlm kidzania city mcm dunia kita juga ada tempat berbelanja dan ada tempat mendapatkan wang..so pandai2 la kita sama ada nak habiskan wang kidzo dgn memasuki tempat berbayar atau hanya cari perkerjaan bergaji bila dah cukup masa kumpulan hasil yg diperolehi bolehlah tukar dgn barang yg dikhaskan shj ikut kecukupan wang kidzo yg ada dlm tangan.. Anak mama sempat masuk kelas mewarna, jadi lowyer @ mahkamah, doktor , pilot, TM dan Bomba shj... yg lain tak sempat sbb org ramai sgt2 kena beratur lama sgt so masa byk buang utk dptkan turn. Tapi kita yg menunggu pun boleh tahan sampai sakit pinggang2 dan tapak kaki kesana kesini ikut dia org...apa2 pun mmg best n enjoy....
Happy brithday adik @muhammad 9/6/2013 (ahad)
Syukur alhamdulillah genap sudah umur anak mama 5 tahun..., semoga menjadi anak yg soleh syg, patuh pada perintah tuhan dan berjaya dunia akhirat...mama babah syg adik meletop2... Ayat manja babah pada adik...adalah meletop abah@adik. Sebelum btolak utk holiday kita mama dah preparetion utk besday adik pd hari tersebut. Mama dah tempah kek utk adik ikut kehendak adik sendiri...kali ini adik cakap sendiri dgn ofismate mama nak kek ada utraman lawan raksasa dan ada bangunan dan keta polis...alhamdulillah sampai pd hari yg ditunggu2 akhirnya adik puas hati sgt2 dgn tema keknya tahun ini, kedudukan utraman dan raksasa ditentukan adik sendiri, mmg cerewek juga anak mama ni tau...apa2 pun nampak wajah adik mmg puashati dgn cartoon kegemarannya sgt2.. Angah pula jeles...dgn adik...alahaiiii angah... kena tunggu thn hadapan pula la turn angah k... Selalunya besday anak babah dpt joint tapi utk besday adik babah kena keja pagi tapi tak dirancang maktok, acik n paksu mai umah so dpt joint celebrate besday adik kat alamku dgn kawan2.. Seronok la acik depa,.. lepas celebrate p tesco mkn sizilling kesukaan acik...
Monday, 10 June 2013
Cuti sekolah 2 minggu...6/2013
Alhamdulilah berakhir sudah cuti sekolah pertengah tahun 2013, mggu pertama mama hantar along ke PCS AMPAC yg berlangsung selama 3 hari. Alhamdulillah nampak perkembangan positif pada diri along, 2 hari dlm program along dapat menguasai pidato dgn baik dan dpt menghafal 3 rangkap teks yg di beri oleh coach ampac... Mama upload dlm FB semua puji kebolehan dan memberi kata2 semangat kepada along.. Terutama tok abah dan adik2 mama semua bangga dgn pencapaian along.. Mama n babah juga bangga dengan along.. Semasa majlis penyampaian sijil along dipilih mendapat anugerah perserta terbaik utk lelaki mewakili group 3.. syukur alhamdulillah... So mggu ke dua akhir cuti sekolah hari rabu mggu lepas sehingga sabtu kita berjimba2 perabis duit di bandar metapolitan kuala lumpur...hehehhe... holiday kali ini rasa happy sgt2, happy dgn anak2, maklong family dan kawan2 @ sahabat mama disana terutama untie ella sekeluarga (kawan laki bini) so btambah2 mesra la... semua geng semasa dipoly dulu... kepada untie chelah sefamily sbb sudi masak utk atur mini reunion kat umah beliau dirawang odway kita nak blk utara (sabtu) dpt jumpa kak cik dan hafis sekeluarga... masya alllah gamat umah untie chelah bila geng lama bertemu tambah dgn tukang karut untie chelah sendiri...mmg seronok giler...dr kul 4 ptg kita sampai kul 6.30ptg baru btolak balik ke kulim.. sampai dirumah jam 11 mlm.. esoknya babah keja pagi dan along dah mula sekolah.. mama mmg dah apply cuti siap2 sebelum pergi holiday.. Jam 2 pagi maktok, acik dan paksu pula sampai diumah kita dr kelantan@terengganu sbb dia org pergi majlis tamat latihan kenaikan pangkat paklang di terengganu. Dan keesokannya pula besday adik @muhammad, rezeki acik n maktok dapat joint celebrate besday adik di alamku... tak dirancang... jom layan pic sepjg cuti sek baru2 ni... Along dpt hadiah peserta terbaik..tahniah anak mamaHansome anak sulung mama ni...Mama korbankan masa walaupun hari tu mmg sibuk sgt2 sbb ada inspiktorat star rating pbt oleh KPKT, nasib baik bos mama izin mama keluar sekejap pergi tgk along.. Seronok angah dpt layanan dr acik.....abis meter laaa.....
Posted via DraftCraft app
Posted via DraftCraft app
Subscribe to:
Posts (Atom)