3 hero comel mama 2011

Friday, 31 August 2012

Aktiviti Hari Merdeka 2012

aktiviti mama dan anak2 adalah berjimba-jimba di umah untie aida. Untie aida punya plan ajak mama, mimi, kak ina, kak tun dan untie seri buat 'port luck' kat umah dia. Sebelah ptg kita bg anak2 mandi kolam so mama bawa la tempat main air satu lagi coz takut anak2 boring lak.. Suka la dia org tau.. coz dpt geng.. Kebetulan semua anak2 kita mejoriti hero.. Semua ni geng poly@geng babah juga.. Rasanya kita org rapat sgt2 nak banding geng ofis masing2.. Lepas ni kita plan lagi k...

Tuesday, 28 August 2012

Jamuan raya Mpkk 28082012

Alhamdulilah hari ni majlis jamuan raya ofis mama bg thn 2012. Dgn konsep satu jabatan satu menu, so jabatan bangunan (jab. mama) kena urus mee goreng dan pasembor. Dan tugas ni diamanahkan utk mama utk atur order sehingga selesai majlis tersebut. So bab mkn ni mama sure nak bg puas hati, nak order org goreng byk2 dah fikir sejuk lak coz majlis dr kul 12t.hari-3ptg, fikir punya fikir teringat pasembor kodiang taman selasih.. kebetulan anak tokey pratikal dkt ofis mama lagi mudah la nak urus order pa.. so hari ni mama puas hati semua tetamu suka akan mee goreng mamak panas2 bersama pasembor.. Menu lain lak ada nasi tomato, kambing golek 3 ekor, bihun sup, laksa, desert,kuih raya + kek, lembang ketupat, ais cream, satay, rojak buah dan cendoi..Tqsm pd untie own dan untie liana coz sudi ambk along sekali dgn anak2 mereka di sek nurul hidayah.. Suka la along dpt joint majlis mama bersama geng sek @anak2 mpkk.. Along dpt duit raya rm10 dr ofis mama..duit raya utk budak2 je tau.. Dan kebetulan ari ni juga sek along adakan jamuan hari raya disek, mama bekalkan dadih dan sedikit kuih...
posing glomor ala2 mak datin kikikikik...

Thursday, 23 August 2012

Aktiviti kutip duit raya ke!!!!

Raya ke2
Wah....penat sgt aiii babah bawa kita pergi meraya, dr kul 12.30 t.hari - 9.00 mlm baru balik lagi umah tok walid.. seronok sgt2.. rumah ptama kita meraya ialah kg untie has di tok jalai. Kita mkn nasi tomato,laksa dan bihun sup..Duduk sekejap je coz anak2 udah sibuk nak blk.. rumah kedua kita senua pergi umah uncle bazli di kg bemban.. Untie eda jamu rojak dan mee bandung.. lama juga kita duduk dsitu coz anak2 suka tgk burung yg dibela oleh pak mertua untie eda.. lepas selesai solat je, kita pun beransur blk coz babah nak bw pergi jumpa kawannya yg tinggal dputrajaya.. so raya dia org blk umah mak pak untie ella.. Seronok la dia org bila bjumpa sampai tak ingat nak blk.. dr kul 4-8.30mlm kita duduk siap anak2 dpt main bunga api lagi.. Selesai dah main bunga api kita mintak beransur dulu sampai je diumah tok walid lepas anak2 mandi dia org sambung lak main merecun dgn paksu. Lepas main bunga api baru dia org sibuk2 lapor.. si along dgn mkn ketupat, buah tembikal dan nasi goreng yg digoreng oleh mak tok. Kul 4.30pg dah bangun cirit birit sampai seharian siap dgn muntah lagi..Raya pertama si angah yg cirit birit tapi muntah tak, kul 10 mlm lebih pergi pmc alih2 kita blk je coz tak larat tunggu dah ramai bebenor.. Sampai je umah mama buatkan teh pekat bg minum.. alhamdulillah ok keesokanya..bila turn along... Babah bawa pergi ambk ubat baru nampak ok sikit.. Siap terberak dlm seluar lagi, asanya mkn tembikal byk sgt kot...

