3 hero comel mama 2011

Wednesday, 1 August 2012

Sudah 12 hari berpuasa

Udah lama tak update n3kan, so hari ni dah 12 hari kita posa alhamdulillah mcm biasa cuma cuaca agak panas sikit tahun ni nak banding tahun lepas. Dan along pun udah Pecah posa tahun ni sehari sbb mama tak jaga utk bersahur, tak palah along masih peringkat belajar utk latih berpuasa cukup. Mama pun faham nak dtg dr mana kekuatan dgn time berbuka air je byk dr makan. Tapi tahun lepas alhamdulillah along puasa penuh, walaupun 2 kali berlakunya tidak bangun sahur. Mungkin tahun lepas cuaca selalu hujan. tapi tahun ni.. panas sgt rasanya..

So semlm kita buka posa sekeluarga kat Kfc coz anak2 nak mkn nasi ayam with sup fish ball tapi menu tu dah tak ada. dia org dah tukar ke nasi putih with green curry lak. Anak2 mcm frust je, dan mama nak juga Kfc adakan blk nasi with sup tu, sesuai sgt dgn budak2 tidak kira peringkat umur.

so weekend ni mlm jumaat kita akan bertolak balik ke umah tok walid, sian tok walid n mak tok berbuka n bersahur berdua ja. Hari2 tok walid tel tanyakan kabar anak cucunya..Sure boringkan dah la kaki tak sihat lagi, bulan posa pula mana pun tak boleh pergi.

No comments:

Post a Comment