3 hero comel mama 2011

Monday, 29 October 2012

Kenangan terindah dihari raya korban 2012

Alhamdulillah... dgn izinnya umat islam sedunia dpt menikmati hari raya aidiladha pada jumaat lalu. So pagi raya kita bertolak blk alor setar umah tok walid utk sama2 beraya dgn mereka, keadaan haiway mcm ibarat ana yg punya.. Walhal hari khamis kesesakan melanda di semua arah tak kira utara ataupun pantai timur. Ramai rakan2 fb mengupdate status mengenai kesesakan yg mana mereka sendiri mengalaminya.. Ptg khmais tu member ofis mama nak blk ke langkawi pun ambk masa 3 jam baru sampai k.kedah dr kulim. Tiba shj kita di alor setar seronok laa tokwalid n maktok so kat umah mereka ada untie eja n paksu ja. Mama bawa blk kuah laksa utk hidangan tetamu yg dtg meraya.. Saja buat mlm sebelum blk kesana. Lepas mkn apa yg patut kita siap2 keluar pergi meraya di rumah saudaramara tmn wira mergong. Tok nenda buat lontong dan umah amati buat keowteow goreng. Lepas mkn dan beraya terus blk coz babah n tokwlaid nak g solat jumaat. Yg bestnya alkisah si angah niii..Time nak pergi dia naik dgn kereta untie eja, sampai je dia kat umah tok nenda babah gatai mengusik angah kata ye..yee... km menang, km sampai dulu angah kalah.. Apa lagi sampai je angin pelek mai laaa. time nak kuaq pergi umah amati lak dia dah tak nak naik dgn untie eja. Dan time balik pun dia naik dgn babah juga. Otway babah perasan gtau mama sbb apa angah naik dgn kita.. Mama punya tanya, haii angah kenapa tak naik dgn untie eja, dia jawap angah tak suka bukan kuat pun.. Mama kata lagii oooo angah nak menang eek.. nak lawan ek.. Di jawap ' memang punnnn....'
Lepas mama kata mcm tu baru dia reyuh dlm keta.. dok suruh babah bawa laju jgn conner n berhenti satg paksu potong kita. Sampai je dirumah dia turun dok sorakkk siap menari lagi kat paksu n along sbb dia menang.. Teruk betoii laaa angah niii.. Abis cerita bab angah yg perangai pelek nii..
Lepas solat jumaat maktok n paklang sefamily mai rumah tokwalid dan tak lama lepas tu tok abah n acik lak sampai.. Lepas tu pula andak lak tel gtau nak dtg..Benda tak dirancang pun alih2 pakat mai berhimpun umah tok walid lak, hehehe mak abah mai cari anak bukan anak cari mak abah. Bukan tak nak cari nak buat mcm mn kan perjanjian 10thn yg lalu mcm ni laa kita tiap2 kali raya, selang seli perlis n alor setar nak bg adil. So raya puasa turn mak tok langkawi kali ni turn mak tok aloq setar la pula.. Dia org duduk sampai tok abah n tokwalid kuaq g solat asar dimasjid pknk la.. Lepas asar geng mergong lak sampai so bertambah2 ramai la time tu. Geng mama dah segan terus nak beransur lagi pun dia org lama dah.. Time sampai tu terhasil la satu pakatan utk ke cameron keesoknya.. Acara sepontan juga.. plan awal paklang n maktok nak hadir kenduri anak tok ndak s.p di kuantan. Entah mungkin tuhan tak mengizinkan mcm2 jadi.. sebelah mlm raya mak lang kena gigit dgn lipan bara dan pagi raya mak tok baru perasan beg baju tak ada.. Mak tok tinggal sehelai sepinggang ja.. Akhirnya hajat nak pergi kuantan dibatalkan disaat2 akhir. Tu yg paklang sampai je terus atur plan B lak, dia nak ajak tdo peneng. Dgr peneng je dah jadi muak.. bukan belagak tapi ya pun sian babah dah tempat cari rezeki n then nak bercuti pun situ juga. So mana bg cdgn jom pergi cameron lagi pun dah lama tak naik cameron. So bincang punya bicang dipersetujui.
