3 hero comel mama 2011

Thursday, 28 February 2013

Panggilan Umrah Wajib 2013

Alhamdulillah.....Alhamdulillah.....Alhamdulillah......syukur padamu Ya Allah, Ya Rahman dan Ya Rahim....sesungguhnya Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Apa yg akan dicorekan didlm blog ini bukanlah atas sifat riak dan takabur tapi hanyalah utk melahirkan rasa syukur untuk anak-anak mama agar mereka sendiri dpt mengimbas kenangan2 dulu apabila besar nanti..

Alhamdulillah...yang dapat mama katakan tanda syukur akan limpah kurnianya rezeki Allah s.w.t kepada mama dan babah kali ini, rezeki yang paling berharga serta dinanti2kan seluruh umat nabi muhammad s.a.w yang mana dituntut keatas kita sekirannya mampu. Berkat doa akhirnya tanggal 7/3-21/3/2013 bermulalah perjalanan jihat seramai 21 org rombongan jemaah umrah ke tanah suci dgn tujuan mengerjakan umrah wajib bagi sesiapa yang masih belum melaksanakan (cth babah dan mama) dan umrah sunat bagi sesiapa yang sudah melaksanakan umrah sebelum ini. Setiap percaturan hidup diatas muka buminya pasti ada rahmatnya... Alhamdulillah juga babah dan mama dapat pergi kesana bersama tok walid dan mak tok. Sekurang-kurangnya dapat juga tok walid dan maktok menjadi tempat rujuk sampai disana. Tokwalid dan maktok telah melaksanakan haji wajib semasa dlm kerja lagi dan 2 tahun lepas mereka juga telah pergi melaksanakan umrah sunat selepas berpencen. Timbul hajat mereka kali ini utk pergi sekali lagi selepas mama menyuarakan hajat km berdua untuk pergi mengerjakan umrah dahulu tahun depan (2013) masa mama bgtau tokwalid kena tahan ward di hospital sultanah bahiyah alor star kerana kemalangan jalan raya bulan 5/2012 (dgn adanya blog mama boleh check blk peristiwa2 lepas, kalau tak sure lupa dah). Bila tok walid dgr hajat mama dan babah utk kesana tahun hadapan (2013) terus tokwalid kata dekat mak tok "piah kita pergi pula dgn abg dan farah na..." Mama ingat lagi selang lepas kejadian tok walid xsiden tu kita blk lagi utk ziarah tok walid time tu la tok walid bgtahu yang kawan tok walid pak cik tat pencen penjara tengah kutip nama utk kesana. Tok walid terus bagi nama pada pak cik tat iaitu nama babah, mama, tokwalid dan maktok. Sehari demi sehari tunggu dgn iringan doa serta tawakal akhirnya pada 23/12/12 tokwalid menyampaikan berita gembira kepada mama dan babah dirumah kenduri anak makteh (kakak maktok) yg mana tarikh dah di confrim. Bila dgr je seronok tak terkata, mama dan babah pun tak bajet awal tahun Allah s.w.t menjemput kita. Setiap rintangan yang ada alhamdulillah babah dan mama dapat atasi dgn baik dan yang penting berkat sokongan kedua2 belah pihak iaitu tokwalid dan maktok serta tok abah dan maktok langkawi. Tanpa sokongan dan dorongan mereka pasti urusan ini tidak semudah yang diharapkan... Terima kasih mak abah dua2 pihak yg tidak ternilai serta tidak terbalas jasamu kepada km sebagai anak.

No comments:

Post a Comment