Raya ke 3

kita kuaq pergi meraya lagi hari ini... meraya sungguh tahun ni ek.. t.hari kita pergi mkn kenduri umah pak mat satay, kul 4 ptg pergi umah untie eila @ pak din, siap adik dan angah dpt bergambar dgn lan pet pet lagi.. Kebetulan kita pergi open house umah mak untie illah@pak din dimana umah mereka bersebelahan dgn umah mak rozita che wan.. Biasala artis buat open housekan.. sure dia org pun ada termasuk lan pet pet juga.. Siap ada DJ dan pasang khemah lagi.. tapi kita tak g mkn pun just bawa anak2 pergi salam dgn lan je.. Lepas tu pergi umah amati,umah kawan mama untie neza last kita jumpa lepas sek je.. setelah kuar dr sek vokay langkawi sehingga skrg, raya ni baru kita jumpa balik.. Dah lamakan.., lepas tu terus blk perlis ikutkan babah ada satu lagi jemputan di jitra tapi dah penat sgt so kita skip satu umahlah..sorry untie seri.. Memang meraya sungguh tahun ni sampaikan duit raya yg ditukar abis lincin,tahun lepas ada juga berbaki blh la buat habuan duit sek along hari2.. Tapi tahun ni lincin selincin- lincinya, alhamdulillah suka sgt... Duit raya anak2 pun blh tahan juga la...

Balik kg beruas, perak..@mode raya

Alhamdulillah kita masih berada dalam mode raya lagi.. So semalam bertolak dari kulim nak ke beruas kg tok babah sebelah mak tok. Mak tok, tok walid n paksu dari alor star dan kita jumpa kat jawi dan terus convoi balik ke kg..

22hb hari rabu besday tok walid, sebelum blk ke kulim untie eda sempat order fizza hut yg disponser by babah.. kita celebrate besday tok walid kat umah ja coz susah budak2 ni bukan tau duduk diam.. mkn kat umah lagi kenyang dan selesa dr mkn kat luar.. Selesai acara makan kita siap2 utk bertolak blk, babah dah tak sabar nak blk tgk motornya.. Walaupun keesokannya nak balik kg beruas lak.. Tak palah dah dekat semggu kita tinggal umah, sure la babah risaukan.. So sampai ke umah autogate dah tak boleh buka, sure bekalan elektrik terputus ni.. So apa lagi babah panjat pagar n buka pintu rumah dulu utk on kan blk bekalan pd DB board. Ini mesti guruh n kilat kuat sgt ni.. on the way blk pun hujan sepanjang jalan, lebat juga..

Semalam mama pergi juga keja coz syg cuti lagi pun bulan depan babah buat plan nak g mkn kenduri di negeri sembilan kenduri sepupu sebelah mak tok lak.. So mama n along nak kena tuang sehari la.. Cuti pun dah tak banyak, mulai skrg kena simpan cuti la asanya coz hajat dihatikan nak pergi buat umrah.. Takut bila peluang dah sampai tiba2 cuti tahun lak dah habis so susah la urusan mama nnti.. Kita hanya merancang dan bersedia yg selebihnya dia lagi maha mengetahui..

So lepas solat jumaat kita akan bertolak blk ke kulim, tinggal maktok, tok walid dan paksu smlm lagi kat kg beruas.. besok baru dia org bertolak blk ke alor star..

Sunday, 19 August 2012

Salam aidilfitri 2012

Alhamdulillah... berjaya sudah umat islam diatas muka bumi ciptaanya mengharungi ramadhan almubarak dgn menyambut hari kemerdekaan hari ini.. Walaupun sayu hati ini utk meninggalkan ramadhan yg penuh dgn barakah tapi gembira juga tahun ni dpt sekali lagi berhimpunan dgn family mama di kg umah mak tok..

Semlm babah, paklong eddy, pak lang apit, pak ndak pon n pak njang adi berpakat utk bakar lembang dgn bantuan tok wa sebagai penyelia takut2 lombang tak jadi lak.. ye la first time semua ni nak try buat lembang, so kena belajar la juga nak sukat beras byk mana, santan byk mana dan api besar mana.. alhamdulillah akhirnya berjaya juga dia org sediakan 15 batang lembang yg sedap n cukup berlemak.. time berbuka semua n the geng berhimpunan di luar dapur belasah air sejug dulu, mkn pun dah tak dak selera.. yela panas api kot kan..