Keesokan bermula laa perjalan kita. Lepas pergi ambk andak sefamily ditunjang kita bergerak ke cameron dan berhenti di tol sg dua sbb atok abah nak ambk kunci rumah kita dia tak nak ikut sbb ada urusan yg oerlu diselesaikan. Perjalanan kita bermula antara GL vs wish.. Sampai je dekat sg perak berhenti solat dan makan dan bermulaa laa acara perlumbaa haram antara GL vs Wish gara2 pukulan perangai angah.. Punca dr along coz dia naik dgn paklang dia n then dia org sampai dulu.. elok jumpa angah dia dok sorak angah dgn ayat yeeee km sampai dulu angah kalah.. Hangin menjadi lagi.. Adess penat la mama tau dgn kelaku dia org. Kekdg nak tegelak kkdg mcm gerammm ja.. Perjln akan diteruskan terus angah tak nak naik dgn babah lagi dia terus lari naik dgn paklang. Mama dah agak dah sbb kes kemarin berulang kembali, pjln diteruskan sehingga babah potong kereta mereka.. Lepas kita potong mama terus tel mak tok dan mintak nak ckp dgn angah.. Angah pun seronok laaa ayat dia ' hello mama, angah naik dgn paklang nii' mama dgr je suara dia terus mama sorak dia blk uuuuuuuuuu babah potong angah dah.. dgr je ayat mama mcm tu terus diam tak mau ckp dan terus blk kat maktok. Lepas tu baru mak tok tau akai cucu dia sbb apa dia nak naik sgt dgn kereta paklang dia. Bermula dr situla paklang hangat pungkok sbb angah dok hamak suruh paklang potong keta babah blk.. Reyuh rendah sampai ke cameron sat wish potong GL, sekejap GL potong wish.. Sampai la dekat shell cameron angah keluar naik dgn mama blk sbb paklang kalah.. Marah diaa sbb andak dok usik dia kata kita menang.. Angin laa angah..
Manusia mmg ramai sungguh sampaikan jem kat selekoh S masing2 mcm siput ja. Sampai la ke brincang sbb pasar mlm sama telah start beroperasi. Kita checkin kat park view apparment dekat tanah rata belakang maybank cameron. Apparment besar dan selesa siap ada dapur gas lagi.. Mmg kita plan pergi sana nak masak sendiri so ikan n udang mama dah bawa siap2.. cuma beli sayur dan keperluan lain ja. Seronok laa mkn dgn sejuk pula..
Keesokan kita kuar pergi shopping sayur dll. Dan kul 3 ptg kita dah start bergerak blk.. kereta punya la banyak yg teruja bila sampai dekat tol simpang pulai dimana arah selatan sudah jem kereta yg dtg arah utara bernirai2...nasib baik arah utara ok. Singgah di bukit gantang utk solat dan mkn.. Selesai semua kita gerak blk dan bermula laa kesesakan sehingga kita exit tol tambun.. Awal plan paklang n andak nak blk kealor setar terus. Sampai je simpang tasik terjumpa kereta dia org dihadapan. Cabuk sungguh depa pekena kita hidup2..elok masuk simpang umah kita anagh dah bising mintak potong kereta paklang so dua arah berbeza yg mana kita ikut jln besaq depan umah kita nak lari bumper dan paklang ikut lorong susur depan rumah. Dan akhirnya wish sampai dulu, riuh rendah bila kereta berhenti yg paling kena teruk si angah laaa yg sakan si andak dok buat yes...yes.. kami menang.. kami menang... masayallahh gamatt kat luar umah nasib baik depan umah tak dak jiran.. Kita sampai pun dah 8.15mlm dia org dok sejam sempat mandi n solat kul 9lebih dia org pun btolak balik. Tinggal la maktok, tokabah, acik n haikal..pagi td kul 7 dia org pun bertolak blk sbb atok abah ada lelong kat pej tanah sp. Mama ambk el n along pergi sek.. Mmg best laa gtring family kak yah kondo kali ni.. Harap2 nnti kita plan lain k..

