3 hero comel mama 2011

Sunday, 1 April 2012

MENGHITUNG HARI@VIETNAM

ASSALAMUALAIKUM.....

Insyak Alllah tinggal 3 hari shj lagi mama dan kawan2 office yg terpilih dapat peluang menikmati keindahan di Ho Chi Minh di Vietnam. Alhamdulillah rezeki Allah s.w.t kerana masih bagi peluang utk mama menikmati keindahan ciptaan maha pencipta di negara orang. Tahun lepas mama berpeluang ke tembok besar China (Beijing) dan tahun ini mama akan menjejak kaki ke Ho Chi Minh pula. Kos perjalanan semua ditanggung oleh pihak pengurusan so mama pergi bawa duit shopping jelah..Cerita bab shopping di vietnam ni rasa mcm tak bape nak berani sebab apa yg mana tau dr cerita2 member yg pernah pergi sana dan forum disana matawang Dong tidak berbaloi so kena guna pakai USD lebih mudah, bila melibatkan nak tukar mata wang USD ni rasa mcm banyak mana jelah mama boleh shopping.. Apa2 pun takat kemampuan jelah....huhuhuhuhu 

Tadi pagi mama n the geng dah berpeluang dengar taklimat utk kesana pada ari khmis - isnin so 5D4N huhuhuhu terasa lamanye tinggal anak2 n suamiku tercinta. Kita bertolak dr office kul 12.00t/hari utk ke airport peneng coz flight kul 3.20ptg berlepas ke KLIA so transit almost 1hour + 5.50ptg berlepas ke Saigon Vietnam dan dijangka sampai pukul 6.45ptg (masa vietnam) 7.45mlm (masa M'sia). Tour leader Cik CT bagi tahu yg hotel kita orang menginap dekat sgt dengan Ben Than Market so aktiviti malam boleh keluar jalan kaki utk perabis duit yg bawa.....hehehheeee part ni yg best ni tapi bila blk jumpa my group n then check price masing2 sure ada yg HANGGAT......biasala mana2 tempat pun dia orang tengok kita org luar dari negara mereka for sure la depa boleh jual kita....Nanti balik mama akan upload pic utk kenangan disana k...

Cerita persediaaan nak tinggal anak2 pula... Alhamdullah kebetulan juga allah s.w.t mempermudahkan urusan mama kali ni dimana anak2 mama dapat berpeluang balik kelangkawi sepanjang mama tiada d rumah. So hari khamis mama berangkat ke Vietnam so anak2 juga turut berangkat ke langkawi with acik n mak tok dia org akan dtg jemput utk dibawa blk kesana.. So ari ahad babah akan ambk 3 hero mama di a.staq. So bila cakap nak balik langkawi 3 hero mama happy sgt2 sampaikan tak kisah mama nak tinggal dia org pun janji dia org dapat balik langkawi. Abis meter la dia org ni kalau dapat balik langkawi.........semua tok abah nnti turut kemahuan mereka.... so mama tak la risau sgt disana nnti boleh la mama menikmati keindahan disana puas2... Indah ka? mmmmm entah la tak boleh nak gambarkan lagi walaupun just tgk pic dlm internet sure tak sama dgn kita alami sendiri. Tapi yg pastinya indah dari segi menghabiskan duit jelah..... 

Semoga allah s.wt mempelihara n mempermudahkan lawatan kami sepanjang disana.... Insyak Allah.....   


No comments:

Post a Comment