Dan di pg syawal riuh rendah si isteri2 menyiapkan suami2 serta juadah makanan sebelum dia org pergi ke masjid utk laksanakan solat aidilfitri.. Selesai solat kita bersalam2 salaman sambil bertukar duit raya.. adess ramai dan meriha sungguh aiii.. seronok sgt dpt berhimpunan mcm ni, syg seribu kali syg paksu tak dak masa ni coz tak dpt cuti hotel penuh.. Kalau tak cukup 7 beradik berhimpunan thn ni.. Semoga kita diberi kesempatan lagi berhimpun mcm ni k..

Lepas abis bergambar, dtg pula adik beradik yg lain kerumah sepupu sepapat, mak n pak menankan.. wah ramai sungguh mmg seronok betoi.. Lepas dia org blk, mak tok buat nasi goreng utk menantu2 lelaki dia lak.. Bila ramai mcm ni semua habis, laksa, bihun sup, ketupat lemang, nasi impit dan byk lagi.. Sampaikan tak kering tangan dok basuh pingan dan gelas.. tapi mmg best sgt2... jom layan pic raya 2012 kita...

Thursday, 16 August 2012

ooooo blk kg @ mlm last dirumah..

Malam ni mlm terakhir kita bermlm dirumah dan esok lepas babah balik dari keja kita akan bertolak blk ke kg.. Sebelum ke kg kita akan singgah alor star umah tok walid utk hantar kuih raya sedikit habuan juadah dipagi raya.. So nak sampai perlis pukul berapa pun tak tahu lagi.. Mama ikut babah je janji sampai udah...

So berbuka hari ni mkn bungkus ja, mama keluar beli nasi ayam, nasi goreng cina dan capati di E' capati kedai bawah kat tmn je.. So nak kemas2 keperluan baju dll takut2 tertinggal lak.. Harap2 Allah s.w.t mempermudahkan urusan mama, babah sekeluarga spjg cuti menyambut syawal tahun ini...

So dikesempatan ini mama nak ucapkan;

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin sekiranya ada salah silap dlm keadaan sedar atau tidak sedar sesungguhnya kita manusia biasa yg tidak lepas dari melakukan kesilapan.. Semoga lembaran kali ini lebih baik, bermakna dan meriah dari tahun lepas.. Jgn seronok sgt, biar sederhana dan hati2 dijalan raya semoga perjalanan kita dilindungi maha esa dari malapertaka dan bahaya.. amin...

Kad ucapan ikhlas dari Babah, Mama, along, angah dan adik... 2012

Sunday, 12 August 2012

buka posa di impiana inn...

Today kita dah plan nak buka puasa diluar nak try kat impiana inn lak.. so tak sibuk la mama hari ni masuk dapur.. Tengahari sblm blk umah singgah kedai kapet, tengok n beli terus utk umah n umah maktok diperlis.. murah gilerr clearan stok, walaupun tinggal corak serba satu still ok janji murah..
sebelah petang lepas keja ambk anak2 pergi cari kedai gunting rambut lal.. dah panjang rambut 3 hero mama ni tau... so rambut raya la kira.. Mula2 kepala angah dulu, rambut angah lembut n lurus mcm rambut anak cina pun ada so mama mintak guna gunting n buang jgn rapat sgt so bila dah siap angah senyum malu sbb dia puas hati dgn rambut barunya... Lepas tu tern along lak... so along pun ok tak pendek sangat.. bila sampai masa adik mama gtau uncle india tu mintak buat rambut mcm ala2 askar tapi atas sama mcm cacak2 g tu.. uncle tu pun terus mesin no1 ka pa.. masyaalllah pendeknya.. mama terdiam.. yg lagi2 rasa bersalah bila angah dok mengerengeh2 kat mama sambil kata " mama berdosa, mama bagi botak rambut adik, mama masuk api neraka" berkali2 diulang.. aaarghhhhh menyesalnya.. nasib baik adik coll walaupun dia dah gtau adik tak mau rambut botak pd awalnya lagi.. sorry syg next time kita tukaq pertan lain lak k...

Jom layan pic time berbuka n rambut baru my son's....