Wednesday, 24 October 2012

Ketupat palasku dah siap...

Alhamdulillah.... siap dah ketupat palas mama utk raya haji kali ini.. Amboii pecah rekod aiii tak penah dok tanak (masak) puluit sendiri, balut sorg2 dan syok sorg2.. hehee.. Raya haji tahun ini juga pecah rekod kita kena sambut mlm raya umah sendiri so pagi raya lepas babah abis keja baru bergegas pulang ke umah tokwalid. So utk nak dptkan suasana hari raya juga mana sibuk2kan diri laa utk siap juadah dipg raya..Mama buat awal sbb nak masukan dlm peti ais je.. mlm raya keluarkan dan rebus je so tak laa sibuk2 nak balut dah. Hajat dihati esok nak buat kuah laksa sikit coz ikan banyak dlm peti ais kes sambut saudara mara loq staq singgah umah mggu lepas. Ingat dia org datang ramai, mama beli ikan banyak la juga. Alih2 sampai sebuah keta ja.. Tapi buat kari ikan 15 ekor abis juga.. Sebelum bertolak blk alor staq dia org makan nasi yg mama masakan utk dia org.. Lincinnn seperiuk nasi... berubah tempat n then jln jauhkan.. Semoga dipagi raya akan meriah walaupun kena blk kg pagi raya janji bersama babah n anak2.. Raya kedua la baru kita blk rumah maktok perlis...dan raya ke3 dah kena blk kulim coz isnin along sek dan mama keja.. Raya korban tahun ni save cuti mama... babah kena ambk 2 hari juga n dpt laa 4 hari tambah cuti tetap 2 hari..

Oklah selamat menyambut hari raya aidiladha semoga kita akan mendapat keberkatan dr Allah s.w.t..amin

Saturday, 20 October 2012

Lancarkan 5S@Rumah ku Syurga ku

Assalamualaikum.. Mggu rajin sampai tak sempat nak coretkan dlm ni.. Dr mggu lepas lagi mama dah lancarkan 5S dirumah pula, asyik kena ditempat keja ja.. Sampai sakit badan2, tak la keja teruk sgt tapi entah la bila buat keja lebih ja sure bhgian belakang mama rasa lenguh2.. maybe sbb bius kah? entah laa..
So operasi dibuat utk keseluruhan rumah termasuk luar sekali tetapi masih peringkat 60% siap. 2 kali sampah or barang2 yg tak diperlukan diangkut keluar dan buang terus kat tong sampah besar ditepi jalan sana. Kalau letak kat depan rumah pakai tekejut lak jiran2 takut dia org ingat kita nak pindah lak... hiiiii...
Dlm2 sibuk mama laksanakan 5S adik pula demam dr khamis lepas sampai smlm, dan hari ini alhamdulillah nampak ok dah badan pun tak panas dah.. Pecah rekod adik kali ni 3 kali ambk ubat n tukar ubat. Doc klinik kita ckp klau kali ni tak ok juga sy akan buat surat refer hosp.(khamis pergi blk klinik) dah laa mlm jumaat babah nak g sepang. Babah mcm bimbang nak pergi tapi memandang tiket dah beli sian pula kat babah. Entah kali ni mama merelakan pula babah pergi, sian pula dah minat dia lagi pun lama dah dia tak pergi. Mama je keja jalan dgn kawan2 so kali ini mama bg peluang la pula baru adilkan.

