3 hero comel mama 2011

Monday, 29 October 2012

Kenangan terindah dihari raya korban 2012

Alhamdulillah... dgn izinnya umat islam sedunia dpt menikmati hari raya aidiladha pada jumaat lalu. So pagi raya kita bertolak blk alor setar umah tok walid utk sama2 beraya dgn mereka, keadaan haiway mcm ibarat ana yg punya.. Walhal hari khamis kesesakan melanda di semua arah tak kira utara ataupun pantai timur. Ramai rakan2 fb mengupdate status mengenai kesesakan yg mana mereka sendiri mengalaminya.. Ptg khmais tu member ofis mama nak blk ke langkawi pun ambk masa 3 jam baru sampai k.kedah dr kulim. Tiba shj kita di alor setar seronok laa tokwalid n maktok so kat umah mereka ada untie eja n paksu ja. Mama bawa blk kuah laksa utk hidangan tetamu yg dtg meraya.. Saja buat mlm sebelum blk kesana. Lepas mkn apa yg patut kita siap2 keluar pergi meraya di rumah saudaramara tmn wira mergong. Tok nenda buat lontong dan umah amati buat keowteow goreng. Lepas mkn dan beraya terus blk coz babah n tokwlaid nak g solat jumaat. Yg bestnya alkisah si angah niii..Time nak pergi dia naik dgn kereta untie eja, sampai je dia kat umah tok nenda babah gatai mengusik angah kata ye..yee... km menang, km sampai dulu angah kalah.. Apa lagi sampai je angin pelek mai laaa. time nak kuaq pergi umah amati lak dia dah tak nak naik dgn untie eja. Dan time balik pun dia naik dgn babah juga. Otway babah perasan gtau mama sbb apa angah naik dgn kita.. Mama punya tanya, haii angah kenapa tak naik dgn untie eja, dia jawap angah tak suka bukan kuat pun.. Mama kata lagii oooo angah nak menang eek.. nak lawan ek.. Di jawap ' memang punnnn....'
Lepas mama kata mcm tu baru dia reyuh dlm keta.. dok suruh babah bawa laju jgn conner n berhenti satg paksu potong kita. Sampai je dirumah dia turun dok sorakkk siap menari lagi kat paksu n along sbb dia menang.. Teruk betoii laaa angah niii.. Abis cerita bab angah yg perangai pelek nii..
Lepas solat jumaat maktok n paklang sefamily mai rumah tokwalid dan tak lama lepas tu tok abah n acik lak sampai.. Lepas tu pula andak lak tel gtau nak dtg..Benda tak dirancang pun alih2 pakat mai berhimpun umah tok walid lak, hehehe mak abah mai cari anak bukan anak cari mak abah. Bukan tak nak cari nak buat mcm mn kan perjanjian 10thn yg lalu mcm ni laa kita tiap2 kali raya, selang seli perlis n alor setar nak bg adil. So raya puasa turn mak tok langkawi kali ni turn mak tok aloq setar la pula.. Dia org duduk sampai tok abah n tokwalid kuaq g solat asar dimasjid pknk la.. Lepas asar geng mergong lak sampai so bertambah2 ramai la time tu. Geng mama dah segan terus nak beransur lagi pun dia org lama dah.. Time sampai tu terhasil la satu pakatan utk ke cameron keesoknya.. Acara sepontan juga.. plan awal paklang n maktok nak hadir kenduri anak tok ndak s.p di kuantan. Entah mungkin tuhan tak mengizinkan mcm2 jadi.. sebelah mlm raya mak lang kena gigit dgn lipan bara dan pagi raya mak tok baru perasan beg baju tak ada.. Mak tok tinggal sehelai sepinggang ja.. Akhirnya hajat nak pergi kuantan dibatalkan disaat2 akhir. Tu yg paklang sampai je terus atur plan B lak, dia nak ajak tdo peneng. Dgr peneng je dah jadi muak.. bukan belagak tapi ya pun sian babah dah tempat cari rezeki n then nak bercuti pun situ juga. So mana bg cdgn jom pergi cameron lagi pun dah lama tak naik cameron. So bincang punya bicang dipersetujui.
