3 hero comel mama 2011

Tuesday, 15 November 2011

Keputusan terbaik yang perlu ku buat?

ikhsan google- keadaan mama skrg BUNTuu...........
Semlm P.A YDP memaklumkan mama kena hadir Seminar Aksesibiliti OKU kepada Bangunan dan Kemudahan Awam "PBT Prihatin, OKU Inklusif"...Bila mama tgk je tarikh terus fikiran mama jadi celaru dan serba salah.. dimana tarikh tersebut adalah mggu along nak berkhatan....Ya allah kenapa semua ini berlaku dalam satu masa, mama dah tolak banyak benda bila dpt offer dr ofis...sbb fikirkan bab anak2 susah nak tinggal disebabkan along dah sekolah, tapi disebabkan seminar ini adalah bidang tugas mama so ini pun penting dan anak pun penting...
ikhsan google - ????????

Mama dah call mak tok langkawi, tapi mak tok pun mcm tak dapat nak buat keputusan serta merta sama ada blh dtg tunggu ke tak. Mama pun faham mak tok sibuk tambahan pula org kerja di kedai mak tok tak bape cukupdan bibik ani pun sekarang lagi banyak masalah...mak tok dok sabar takat abis permit je lagii... Mama tel juga gtau tok walid n mak tok a.staq, bicang punya bincang dia org cakap nak dtg tunggu tetapi mama pula jadi serba salah dan kesian sebb tok walid cakap dia nak datang hari rabu tetapi jumaat petang dia nak balik ke a.staq coz ada 3 buah kenduri dan ptg sabtu dia dtg blk kulim...Babah n mama dok memikiaq la pula bila tok walid bgtau mcm tu, so babah tel bg cadangan mintak tok walid datang dgn bas je,...tak la letih sgt nak drive tetapi tok walid cakap dia "tak nak" so akur jelah... Ya allah mungkin apa yg kau letakkan ini ada hikmahnya oleh itu aku pohon padamu permudahakan urusan ku agar semua berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa ada sebarang masalah yang timbul sama ada ibubapa mertua ku, anak ku serta diriku sendiri ya allah... semua ini ada org2 penting dalam hidup ku sebagai hamba disisimu... Amin yarobalalamin...

No comments:

Post a Comment