Ptg td sibuk pergi nasery pokok mama nak deco halaman rumah kita biar nampak nyaman dan selesa habuan nak rehat2 ptg2 depan rumah. Mama nak upah syg duit, insyak Allah mama akan buat sikit demi sikit dgn bantuan ilham deco bersama eric. Mama suka sgt layan dlm youtube. Nnti dah siap mama akan share dlm blog ini.. TUNGGUuUuuuu

Sunday, 14 October 2012

Jadual peperiksaan akhir along..

Semoga anak mama selamat menjawab exam esok, mama sentiasa berdoa agar anak mama berjaya didunia dan diakhirat.. Mama marah sbb mama syg along, mama nak along menjadi anak yg soleh dan mama nak along menjadi hamba Allah s.w.t yg berguna didunia n diakhirat.

Saturday, 13 October 2012

11-10-2012 Happy brithday mama

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi mengizinkan mama utk mengecapi keindahan ciptaanya selama 33thn sudah..Semoga rezeki ini dipjgkan oleh maha kuasa utk terus mencari bekalan disana nnti... Waallahualam hanya dia maha mengetahui..

Besday mama jatuh hari khamis. Mlm rabu babah dah belanja kita mkn nasi arab celebrate besday mama di perda. Tepat jam kul 12mlm dpt wish besday dr babah n kiss sekali.. pastu babah terus tdo... Tqvm syg.. Keesokanya pula, babah mintak anak2 nyanyikan lagu happy besday sebelum babah kuaq hantaq along ke sek n mama hantaq adik n angah ke alamku. Sampai di ofis riuhla my staff dok pekena mintak beli kek la, belanja la..ada2 ja dia org nak pekena mama tau. Time breakfast mama kuaq mkn dgn geng mama iaitu Shiha, kak zee dan rozita. kita pergi celebrate besday mama kat McD je.. Mama abis keja hari ni 3.30ptg so babah dtg jemput coz kita nak ligan masa utk pergi ambk mak tok langkawi di rumahnya dekat kg tok nek. Lepas mama masuk dlm kereta, babah letakan bungkusan atas reba mama. Apo lagiiii senyum gilorrr laaa,... mama dpt kek sebiji, sekeping kad dan sekuntum mawar merah.. Awalnya mama mode dah sedih je sbb mcm dok tunggu2 je pemberian dr babah. Tapi bila dah dpt apa lagi suka hati laaa..
Kita terus pergi ambk along di sek so ari ni along tak naik van sekolah dgn pak teh. Lepas jemput along pergi pula ambk angah n adik, sampai je teacher adik gamit mama suruh turun.. pelek je teacher adik mcm ada sesuatu je nak bagi tahu, dia tak sabar terus dtg kat kereta sambil kata "laaa awat kak dtg awal sgt ambk muhammad, shira baru nak buat flower kat kak" satg dia marah shira mampuih flower (pakai stero) tak sempat nak siap. Dia kata dia nak bg kat mama sbb hari ni happy besday mama. tak lama lepas tu, adik turun dari kelas dia terus muka masam ja.. Adik nak bg bunga kat mama tapi teacher tak mau buat. Teacher shira gelak n muka rasa bersalah ja pd adik. Mama pujuk adik, tak palah ari ahadkan ada nnti adik buat bg kat mama k. Kita pun mula perjalanan terus ke kg, lepas solat maghrib bertolak blk dan singgah umah tokndak sg petani. Kul 2pagi baru sampai rumah lepas sembang, mkn dan tgk cd kawin cousin mama ari tu. Seronoknya mama dpt celebrate besday dgn family terutama mak tok yg melahirkan mama dan suami tercinta serta anak2 yg mama kasihi. Semua ini adalah perancangan allah s.w.t yg terbaik utk mama. Mak tok nak dtg kulim pun bukan dirancang tapi hanya kebetulan . Mama happy sgt2... Tqsm kepada geng fb yg wish dan berdoa utk mama. mama dpt doa dr 50rakan fb thn ini.. Tqvm i lv u all 4ever..

