Perjalanan niat bermula setelah babah dan mama selesai membuat daftar haji ditabung haji kulim, pada 30/11/2011 dan tempoh tunggu giliran akan sampai tahun 2043, insyak Allah kalau umur panjang. Tapi pihak tabung haji dah bgtahu kalau duit cukup lepas 5thn boleh buat rayuan sekiranya masih kosong insyak Allah akan dipanggil. Awal tahun 2012 mama dah mula berjinak2 mengikuti kelas umrah/haji di taman selasih dimana tok guru adalah ustaz abdol razak. Mama sempat pergi dan bape kali ja, time tu hajat nak pergi buat umrah dah berkobar2.. Dlm pada masa itu ada juga mama pernah mintak izin kat babah nak pergi buat umrah dulu, mama mintak izin nak pergi sorg kalau babah masih belum bersedia. Tapi babah cakap kita pergi tahun depan (2013) tahun ni rasa mcm kalut sgt kita buat keputusan ini. So mama akur tak sampai la hajat mama nak ikut rombongan bekas tok guru mengaji mama dulu2 iaitu ustaz nordin dan ustazah zainab.. mak abah langkawi juga penah pergi dengan mereka. Mak dua kali pergi dgn mereka.
Akhirnya tuhan izin juga hajat km nak kesana tahun ini, dan kami pun tak jangka nak awal tahun. Tapi setiap perancangan Allah s.w.t adalah tepat utk kita sebagai hambanya.. Selepas tarikh diberitahu persiapan demi persiapan di sediakan sama ada fizikal, mental dan rohani.. Alhamdulillah semua berjalan dgn baik.
pada 23/2/2013 sabtu - taklimat, majlis baca yassin dan kenduri dia adakan di bilik mesyuarat penjara alor staq. Yang banyak urus bab jemaah adalah pak cik mokhtar dan mak cik zah tapi pada hari tu kita disampaikan taklimat oleh wakil agensi de mawardah travel sendiri iaitu hj ramlan dan hajah faridah...semua ni geng mak tok n tok walid masing2 org hospital. Dan minggu ini adalah minggu persediaan keperluan diri sambil belajar apa yang masih kurang sbb tarikh nak berangkat pun dah tak lama... Semoga ibadah ini dipermudahkan, diterima serta diberkati hendaknya... perbanyakkan doa "rabbi yasiir, wala tuaasir" insyak allah dipermudahkan amin..
No comments:
Post a Comment