3 hero comel mama 2011

Monday, 16 May 2011

Happy teacher's day.....2011

Assalamualaikum..... Selamat Hari Guru kepada guru2 diseluruh dunia... X lupa juga kepada guru ku yg telah memberi ilmu sehingga memperolehi rezeki dari Allah s.w.t untuk anak2.. "Jasamu tetap ku kenang sehingga akhir hayat.." Dan tidak lupa juga guru anak2 ku... yg telah bermula mendidik anak2 ku dari umur 4 thn lagi kepada seluruh guru2 di Tapis, Taman Cengal, Taska AlamKu dan Sek. Ren. Agama Nurul Hidayah.. semoga anda tidak jemu2 mendidik anak2 bangsa agar menjadi bangsa yg berjiwa tinggi n pegangan agama yg tinggi.. insyaAllah.. Dan x lupa juga untuk adik ipar ku Cikgu Alia semoga lebih terus berusaha, bersabar menghadapi cabaran dalam dunia mendidik yg penuh dgn cabaran ini... Sungguh mulia berkerja sebagai pendidik. Dan hari ini juga adalah hari sambutan hari guru disek. Along dan kemarin Along mintak nak beli hadiah tanda penghargaan Terima Kasih kepada uminya...(guru kelas) Umi Suraya yg mengawasi n mengajar along. Dan tidak lupa juga kepada umi2 mata pelajaran lain termasuk ustaz2 yg mengajar along agar menjadi modal insan yang tinggi keperibadian dan akhlak mengikut sunah2 ajaran islam... Ini harapan mama utk along dan adik2. Kemarin juga selepas g pilih hadiah utk umi along, mama bawa juga along ke kedai buku utk dapatkan Cd JAWI 'Cepat Membaca" dan buku2 ulang kaji dirumah memandangkan pada 22hb along akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun,. so pihak sek telah memaklumkan agar ibubapa memantau n membuat ulangkaji dirumah supaya dapat membantu along ketika menjawab peperiksaan nnti... Semlm dah test latihan matematik,...alhamdullah along dapat buat dgn baik dan dah test bawa jawi alhamdullah dah boleh baca n kenal huruf walaupun ada la sangkut skit2... 5 bln baru disek mama lihat banyak perkembangan ilmu yg along perolehi,...lebih berusaha anakku jgn rasa cukup disini shj.. Ilmu x penah habis walapun kita berada dimana saja.. Mama janji pas abis along exam, mama akan ambk cuti rehat, kita balik g langkawi dah lama x balik asyik mak tok n yg lain je dtg umah kita. Angah pun hari2 dok sebut nak blk langkawi, susah dah sekarang nak blk sana coz along dah mula sek rendah ni... Tp x pa bila ada cuti sek, kita cuti puas2 k.... Semoga guru2 along tidak rasa jemu utk mendidik anakku dan semoga anakku menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia n diakhirat....Amin......

No comments:

Post a Comment