Gambar kek dlm hfon babah nnti mama uploadkan..

Wednesday, 10 October 2012

Hati berbunga-bunga@bahagia sgt2...

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana memberi kebahagian sebegini pd hambamu ini.. Semoga kebahagian ini terus mekar dan bersinar dgn rahmat serta hidayahmu ya Allah, ya Rahman, ya rahim, ya karim...

Hari ni berakhirlah penantian mama, kita hanya merancang tapi dia tetap menentukan walaupun seminit, sehari, semggu dsbgnya.. Mcm tu juga cendelier mama ni, akhirnya dia restukan hajat sehari sebelum ulang tahun kelahiran mama esok.. Ya Allah seronok sgt2.. hari2 tunggu bila la nak settle masalah nak pasang cendelier niii.. So hari ini selesai juga penantian n impian mama selama ini.. Alhamdulillah dan terima kasih babah.. Tak kerana babah setuju dan mengeluarkan duit pasti mama tak akan merasa juga.. Dan lepas selesai je psg dlm kul 7 mlm td, bab offer lak nak celebrate besday mama mlm niii.. Ya allah seronok sgt, xsited lak babah tahun ni... Selalunya babah akan celebrate besday pd hari besday tu.. mlm ni kira awal sikit la esok baru besday mama.. tapi esok pun still best juga sbb kita nak blk ambk maktok langkawi bawa dtg umah kita sbb mak tok rindu cucu2 kulim.. So hari besday mama indah sgt tahun ini.. suami ada mak pun ada leh sambut besday dgn org2 tersyg dan terpenting dlm hidup mama.. syukur ya allah kerana perancangan mu ini adalah yg terbaik utk diri ku...

Kita sekeluarga Dinner kat restauran nasi arab perda.. Best juga, kita order nasi arab lauk kambing, masromsup, chiken grill dan jus buah sorg satu.. Bab belanja sempena besday mama esok tqsm babah.. mama syg sgt2... muah..muah..muah..Anak2 pun happy nak celebrate besday mama, sehinggakan adik yg 4 thn pun pandai requas kat teacher nak buat kad besday kat mama. Time mama pergi jemput adik, teacher kalut tanya mama "besday kak hari ni ka? haii.. besok la besday kak frh kenapa teacher! Mmmm muhammad sibuk nak buat kad besday kat mama. Sambil dia org arah adik tunjuk hasilnya.. Comel sgt kad adik.. kebetulan pg td adik ingat pesanan teacher smlm mintak adik bawakan ubi kentang sbb nak buat lukisan cop2..Sampaikan nak g sek pg td adik peringatkan mama nak ubi, sampai je di sek teacher puji sht2 adik sbb ingat apa yg teacher pesan. Ramai kawan2 adik tak ingat.. Adik mmg cool n stady laaa mama syg adik... dan syg along dan angah juga.. semua anak2 baik sgt2... Apa2 pun mama bahagia sgt2 dgn apa Allah s.w.t berikan pd mama selama ini...

Sunday, 7 October 2012

Anak2 tengah membesar...

Assalamualaikum.. mama nak cerita kisah dimana anak2 mama selera mkn kemuncang skrg. Mama tgk badan along pun mcm naik sikit, odway blk dr alamku ke rumah, mama singgah belikan goreng pisang dan karipap. Sampai je babah dah siapkan susu sorg sebetul. Mama ni anak kecil mmg x dak dah la tapi angah n adik still minum susu guna botol lagi. Tapi skrg mama dah latih dia org minum guna botol dirumah ja kalau g bermlm dimana2 mmg tak bawa la. Along pun darjah 1 masih berbotol lagi, bg mama dia org ni bukan jenis gungung botol sampai gigi jongang. Lepas minum dan abis je terus dia org letak tepi. Dan bila dia org suka minum botol susu kerap sikit kalau pakai guna cawan dia org main2 je minum. Susu baguskan so mama dan babah tak kisah la nak minum sampai bila mama ada 3org anak ja..