Cerita semalam.....mlm 23 ramadhan

Alahmdulillah sabtu adalah 23 hari dah umat islam menunaikan ibadah puasa yg hanya berbaki lagi 6 hari tolak hari ini ahad tinggal 5 hari.. so smlm mama buat acara kemas rumah dgn kehadiran ayu serta ani (2 pembantu indon) utk laksanakan operasi cuci umah kita. Walaupun umah kita closed house tapi tetap kena kemas serta bersih semperna nak sambut rayakan.. Aktiviti dlm rumah ja, tapi ya robbi ya rahim penat dan letih sgt2 rasanya.. tak tahu la kenapa walhal cuti bukan keja pun, mungkin cuaca panas melampau asanya.. Letih lain mcm je.. kul 6.30 ptg masuk dpr utk sediakan juadah berbuka hanya nak sediakan bihun goreng, kentang goreng n auam goreng kfc ja.. siap juadah lagi la terrasa letihnya mcm mn tdo je tekak ni rasa kering se kering2nya..

Tiba masa berbuka mama minum air tebu sebungkus habis utk mama sorg, lepas selesai solat maghrib terus baring atas sofa terus tido.. entah masa mana tertido sampaikan babah n along keluar pergi surau pun tak sedar. Lepas terjaga terus bgn solat insyak n mengaji..

Hajat dihati nak bangun kul 3 pg tapi entah la mcm mn tak sedar hfon mama bunyi, babah kejutkan mama kul 4pg sudah tapi mama bersihkan diri dan tetapkan laksana tanggjawab pd maha pencipta nak ambk kesempatan 10mlm terakhir dlm ramadhan thn ini. Semoga Allah s.w.t menerima taubat dan mengampuni segala dosa2 besar serta kecil mama pd maha pencipta sesungguhnya kita manusia lemah disisnya yg sering melakukan kesilapan... Dan juga menerima segala amalan kita semua... amin..

Tuesday, 7 August 2012

Perjalanan meniti spjg ramadhan..

Alhamdulillah dah masuk hari ke 19 hari ini kita melaksanakan ibadah puasa.. Masih berbaki semggu lebih sikit je utk kita menyambut kemerdekaan setelah sebulan berpuasa.. Kehangatan utk sambut bulan syawal telah terasa dipej., shopping complax.., radio2, tv, fb dll lagi.. semua telah mendindangkan lagu2 raya utk naikan semangat utk menyambut hari raya aidilfitri insyakAllah semoga kita diberi kesempatan utk bsama keluarga tersayang..

Pg ni mama bangun jam 2.30pg coz terkejut jaga ingat dah subuh bukan apa dah fobia bila mana pernah sekali mama tak jaga sahur sehingga along tak dpt nak teruskan puasa hari tersebut. So bangun buka lampu tgk jam baru kul 2.30pg, so mama bangun buat apa yg patut dan laksanakan tanggungjawab mama sbg hamba Allah s.w.t yg serba kekurangan sisinya.. Selesai kul 4pg terus siapkan juadah untuk bersahur, mama kena masak lain nasi coz nasi utk berbuka tinggal sedikit sj berbaki.. seronok bula masak anak2 n babah makan dgn seleranya.. hilang letih mama. Juadah berbuka mama belikan ayam golek dekat kilang lama bersebelahan masjid kilang lama mmg udah lama pakcik tersebut berniaga disitu, hari2 ada. so mama cuma tambah masak nasi ala2 nasi ayam, sup fish ball+carrot+ubi kentang, cucur udang(coz nak try kuah kacang yg hanya bancuh dgn air panas) ok gak sedap.. simple n sedap dan along makan sampai tersandar sambil selak baju sbb perut padat sgt..

Hari ni punya menu masih dlm pertimbangan... jom nak solat subuh dulu k nnti mama smbg lagi..



berakhir 6.04pg 8/8/2012

Saturday, 4 August 2012

berbuka puasa at pknk

Alhamdulilah, syukur akhirnya dpt jua balik ke umah tok walid dan maktok utk berbuka puasa dgn mereka. Untie eda dan paksu boy pun ada. Tapi yg tak bape nak best hakeem demam lak, tak mau duduk keja merap umi dia ja.. sian nengoknya.. tapi mama nak ambk hakeem dia tak mau selepas mama suruh umi dia letak kain basah kat bawa ketiaq hakeem... marah sungguh dia nagis bagai nak rak.. susah mcm along kecik2 dulu.. ubat pun susah mkn juga... Mama bimbang kalau2 campak nak kuaq ja.. sbb tengok dia teruk sgt merapnya.. Harap hakeem cepat baik k.

