3 hero comel mama 2011

Wednesday, 26 October 2011

cerita-cerita lagiii...

alhamdullah...kesihatan anak2 mama dah beransur baik, adik pun dah p sek dgn senang hati mggu nii sbb teacher adik bg adik duduk dgn angah so happy la dia...n siap cakap esok adik tak mau nagis dah..n along lak pun semangat baru bila mana semua tahun 1-3 kena berpindah ke sek induk mereka di Sg. Ular,...pagi tadi selepas solat subuh terus masuk mandi sendiri sampaikan mama pun heran. Selalunya dia buat perangai gak nak suruh mama mandikan dan itu ini.. tp ari ni 'he so good boy' bila mama tanya dia cakap along nak cepat sampai kat sek... mama tanya lagii " aiii....awat sebelum niii x buat mcm ni pun" ya la mama sek baru nii seronok la selesa sgt.. Tu la kan invirement penting dlm membakar semangat n mood seseorg.. 

Alhamdullah juga keadaan tok walid dah beransur kuat.. kita satu keluarga blk ziarah tok walid ari jumaat lepas sampai ari ahad.. so leh la babah bawa tok walid n mak tok g hospital itu ini.. Paksu pun dah dihatar blk ke langkawi balik, time sampai di jety adik n angah merenget nak ikut paksu, sampaikan angah siap dok kata berulang2 kali " mama dah lama kita tak balik langkawi" sampai tak tau nak jawap apa? entah la mmg betoi pun sebelum2 nii boleh dikatakan setiap bulan sekali pasti kita org balik. Tetapi bermulanya along memasuki alam persekolahan susah la nak blk sbb cuti dua ari tak hilang letih kalau nak balik sana. Tambahan lak mak tok dah buat umah diperlis so banyak dok jumpa di perlis je... Mama pun rindu gak nak blk langkawi, ye la kan sungguh2 boring pun disana la tempat mama membesar dan bersekolah... Insyallah kalau hujung tahun ni kita x dpt blk gak, mama janji awal tahun depan kita blk sana k..

No comments:

Post a Comment