Ok mama dah keluarkan udang dan keowteow ingat nak buat keowteow goreng ja, ikutkan malas laa nak masak tapi tau punya lepas mahgrib sure along bising lapar.. So stanby siap2, tak silap kata2 mama x sampai masuk waktu mahgrib dah bising lapar, last sekali mama malas nak dgr mama panaskan blk kuah laksa yg berbaki masukan keowteow terus siap utk dimakan. Ya allah habis sebgks keowteow utk 3 hero mama, mama suap 2,3 sudu je ke mulut mama. Mmmmmm x jadila keowteow goreng udang, jadilaaa ala...ala... laksam.... :)

Memang beselera dia org skrg, mungkin lepas baik demam oooo mama baru ingat nak kena bg anak2 mkn ubat cacing sbb mggu yg dia org demam cirit n muntah n then taik busuk sgt.. takut cacing lak.. nnti nak kena pergi beli kat farmasilah... ok bye 

Saturday, 6 October 2012

Shopping blander buah

Lepas pergi ambk along dr tusyen kita singgah tesco sebelah taman umah kita je.. situ la tempat perabiskan duit.. hehehe Hajat mama dan babah nak beli blander buah pula sbb apa sbb nak bg along amalkan minum jus carrot susu sbb samplymen utk mata dia yg silau teruk tu.. So dpat la akhirnya babah pilih yg 3 in 1 so semua ada kisar buah ada, cili ada dan kering pun ada.. Lepas beli tu babah ambk pula meja ala2 ikea, bukan keperluan pun meja kat umah ni dah byk pun tapi sbb apa ambk sbb murah dr harga asal rm39 jadi rm18 je.. Ambk itu ini penuh juga troli kita.. bila dah keluar dpt pula cd game ps2 utk anak2 game utraman dan madagascar pilihan mereka sendiri.. terketaq2 nak blk nak main game mana pun x nak singgah dah.. .so ptg td dah try buatkan jus corrot susu, anak2 cakap sedapp laa mama... Mulai esok mama akan breakfast dgn fresh oren bikin sendiri tau...TQVM babah kerana memenuhi keperluan kita sekeluarga.. semoga dimurahkan rezeki babah.. amin..

Menu ikan siakap 3 rasa dan Laksa Berbaloii-baloiii

Alhamdulillah mmgu ni keja buat makan je mama, sbb apa sbb udah baik demam agaknya. Minggu sudah masak org sakit n then mkn luar je.. Semlm masak nasi putih bersama ikan siakap 3rasa (favorite along lanii) n sayur bayam utk mama. 2 ekor siakap selamat dikorbankan oleh kita sekeluarga. Seekor buat 3rasa dan seekor lagi buat goreng je sbb mama yg nak mkn mcm tu je nak cicah dgn sambal picit (air asam) dgn sayur bayam. Mkn pula nasi panas2 apa nak dikatakan... mavelosss

Nak ke resepi siakap 3 rasa jom kot2 anda nak cuba:

1 ekor Ikan siakap digoreng garing

bahan utk kuah
4biji cili besar
1 biji bawang besar
3biji bawang putih
halia sedikit
(* blander semua bhn diatas sehingga halus)
2 btg serai(titik or blander dgn * ikut kata hati)
5helai daun limau
2biji limau nipis
3biji tomato merah
sos tiram
gula
garam
kicap manis