Keesokan bermula laa perjalan kita. Lepas pergi ambk andak sefamily ditunjang kita bergerak ke cameron dan berhenti di tol sg dua sbb atok abah nak ambk kunci rumah kita dia tak nak ikut sbb ada urusan yg oerlu diselesaikan. Perjalanan kita bermula antara GL vs wish.. Sampai je dekat sg perak berhenti solat dan makan dan bermulaa laa acara perlumbaa haram antara GL vs Wish gara2 pukulan perangai angah.. Punca dr along coz dia naik dgn paklang dia n then dia org sampai dulu.. elok jumpa angah dia dok sorak angah dgn ayat yeeee km sampai dulu angah kalah.. Hangin menjadi lagi.. Adess penat la mama tau dgn kelaku dia org. Kekdg nak tegelak kkdg mcm gerammm ja.. Perjln akan diteruskan terus angah tak nak naik dgn babah lagi dia terus lari naik dgn paklang. Mama dah agak dah sbb kes kemarin berulang kembali, pjln diteruskan sehingga babah potong kereta mereka.. Lepas kita potong mama terus tel mak tok dan mintak nak ckp dgn angah.. Angah pun seronok laaa ayat dia ' hello mama, angah naik dgn paklang nii' mama dgr je suara dia terus mama sorak dia blk uuuuuuuuuu babah potong angah dah.. dgr je ayat mama mcm tu terus diam tak mau ckp dan terus blk kat maktok. Lepas tu baru mak tok tau akai cucu dia sbb apa dia nak naik sgt dgn kereta paklang dia. Bermula dr situla paklang hangat pungkok sbb angah dok hamak suruh paklang potong keta babah blk.. Reyuh rendah sampai ke cameron sat wish potong GL, sekejap GL potong wish.. Sampai la dekat shell cameron angah keluar naik dgn mama blk sbb paklang kalah.. Marah diaa sbb andak dok usik dia kata kita menang.. Angin laa angah..
Manusia mmg ramai sungguh sampaikan jem kat selekoh S masing2 mcm siput ja. Sampai la ke brincang sbb pasar mlm sama telah start beroperasi. Kita checkin kat park view apparment dekat tanah rata belakang maybank cameron. Apparment besar dan selesa siap ada dapur gas lagi.. Mmg kita plan pergi sana nak masak sendiri so ikan n udang mama dah bawa siap2.. cuma beli sayur dan keperluan lain ja. Seronok laa mkn dgn sejuk pula..
Keesokan kita kuar pergi shopping sayur dll. Dan kul 3 ptg kita dah start bergerak blk.. kereta punya la banyak yg teruja bila sampai dekat tol simpang pulai dimana arah selatan sudah jem kereta yg dtg arah utara bernirai2...nasib baik arah utara ok. Singgah di bukit gantang utk solat dan mkn.. Selesai semua kita gerak blk dan bermula laa kesesakan sehingga kita exit tol tambun.. Awal plan paklang n andak nak blk kealor setar terus. Sampai je simpang tasik terjumpa kereta dia org dihadapan. Cabuk sungguh depa pekena kita hidup2..elok masuk simpang umah kita anagh dah bising mintak potong kereta paklang so dua arah berbeza yg mana kita ikut jln besaq depan umah kita nak lari bumper dan paklang ikut lorong susur depan rumah. Dan akhirnya wish sampai dulu, riuh rendah bila kereta berhenti yg paling kena teruk si angah laaa yg sakan si andak dok buat yes...yes.. kami menang.. kami menang... masayallahh gamatt kat luar umah nasib baik depan umah tak dak jiran.. Kita sampai pun dah 8.15mlm dia org dok sejam sempat mandi n solat kul 9lebih dia org pun btolak balik. Tinggal la maktok, tokabah, acik n haikal..pagi td kul 7 dia org pun bertolak blk sbb atok abah ada lelong kat pej tanah sp. Mama ambk el n along pergi sek.. Mmg best laa gtring family kak yah kondo kali ni.. Harap2 nnti kita plan lain k..

No comments:

Post a Comment