Lepas solat zuhur mama kuaq pergi fasifik utk belikan baju kasual anak2.. servey pun servey semua harga mana mau cari balas2 ringgit dah skrg.. semua main puluh2.. so tak larat nak pusing dah mama nekad ambk brand polo lagi..so dpt la t-shirt sorg 2 helai dan seluaq jin seorg satu habuan tambah ja..Mama belikan habuan babah juga sama brand dgn anak2.. Baju mama akhirnya jumpa juga color sama dgn babah n anak2.. lega rasanya..

Jom cerita bab menu pula.. best hari ni mak tok masak laksa.., menu nasi lak mama buat siakap 3 rasa dan ayam with suhun kicap, mak tok goreng sayur kangkung..Dan uncle bazli beli kuih muih sedikit.. dan paling special ayaq teh bunga madu beratuq stadium. Paksu tlg belikan 10 bgks, ha...ambk kau minumla sampai nak termuntah hehee...

lepas berbuka mama dpt tarawih 20 + witir 3 di masjid pknk dgn mak tok. babah n along buat 8 je.. so sampai je umah pakat pekena laksa lak.. pastu acara tdo...zzzzz

Thursday, 2 August 2012

Nasi ayam periuk besaq

Menu hari ini nasi ayam periuk besaq ja... mama suka ayam panggang tapi time g beli tadi awal sgt kot coz ayam panggang tak dibakar lagi. So mama ambk nasi dia ja tapi ayam madu, frust nak mkn nasi ayam kfc tak dapat so hari ni mama gagahkan diri pergi pasar ramadhan utk kali pertama thn ini. tu pun tak pusing abis pun just tuju ke kios nasi ayam n then tertengok youngtaufu mama rasa teringin lak. So apa lagi pilih memilih la apa yg hendak. Siap berbungkus terus ke kereta coz nak g anbk anak2 lak kat alamku. Alhamdulillah angah nak posa habis hari ni, kalau tak dr kul 12 turun ke 3 pastu turun ke pukul 5 dan hari ni angah nekat nak makan nasi ayam waktu maqrib katakan so bermakna angah nak posa habis la hari ni. Pecah rekod la angah.. along pun tak penah posa umuq 5 thn. Syukur alhamdulillah mungkin sbb dah ada contoh kot dok tgk along puasa sampai kelepek...Sahur td dia bangun sendiri tanpa dikejutkan pun, babah siapkan susu periksa coklatnya sebotol. Itu ja dia sahur pun, mama ajak mkn nasi dia tak mau.. bekali2 mama ajak sampai babah sound tak bg paksa lagi. Tapi dr hatinya dia gagahkan utk try berpuasa penuh juga hari ni. Syabasss angah, mama bangga dgn azam angah..

Wednesday, 1 August 2012

Sudah 12 hari berpuasa

Udah lama tak update n3kan, so hari ni dah 12 hari kita posa alhamdulillah mcm biasa cuma cuaca agak panas sikit tahun ni nak banding tahun lepas. Dan along pun udah Pecah posa tahun ni sehari sbb mama tak jaga utk bersahur, tak palah along masih peringkat belajar utk latih berpuasa cukup. Mama pun faham nak dtg dr mana kekuatan dgn time berbuka air je byk dr makan. Tapi tahun lepas alhamdulillah along puasa penuh, walaupun 2 kali berlakunya tidak bangun sahur. Mungkin tahun lepas cuaca selalu hujan. tapi tahun ni.. panas sgt rasanya..

So semlm kita buka posa sekeluarga kat Kfc coz anak2 nak mkn nasi ayam with sup fish ball tapi menu tu dah tak ada. dia org dah tukar ke nasi putih with green curry lak. Anak2 mcm frust je, dan mama nak juga Kfc adakan blk nasi with sup tu, sesuai sgt dgn budak2 tidak kira peringkat umur.

so weekend ni mlm jumaat kita akan bertolak balik ke umah tok walid, sian tok walid n mak tok berbuka n bersahur berdua ja. Hari2 tok walid tel tanyakan kabar anak cucunya..Sure boringkan dah la kaki tak sihat lagi, bulan posa pula mana pun tak boleh pergi.