Cara2..
Masukan minyak kedlm kuali, masukan bahan yg sudah diblander tadi, titik serai ( serai terpulang kalau nak potong halus2 dan blanderkan sekali dgn bhn diatas pun blh) klau utk anak2 titik pun ok sbb senang dia org nak mkn nnti. Potong kasar2 daun limau dan perahkan air limau nipis kedlm kuali dan juga masukan tomato yg dipotong 4. Masukan garam, gula, sos tiram, sos cili sikit (kalau nak le), kicap manis nak bg kuah seakan merah gelap. Kalau tak masukan kicap nnti jadi sweet sour lak.. so nak bezakan dan rasa juga berbeza k. Nak tahu masakan puan2 sedap ke tidak perlu la rasa dan rasanya perlu ada manis, masam dan pedas. Pandai2 la ejas ya dan akhir sekali tuang aje kuah ke atas ikan siakap yg siap digoreng yg telah tersedia didlm pinggan anda, jgn rendamkan ikan kedlm kuali sbb nnti ikan tersebut akan terlalu lembut.Selamat mencuba..
(Pastikan akan menjadi kebanggan suami dan anak2 anda nnti) Sy mmg suka masak utk mereka, sbb bila masakan sy habis dan mendapat pujian mereka yg letih akan menjadi happy sgt2...

So utk hari ni pula mama sediakan Laksa, dah lama tak makan laksa dah lama tak buat sbb apa? sbb malas..
Smlm sebelah ptg pergi urus tugasan tok abah langkawi pd mama. Lepas selesai kita singgah pasar mlm dan bila melihat ikan kembung baru2 terasa teringin nak mkn laksa pula. So beli la bhn2 utk buat laksa.. Sampai je umah kita mkn apa yg dah dibelikan di pasar mlm je.. Mama rehat sekejap dalam kul 9mlm terus buat kuah siap2 sbb apa esok kuah tu lagi sedap utk dimakan..
Ikan tak sampai 2 kilo pun tapi laksa mama rebus 2 bgks sbb mama nak kasi dekat untie shiha kwn ofis mama sikit. Niat utk bg pada kerani mama abg duan pun ada juga tapi tgk ptg ni laksa cukup2 je, teringat wife dia sedang pragnant..Tapi apakan daya main dgn anak2 tengah membesar ni masak apa pun insyak Allah habis. Tapi badan anak2 tak gemuk pun.. Yg koi besar mama n babah ja.. Metabolisma dia org tinggi lagi sbb tdo kurang.

Jom nak share resepi Laksa air tangan mak tok.

1kilo ikan kembung(dibuang perut shj dan dibersihkan)
segengam cabai kering yg dipotong buang biji dan direbus)
2 biji bawang besar
sedikit belacan
daun kesum dan bunga kantan
2 btg serai (titik)
asam keping.

cara2nya
Ikan direbus bersama asam keping. Biar ikan rebusan sejuk sikit dan asingkan air rebusan (jgn buang sbb nak guna blk) termasuk asam keping td.
Asingkan isi dan tulang ikan rebus tadi dan blander isi dulu serta tuang masuk dlm air rebusan tadi. Baru blander tulang + kepala ikan yg berbaki dan tapis utk asingkan tulang2 td.. pastikan kuah ikan 100% tiada tulang.. bahaya..
Blander cili kering yg dah direbus+ bawang besar+ belacan.
Tuang masuk dlm kuah ikan yg telah siap diatas api, biar kuah nampak kemerahan baru kuah rasa sedap nnti kalau pucat mmg out la kuah anda.
Masukan daun kesum dan bunga kantan serta titik serai dlm 2 btg (tambah wangi pd kuah)
Garam, gula dan sedikit perasa (ajinomoto)
Rasa kuah kalau x cukup asam perlu tambah lagi asam keping kalau dah kena dgn selera mulut anda cukup dgn asam yg direbus bersama ikan td..
akhirnya rebus bihun laksa yg telah direndam terlebih dahulu dan hidangkan bersama ulam-ulaman yg anda suka...
p/s: kalau nak mkn keesokan harinya, mlm tu boleh buat siap2 sbb esok panaskan aja, kuah akan lagi best n meletoppp cukup rasa dan perasa..
Selamat mencuba....

Pengikat kasih syg dlm organisasi kekeluargaan adalah air tangan seorg
isteri@seorg mak/mama/ibu/umi dan sewaktu dgnnya...