Assalamuaikum..... Mggu gunda gulana mama memikirkan along yang mama sendiri tidak tahu apa sebenarnya. Adakah ini dugaan yg Allah s.w.t bg dlm mendidik anak2 sepertimana ibu bapa kita menghadapinya. Cara bagaimanakah yg terbaik utk kita sbg ibu bapa pula dalam menghasilkan anak2 yg berkualiti di dunia dan diakhirat. Along mama akan coretkan kisah silam along dlm blog ini agar along dan adik2 boleh memahami dan mengetahui perjalanan kehidupan anak2 mama dari lahir hingga seterusnya.
Minggu Along bagi masalah dan cabaran pada mama.
Mggu lepas hari rabu umi kelas along tel mama utk memberitahu yg along tidak melalukan kerja sek serta latihan yg diberi... panjang juga perbualan mama dgn umi. Sedih hati mama rasa kecewa dan terkejut dgn apa yg umi telah bagi tahu, mungkin bg org lain pekara kecik tapi bg mama ini bukan satu perkara kecik yg harus mama biarkan. Mama hanya ada anak 3 org yg diamanahkan oleh Allah s.w.t dipertanggjawabkan utk mendidik menjadi anak2 mama anak2 yg soleh. Walaupun mama bukan bidang pendidikan tetapi mama juga pendidik dirumah utk anak2 mama. Adakah target mama terlalu tinggi? Adakah harapan mama segunung Everest? Entah la... tapi itulah hakikatnya, Ibu mana yg tidak mahu melihat anak2 berjaya. Along anak mama yg sulung..along adalah sumber ilham, pencetus serta modal kepada adik2.. Insyak Allah sekiranya mama dan babah berjaya mendidik along menjadi anak yg soleh berjaya didunia hingga akhirat sudah pasti mama jua akan berjaya mendidik angah n adik sepertimana abg mereka.
Lepas mama ambk along dr alamku, mama tak cakap banyak. Along dah nampak perubahan mama dan along peka akan keadaan mama masa itu. Walaupun along takut nak tegur mama tapi terkeluar jua dr mulut anak ku itu "AWAT MAMA? tapi mama terus berdiam sehinggalah sampai depan rumah. Sebelum mama turun mama keluarkan arahan pada along "along! jgn masuk rumah selagi kerja sek tidak siap." Along tidak cakap banyak lalu membawa beg sek mencari tempat utk menyiapkan kerja sek yg diberi. Along pilih play ground utk selesaikan masalah tersebut. Mama masuk kunci pintu grill dan tidak benarkan angah n adik ganggu along. Mama perhatikan dr tingkap bilik tdo utama akan hasil yg dilakukan.. mama keluar warning sekali lagi "Along! ingat sebelum masuk rumah mama akan pastikan kerja sek disiapkan dgn kemas. Seandainya tidak kemas mama akan padam semua, along akan buat blk sehingga selesai...Dan banyak lagi la mama membebel pada along. Air mata along terun tak berhenti2... hati mama juga sedih sebenarnya... tapi mama terpaksa lawan utk kebaikan along juga. Along dibenarkan masuk kerumah jam 8mlm, time tu along menagis menjerit2 mintak ampun... Mama buka pintu, along janji along tak buat dah.. berkali-kali di ulang. Sebelum masuk banyak benda yg mana kata utk along sedar. Selesai along solat mama mulakan operasi geledah beg sek along dan tunggu along siapkan kerja sek sehingga jam 12 mlm.. Keesokan harinya dah khamis so babah yg jemput anak2 di alamku. Sampai sahaja dirumah badan along panas, mama tanya along pinjam tak buku kawan yg mama pesan semalam.. Along ckp dia x pinjam.. Mama naik angin lagi... Ya allah tingkatkan kesabaran aku dlm menghadapi cabaran dlm mendidik anak2 ya allah... sesungguhnya apa yg aku lakukan ini adalah demi kebaikanya..
Along janji nak siapkan semua latihan yg tertunggak di sek.. hari2 mama akan check sehinggalah kemarin pun along masih tidak dpt memenuhi permintaan mama utk pinjamkan buku kawan bawa blk kerumah utk selesaikan masalah tersebut. Alasan along bagi terlupa....terlupa...terlupa.... Ptg kemarin along kena pukul dgn 'penyangkut baju" mmg mama bagi teruk sampi kelupoq along atas katil. Ya allah zalimkah aku, betulkah tindakkan aku ni? Mama sabar dgn along dah semggu dr hari rabu sampai hari isnin, alih2 mama terpaksa rotan along atas sikap along yg tidak ambil berat sesuatu perkara yg diamanhkan. Ini adalah nilai yg perlu ada dlm diri along utk menjadi anak yg soleh bertanggjawab, amanah, jujur serta patuh. Mama bg peluang sehingga petang ini, along juga berjanji akan tunaikan permintaan mama. Mama harap along berubah sekiranya along sayang pada mama.
Along adalah harapan mama n babah dan along adalah idola adik2. Mama harap along akan berubah, mama harapkan along menjadi anak yg baik, mama harapkan along menjadi anak yg berjaya... Ini harapan mama along... Seandainya along berjaya nnti mama tidak mengharapkan duit ringgit along, mama tidak harapkan harta benda along, tapi apa yg mama harapkan adalah doa along dan adik2 utk mama dan babah setelah km tiada nnti. Itu harapan mama, kalau mama tidak bg ilmu agama pada along, Bagaimana along nak menguruskan jenazah mama n babah, bagaimana nak menguruskan solat utk mama n babah dan bagimana nak doakan agar kubur mama dibuka luas oleh Allah s.w.t nnti.... Ini sahaja harapan mama dan permintaan mama...utk anak2 mama... Mama bersyukur Allah s.w.t kurniakan kepada mama n babah anak2 lelaki yg akan membantu kami disana nnti... Tidak ternilai tingginya apa yg mama miliki sekarang... Syukur Alhamdullah...hanya tugas mama n babah shj utk memikul amanah Allah s.w.t sebaik mungkin adakah mama n babah boleh BERJAYA, ini yg merisaukan mama.. Apa2 pun mama serah pada QODA DAN QODAR maha pencipta dia yg lebih mengetahui. Apa pun mama akan usaha, berdoa dan tawakal selagi menjadi Khalifah allah s.w.t diatas muka buminya.... Ameeen....
nice blog..n sweet child
ReplyDelete