3 hero comel mama 2011

Friday, 12 July 2013

Resepi char keow teow@hentam aja...

Bila permintaan anak2 susah mama nak tolak tambah2 bulan posa ni.. so tau ke tidak kena usaha juga la bila anak2 mintak nak mkn char keowteow... belajar dlm internet dan juga tel tanya adik ipar yg mn tokey char keowteow di kedai maktok langkawi... kalau terdesak teringin sgt blh la try resepi hetam aja dr sy...hehehe

Bahan2
1) satu bungkus keowteow (6 hidang)
2) 20 ekor udang segar ( agak2 la nak byk mana setiap hidangan)*tambah kerang pun blh..
3)udang kering (yg isi shj dikeringkan) satu sudu besar
4)10-15 biji cili kering
5) 2 ulas bwang besar
6) 5 ulas bawang putih
7) togeh
8) daun kucai
9) kicap manis
10) sos tiram
11) garam, ajinomotor dan gula...
12) telur
13) potong cili besar hijau (kalau ada@ala2 cili jeruk la katakan)

Cara2nya..

1) balender dulu cili kering, bawang besar dan putih, udang kering. Panaskan minyak dan masak serta masukan garam, ajinomotor, gula dan sos tiram sehingga cili tersebut masak.

2) rebus udang dan toskan udang shj. air udang dimasak bersama kicap manis, sos tiram, ajinomotor sedikit dan gula serta garam sikit.

*char keowteow ni kena buat sepinggan2 dan api kena kuat.. so sy biar kuah kicap sentiasa panas diatas dapur sambil mengoreng so tak la lama sgt nak tunggu mendidih. Pakai je kuali kecil agar kuali cepat panas.

Cara utk mengoreng...

Tumbuk sedikit bawang putih utk tomis (seulas pun dah cukup) klau nak buat byk pinggan tumbuk la siap2 dlm 5ulas so ambk sikit2 jelah. Panaskan minyak masukan bawang putih kedlm kuali gaul dan masukan pula udang yg telah direbus td.. goreng dulu sekejap, lepas tu masukan 1 sudu cili yg telah dimasak td. Masukan pula kuah kicap dan sedikit air tepung jagung/ubi utk likatkan kuah tu sikit...rasa dulu kalu cukup bhn proceed klau tak tambahlah perasa ikut citarasa anda. Lepas rasa dah ok masukan telur sebiji, keowteow, togeh dan daun kucai.. alihkan cepat2 dan terus tutup api agar2 kuahnya tidak kering sgt. (kalau nampak terpelat kuahnya blh tambah kuah kicap sikit lg)

*sy cuma agak2 ja nak gtau ketepatan sukatan mmg susah dan apa yg ada didapur sy itulah bahan yg sy masukan... so kalau nak tambah bahan2 lain blh aje...
keowteow mentah, udang dan sotong rebusan shj mama rebus sotong sbb dah ada, semangkuk cili mesin yg siap dimasak sehingga pecah minyak...
Kuah kicap yg siap dgn bahan2 seperti diatas td... biar dok dlm periuk sbb dapur umah tak mcm dapur dikedai... so bila kuah kicap dah panas diatas api time nak mengoreng akan cepat masak dan char keowteow tak kering terus..
Ini hasilnya resepi char keoteow hentam ajelah.... nampak kuah agak cair sbb tak masukan air tepung jagung time masak kalau nak blh masukan sedikit k.
Hidang along agak likat sbb mama masukan air tepung jagung...tapi hidang mereka kosong ja hanya keowteow, telur, udang shj... sayur idak le....

SELAMAT MENCUBA...

Posted via DraftCraft app

No comments:

Post a Comment