3 hero comel mama 2011

Wednesday, 14 September 2011

SATU KEHILANGAN YANG TIDAK TERDUGA.......

kenangan bersama uncle yeh celebrate btday bersama angah wafiq di rumah beliau  pada 21.1.2011
ASSALAMUAIKUM.......

Allah huakbar, allah maha besar...... tanggal 13/9/2011 bersamaan 15 syawal jam 1.26ptg mama dan kawan2 pej dikejutan dgn berita tentang kematian seorg hamba allah s.w.t., seorg anak. seorg suami, seorg ayah, seorg sahabat dan  rakan sekerja majlis perbandaran kulim.. iaitu En ILLIAS BIN ABD RAHMAN berusia 37 tahun.
Pemergianya dengan tidak terduga, kalau dilihat dgn mata kasar sakit boleh bawa mcm org lain juga iaitu darah tinggi dan suspek jantung tp allah sayang beliau yg mana allah s.w.t telah menjemput beliau lebih awal dengan meninggalkan seorg isteri tengah mengandungkan anak yg ke 5 berusia 5bulan dan 3 org anak lelaki serta seorg anak perempuan. Allah maha kaya n maha kuasa semoga allah s.w.t mencucuri roh beliau dan ditenpatkan dikalangan org2 yg soleh dan beriman.

Mama baik sgt dgn beliau dan keluarganya, beliau banyak membantu, sebagai pendengar setia dan ringan tulang dlm memintak tolong itu ini.. Dan beliau juga baik dgn babah sebelum dia pergi meninggalkan kita dia juga teringin nak pakai kereta mcm kita so babah tempat dia refer itu ini.. so akhirnya hajatnya dimakbulkan oleh allah s.w.t sempat juga uncle yeh merasa kereta grand livina siap color sama lagii..dgn kita..

Kemarin time jenazah berada di ruang rumah barunya utk isteri n anak2.. x tertahan mama melihat anak2nya 4 org menagis memeluk isterinya kak liana... ya allah abis semua turut menangis.. pemergiannya meninggalkan anak sulung tingk. 1 dan kecik sekali 4thn dan masih dlm kandungan 5bulan. Pemergiannya cukup mudah dan sempurna.... sebelah pagi dia dtg pej mcm biasa dan kul 8.30 lebih pagi dia membaca doa utk kawan2 dan pemimpin2 (bos2 dia) sebagai doa pembuka bg semua kakitangan sebelum menjalankan tugas agar tugas yg dijalankan diterima oleh allah s.w.t sebagai ibadat.. rupa2nya itulah doa terakhir beliau utk semua yg akan ditinggalkan... dia meninggal di hospital kulim dlm keadaan beliau kesana mmg temujanji dgn doc pakar utk rutin checkup n ada la prosedur checkup yg mana beliau kena buat test beat jantung, tengah dok test ambk beat tu la beliau jatuh n terus meninggal.. Mmg dah sampai masa dia...sedangkan dia berada di tempat yg mudah n masih blh diselamatkan tp dah itu janji allah s.w.t apa keadaan sekali pun tetap sampai jua pada maha pencipta..

Ya allah ya tuhan kami..kau cucurilah roh hambamu illias abdul rahman dan tempatkanlah beliau dikalangan org2 yg beriman, kau ampunlah segala dosa2nya..dan jauhilah dari seksa kubur ya allah.. Sesungguhnya darimu jua km dtg dan kepadamu jua km dikembalikan.. dan kau permudahkan urusan isteri n anak2nya ya allah.. kau berilah kekuatan dlm meneliti hari2 tanpa seorg ayah dan suami.. sesungguhnya kau maha mengetahui apa yg terbaik utk km hambamu ini.. dan maha kuasa lagi maha penyayang.. amin..aminrobanaalamin... 
p/s : kepada sesiapa yg membaca kisah ini tolong sedekahkan kepada beliau al-fatihah..........


No comments:

Post a Comment