Kejadian selasa 23/7/2012, mama round kulim nak cari baju raya untuk mama. Untuk babah dan anak2 dah siap dgn sampin, cuma songkok ja belum cari. Sampai je mama dekat Pekan kulim mama masuk parking yg bersebelahan dgn wakaf rehat berhadapan balai polis trafik kulim. Hajat mama nak turun pergi servey baju kat butik Peach. Sesampai je masuk kotak parking, dengan pantasnya seorg lelaki india menuju kearah mama, tangan mama terus 'lock' pintu kereta nasib baik tangan mama cepat dan tepat. Kekadang lock tu pun tak perasan hat atas tutup n bawah buka. So dia mintak mama buka tingkap, mama buka juga tapi sedikit agak2 blh dengar suara dia. Bila dah mama buka tingkap kereta, dia mintak duit nak makan. Mama pun bg la rm1, mungkin sedikit bgnya lalu dia bgtahu yg dekat wakaf tu ada suami&isteri serta seorg anak perempuan (umur 3-4thn),tiada tempat tinggal, tidak makan dan kesian la dia pun org melayu juga. Bila mama pandang mereka je si isteri mcm sisih rambutnya tanda malu ka apa ka entah la.. Lalu mama bg lagi pada india tu rm10, wang tersebut terjatuh sbb mama kan bg ikut tingkap yg agak kecik bukaanya. Dia ambk duit tu terus pergi mendapatkan mereka bertiga, mama nampak riaksinya bercakap dgn wanita itu mcm ajak ke Nasi Kandar Pelita seberang jln dgn tempat km. Wanita tersebut mgelingkan kepala tanda tidak mahu. Dan mama nampak wanita itu meminta wang dr india td, tapi india tadi mcm tak nak bagi shj. Lalu mama terus buka tingkap luas dan bgtahu dia suruh bg pada mereka. Mungkin dia tgk mama masih berada disitu tgk situasi mereka, lalu india td terus pergi meninggalkan tempat tersebut. Wanita tersebut terus melulu dtg siap mintak simpati agar tunggu dia, mama tak sampai hati nak berlalu dr situ. Mama pun tunggu sehingga dia dtg, terus dia cakap yg india tadi tipu adik saja, dia guna km utk dapatkan agar dia dpt membeli air arak.Mama tanya kakak itu, kakak tinggal mana? dia bgtahu tiada tempat tinggal, dtg dr alor star dan katanya ptg itu nak blk ke alor star blk.. apa yg kakak itu bgtahu sama mcm india tu cakap. Kebetukan mama memang tiada wang kecik dah, nak bg rm50 mcm tak patut sgt sbb dia ada suami dan lihat mereka pun masih sihat lagi. Mama cekalkan hati bgtahu, sy nak buat mcm mn kak! niat sy memang sy bg duit tu utk anak2 kakak ini, sy nak bg tambah pun sy dah tak ada duit kecik lgsg. Lalu mana pun terus berlalu dr tempat parking tersebut. Mama cakap dgn kakak tu pun buka tingkap sikit ja, mama takut bukan nak pandang hina tapi zaman skrg mcm2 boleh jadikan.. Mama terus blk rumah cerita kat babah, so babah kata tak usah fikir niat mama bg sbb dia cakap nak makankan!..
Sebelah ptg mama masuk ofis blk tak bape lama dtg seorg hamba allah ke bilik mama, dia dulu bekas staf mama di departmant lama, dia ada pinjam duit mama rm50/- tapi mama dah ckp dekat dia HALALkan duit tu ingat sedekah je ye la dah kat 2 thn rasanya. Tapi mcm mn pun mama tak tau mcm mn blh dia ada niat utk bayar blk. Pd awal mmg mama tak nak duit tu takut buruk siku lak, tapi dia cakap bos ambk la.. kalau bos tak mau ambk anggap sy sedekah pd bos. Mama jadi serba salah mama ckp sy bukan mintak na.. dia jwp mmg bos tak penah mintak pun.. sy nak ucap terima kasih byk2.. Lepas dia pergi mama tak ingat apa lagi, dgn apa yg berlaku. tapi bila blk umah masih memikirkan kejadian yg berlaku, baru mama perasan mungkin la itu yg dinamakan rezeki Allah s.w.t mungkin sbb mama kena tipu dgn hindu tu hanya rm11/- tapi digantikan blk dgn rm50/-.. adakah mungkin atau kebetulan semua ni hanya Allah s.w.t je yg mengetahui apa yg dah berlaku dan akan berlaku.. Wallahualam.. Tapi apa2 pun mama bersyukur sbb mama selamat dr perkara bahaya.. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment