3 hero comel mama 2011

Tuesday, 27 September 2011

HEBAT TAK ADIK????

adik tengah minum susu....
ASSALAMUALAIKUM...... Dah banyak ari adik dok buat perangai semenjak dua menjak ni... leh akai tak nak g nasry lak... Hari2 mama hantaq ke nasry mesti adik nagis nak ikut mama, mama ada tanya teacher adik lama ka dia nagis? teacher gtau kejap je pun... pas mama pergi adik diam n ok la... Haiiii.....adik2 diakan anak bongsu so akai lagi 'HEBAT' la.... hiiii sebut perkataan hebat mama teringat balik nilah perkataan yg sering dia tanya'  adik: HEBAT TAK ADIK ???? bila dia soal soalan mcm tu pada sapa2 pasti org akan balas blk ooooo HEBAT....HEBAT..... sambil ketawa termasuk mama n babah... Bab2 hebat ni kalau dia buat sesuatu yg blh mendatangkan marah pd kita...sebelum kita nak marah dia akan soal dgn soalan mcm tu so kita yg dengar tak jadila marah...

Sekarang adik suka ikut skrip HANTU BONCENG dimana hantu pompuan yg exsiden tu dok buat ayat hantu: TOLONG SAYE BANG.................?????   Bila kita suruh dia cakap mcm mn gaya hantu tu mesti dia buat...lawak pun ada.. kali ke2 dia ulang mesti dia lencong kelain... cth: TOLONG SAYE ABAH........ bila abah dengar abah akan tangkap n geletik bg dia geli.... pastu lawan gusti utraman2... Adik ni lasak lebih pada along n angah... bab gusti2 ni adik leh main dgn angah ja... selalu gak gaduh tp berlawan mulut jelah, ayat yg sering guna nak bg salah sorg mengalah mesti dia org cakap: EMMMM...... ADIK X MAU KAWAN DGN ANGAH LAH.... bila angah lak: EMMMM ANGAH X MAU KAWAN DGN ADIKLAH... pastu reyauuuuu......(nagislah) hai..... ini lah angureah allah yg tidak ternilai bg pasangan suami isteri dan kehadiran mereka juga pengikat kasih syg suami dan isteri, memurahkan lagi rezeki serta yg paling penting utk membantu setelah ketiadaan ibu bapa menghadap illahi.... semoga anak2 mama menjadi anak yg soleh kepada along, angah dan adik.. mama inginkan anak2 mama blh menguruskan jenazah mama n babah sehingga keliang lahat serta sentiasa mesedekahkan ayat2 AL-QURAN mukarim... kepada km nnti... amin2 rabalalamin.... ALHAMDULLAH.....walaupun terdapat juga dugaan dan cabaran dlm mendidik anak2 ni nnti aku tetap bersyukur dengan RAHMAT mu ya ALLAH s.w.t... Kepada bloger2 yg masih menunggu cahaya mata perbanyakan bersabar dan serah sepenuh hati pada MAHA PENCIPTA sesungguhnya dia yg lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita dan MAHA KUASA dan peganglah ayat KUN FAYAKUN..... INSYALLAH hati  kita leh tenang dan redho.. sesungguhnya dia tidak pernah menzalimin hambanya... yg sering menzalimin maha pencipta adalah kita yg lalai dgn duniawi ini.... WALLAHUALAM.....

Monday, 26 September 2011

MAJLIS TAHLIL ARWAH ABG YEH.....

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ILLAHI DENGAN IZINYA JUA SEMLM ACARA MAJLIS TAHLIL SELESAI DGN JAYANYA... DENGAN DIKETUAI OLEH TUAN YDP SENDIRI TUAN HJ ZOHDI BERSAMA TUAN SU TUAN HJ RAAOF...

Rezeki arwah dimana dengan pemergianya menghadap allah s.w.t, allah s.w.t menempatkan 2 pemimpin yg menitik beratkan soal agama dan akhirat.. Inilah contoh pemimpin yg seimbangkan duniawi n akhirat, alhamdullah syukur semoga roh arwah abg yeh di terima allah s.w.t dan ditempatkan digolongan2 org yg beriman.. Hari ni genaplah 14hari pemergian beliau meninggal duniawi yg fana ini.. dan kita juga akan munyusul selepas ini tapi masa,tarikh,lokasi hanya allah s.w.t saja yg mengetahui. Sesunggunya kita hanya mampu berdoa yg terbaik diberikan rahmat utk kita dengan erti kata kita tidak lupa padanya dengan mengerjakan amalan2 utk bekalan kita disana.. WALLAHUALAM...

PUASA QADOR DAN PUASA SUNAT SYAWAL 2011

Alhamdullah, syukur dengan rahmat dan hidayah alllah s.w.t kepada mama tahun ini... bukan niat nak memegah or menunjuk..mama niat ikhlas utk anak2 mama blh mengimbas kembali memories yg berlaku sepanjang kehidupan kita sekeluarga.... Alhamdullah syukur sgt2 mama telah selesai melaksanakan puasa qador selama 5 hari dan mama telah sambung utk laksanakan puasa sunat 6 dibulan syawal yg akan berakhir rabu ini, walaupun saat2 akhir.. sekurang2nya percubaan yg baik memandangkan sepanjang seumur mama allah s.w.t memberi peluang utk hidup ini hati mama tidak terbuka utk laksanakan selepas abis bulan ramadhan setiap tahun. Jgn kata puasa sunat syawal puasa wajib qador pun mama selalu buat last2 minit. Tp alhamdullah tahun ini memberi segala2nya pada mama baik suka atau duka..semua ada hikmahnya.. Apa yg mama terapkan ini adalah utk anak2 mama 3 permata hati mama ALONG,ANGAH, ADIK agar menjadi baik dan seorg anak serta hamba allah yg lebih baik dari mama k... Berbaki lagi dua hari untuk mama menikmati puasa dibulan syawal dan insyallah mama akan laksanakan puasa juga selepas syawal agar kita sentiasa berada di dalam rahmat maha pencipta lagi maha berkuasa amin....

Wednesday, 21 September 2011

MGGU ANAK2 DEMAM......

ihsan google...
ASSALAMUALAIKUM.....

MGGU NI MGGU ANAK2 MAMA DEMAM LAK.... CUACA SEKARANG X MENENTU SEKEJAP SEJUK SEKEJAP PANAS.... subuh semalam tiba2 ja along mengigil kesejukan, lain mcm tgk keadaan along takut mama dibuatnya.. rasa badan xpanas tp kaki sejuk begedi.. mama dok gosok bg panas pun x nampak kesan.. sebelum tdo dah bg makan ubat demam dia yg mintak sebelah siang time p sek dia cakap along sakit kepala dan x larat tp umi tak pecaya tu yg umi tak tel kat mama.. umi suruh along rehat kat pej sek ja..dah la tak selesa..Sian lak bila dengar mcm tu.. mama ingat along ok je kat sek mama dok tunggu gak sek tel tp tak tel so mama pun tak la p tgk ka apa ka.. so pagi2 lagi pas mama punch kad mama bawa along terus g check kat klinik kita.. Ikutkan tok walid tel umah suruh mama bawa g klinik kesihatan kulim utk ambk darah tok walid bimbang takut demam malaria sbb mengigil sejuk mcm tu.. tp last minit mama buat keputusan try klinik penal babah dulu n try tanya pendapat doc dulu..doc cakap kita try antibiotil 3 ari kalau x ok gak baru p ambk darah.. Mama doakan agar allah melindungi anak2 mama dari bahaya..3 ni jelah permata hati mama, kau jgn lah menguji hamba mu ini dgn ujian yg berat ya allah..walaupun kau tahu tahap hamba2mu.. mama doakan agar along cepat sembuh sayang, kuatkan semangat ya..ubat kena makan jgn buat susah nak makan nnti susah baik.. mama sayang anak2 mama....

Tuesday, 20 September 2011

cuti 1 malaysia...

Assalamualaikum... Alhamdullah rakyat malaysia dpt merasai cuti selama 3hari sempena cuti 1 malaysia so ari jumaat kita semua betolak balik g a.staq utk menziarahi (untie eda) kerna selamat melahirkan anak sulung lelaki iaitu wan el hakeem. Riyuh rendah umah tok walid coz untie ayu sefamily pun balik sama.. ari sabtu betolak balik perlis sekejap dlm 1/2 jam je dok umah tok lang asanya nak pergi tgk kat hospital tp on the way nak g sana mama tel kat tok chik tanya tetang tok nek dia cakap dah leh kuaq so mama terpaksa gak la pergi terus kerumah sbb dah berhajat nak pergi hantaq ayaq MUSOFFAR utk jadikan air penawaq kot2 dgn usaha tersebut allah s.w.t dpt gak membantu bagi kekuatan pada tok nek.. sian lak tok nek lelaki bila tau yg mama nak blk perlis, siap suruh blk p kat dia..tp mama kejar masa sama sbb x mau sampai umah tok walid lewat2 sbb untie eda kan baru lagi berpantang tu pun sampai di umah tok lang dah kul 6.30ptg kul 7.10 kita pun btolak blk sembayng kot masjid je.. sampai kita singgah tesco sbb nak beli sedikit hadiah utk org baru.. x lengah2 pun ambk terus babah bayar n balik terus nasib baik la angah n adik x kalut sgt n banyak akai.. mlm tu kul 2 pg babah kuaq pergi beli ubat demam utk angah..tiba2 je panas lak badan angah.. esok tu (ahad) kul 11 dah kuaq dari umah tok walid ke kulim sbb kita ada 2 kenduri satu kenduri kahwin n satu lagi kawan babah ada buat open house n sebelah ptg bini2 kawan2 babah singgah umah kita lak mama hidangkan cucuq jagung ja dgn jagung rebus...so ari isnin mama x g keja coz along demam lak.. biaq dia org rehat kat umah ja.. ari ni pun along dok buat akai x mahu pergi sek..tp mama pujuk gak kalau ada apa2 suruh umi tel mama n then mama g ambk along kat sek.. tp sampai sekarang mama tak dpt panggilan dr pihak sek pun, alhamdullah ok lagi la asanya tu.. ok sekian dulu utk ari ni...hehhehe

Wednesday, 14 September 2011

SATU KEHILANGAN YANG TIDAK TERDUGA.......

kenangan bersama uncle yeh celebrate btday bersama angah wafiq di rumah beliau  pada 21.1.2011
ASSALAMUAIKUM.......

Allah huakbar, allah maha besar...... tanggal 13/9/2011 bersamaan 15 syawal jam 1.26ptg mama dan kawan2 pej dikejutan dgn berita tentang kematian seorg hamba allah s.w.t., seorg anak. seorg suami, seorg ayah, seorg sahabat dan  rakan sekerja majlis perbandaran kulim.. iaitu En ILLIAS BIN ABD RAHMAN berusia 37 tahun.
Pemergianya dengan tidak terduga, kalau dilihat dgn mata kasar sakit boleh bawa mcm org lain juga iaitu darah tinggi dan suspek jantung tp allah sayang beliau yg mana allah s.w.t telah menjemput beliau lebih awal dengan meninggalkan seorg isteri tengah mengandungkan anak yg ke 5 berusia 5bulan dan 3 org anak lelaki serta seorg anak perempuan. Allah maha kaya n maha kuasa semoga allah s.w.t mencucuri roh beliau dan ditenpatkan dikalangan org2 yg soleh dan beriman.

Mama baik sgt dgn beliau dan keluarganya, beliau banyak membantu, sebagai pendengar setia dan ringan tulang dlm memintak tolong itu ini.. Dan beliau juga baik dgn babah sebelum dia pergi meninggalkan kita dia juga teringin nak pakai kereta mcm kita so babah tempat dia refer itu ini.. so akhirnya hajatnya dimakbulkan oleh allah s.w.t sempat juga uncle yeh merasa kereta grand livina siap color sama lagii..dgn kita..

Kemarin time jenazah berada di ruang rumah barunya utk isteri n anak2.. x tertahan mama melihat anak2nya 4 org menagis memeluk isterinya kak liana... ya allah abis semua turut menangis.. pemergiannya meninggalkan anak sulung tingk. 1 dan kecik sekali 4thn dan masih dlm kandungan 5bulan. Pemergiannya cukup mudah dan sempurna.... sebelah pagi dia dtg pej mcm biasa dan kul 8.30 lebih pagi dia membaca doa utk kawan2 dan pemimpin2 (bos2 dia) sebagai doa pembuka bg semua kakitangan sebelum menjalankan tugas agar tugas yg dijalankan diterima oleh allah s.w.t sebagai ibadat.. rupa2nya itulah doa terakhir beliau utk semua yg akan ditinggalkan... dia meninggal di hospital kulim dlm keadaan beliau kesana mmg temujanji dgn doc pakar utk rutin checkup n ada la prosedur checkup yg mana beliau kena buat test beat jantung, tengah dok test ambk beat tu la beliau jatuh n terus meninggal.. Mmg dah sampai masa dia...sedangkan dia berada di tempat yg mudah n masih blh diselamatkan tp dah itu janji allah s.w.t apa keadaan sekali pun tetap sampai jua pada maha pencipta..

Ya allah ya tuhan kami..kau cucurilah roh hambamu illias abdul rahman dan tempatkanlah beliau dikalangan org2 yg beriman, kau ampunlah segala dosa2nya..dan jauhilah dari seksa kubur ya allah.. Sesungguhnya darimu jua km dtg dan kepadamu jua km dikembalikan.. dan kau permudahkan urusan isteri n anak2nya ya allah.. kau berilah kekuatan dlm meneliti hari2 tanpa seorg ayah dan suami.. sesungguhnya kau maha mengetahui apa yg terbaik utk km hambamu ini.. dan maha kuasa lagi maha penyayang.. amin..aminrobanaalamin... 
p/s : kepada sesiapa yg membaca kisah ini tolong sedekahkan kepada beliau al-fatihah..........


Sunday, 11 September 2011

MIMPI MENJADI KENYATAAN.......RAHMAT DARI ILLAHI....AMIN

ASSALAMUALAIKUM.......

ALHAMDULLILAH.......syukur dengan rahmat allah s.w.t yg mana membantu memberi petunjuk dan hidayah utk mama... Mama nak ceta sikit yg mana mama percaya akan kekadang alamat@mimpi2 yg datang semasa tdo.. Seingat mama dah 2 kejadian pada tahun ni.. yg mimpi dialami menjadi kenyataan, walaupun kekadang org cakap mimpi ni mainan tdo.. tp kita kena akur yg allah punya kuasa.. mcm2 leh barlaku n akan berlaku janji kita mendapat petunjuk dan hidayah tak kira dgn cara mana.. Mimpi kali pertama yg menjadi ingatan pada mama iailah mengenai rezeki mama disabotaj....alamat itu juga datang dari mimpi dimana org yg akan dapat muncul dlm mimpi mama bg tahu : aku dengar depa nak bagi kat aku, kalau hg nak hg usaha sebelum surat kuaq... Akhirnya terjadi jua.. ini terjadi pada baru2 ni dlm bulan lepas (dlm N3 lalu ada mama ceritakan kisah sedih ini) 

dan baru2 ni juga mama mimpi lagii pasai untie eda... (adik babah) yg dah overdue.. entah la tiba2 je dtg dlm tdo mama pada mlm khamis.. 8/9/2011 baru2 ni.. dlm mimpi tu menceritakan dimana untie eda bersalin operation dan baby ada masalah... mama terjaga n terfikir apalah nasib adik ipaq ku ini.. nak tanya takut satg org salah anggap kita bzbody tak tanya pikiaq adik.. Last mama tanya khabaq untie ada pd ari ahad..katanya dia dah p check klinik kesihatan depa buat surat suruh refer hospital bahiyah coz ayaq ketuban dah nampak kurang.. selepas zuhur katanya nak pergi ke hosp utk check semula... tp keputusan ok lagii..doc kata bby boleh berenang lagii. Pastu mama dok tunggu je panggilan tel atau msg mengenai untie eda.. x juga terima.. Sampaikan timbulnya mimpi tu, pagi khamis kat pej dok pikiaq ish.. nak tel ke tak nak? tp pikiaq takut jadi apa2 dan mama menyesal dikemudian hari mama gagah tel juga kat mak tok (mertua) tanya khabaq.. Time mama call dia org dah ada di hospital bahiyah abah dok usaha nak bg masuk gak ward  juga hari tu.. Upanya hari2 dia org pergi hospital dan upanya air ketuban dah mula kuaq sikit2 tp pihak hospital x nak terima alasan x sakit dan ward penuh. Mama call sebelah petang nak tanya mcm mn status adakah sure leh masuk ward? x dijawap so mama call husband dia tanya n mama ada juga bersuara ni.. cdgn k.frh ja memandangkan yuhaida pun dah overdue 5hari so kalau hospital x mau terima juga apa jadi iqtiaq la p mana pun even priveod sekali pun.. duit boleh cari tapi ini melibatkan 2 nyawa.. mmg Qoda n Qodar tuhan dah tertulis tapi kita sebagai hamba x lepas dari memohon doa n berusaha agar diberi kerahmatan yg terbaik.. So sebelah ptg mama gtau benda yg sama kat untie eda..n dia jawap dah on the way nak masuk ward dah.. Alhamdullah bila dengar berita dari beliau. Mama tak henti2 tel tanya perkembangan untie eda.. bukan nak pikiaq sgt bab mimpi tu tp takut menjadi riality tp mama rasa jadi juga yg mana target nak bersalin biasa last minit doc decition operation coz bby nak lemas time tu baru buka 4cm.. Alhamdullah mama n babah dapat berita yg untie eda dah selamat bersalin bby boy berat 3kg tp bby kena dimasukan dlm NICU suspek jangkitan kuman.. dan kemarin dpt berita gusi bby bengkak.. So kemarin untie eda dah selamat berada di umah tok walid tetapi bby still di ward lagi.. Mama doakan agar semua dilindungi allah s.w.t peliharalah bby tu ya allah.. hanya kepada mu shj tempat km memohon pertolongan dan berserah...amin yarobalalamin.... 
Mama bersyukur dengan rahmat allah..walaupun dua2 alamat ini bukanlah alamat yg menyenagkan...sekurang2nya kita masih ada masa utk berusaha, walaupun kita belum tahu akan keputusannya.. dan sekiranya keputusanya tetap tidak menyebelahi kita jua ia dah cukup utk kita terima kerehdoan dari illahi.. amin....

Tuesday, 6 September 2011

HAPPY BTDAY MAK............

kek Btday 2011 mak dan alia (menantu mak ) yg kebetulan jodoh allah s.w.t btday sama hari.. 
Assalamualaikum.......
KAULAH RATU DIHATI KAMI - MAKKKKK
Hari ni hari jadi mak yg tersayang..... Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Mak.. semoga allah s.w.t panjangkan umuq mak, murahkan rezeki mak, beri kesihatan terbaik utk mak dan bahagian hidup didunia mahupun diakhirat.... amin... km semua syg mak kaulah ratu hati kami semua... terlalu sabaq mak pada km semua.... LV u so muchhhh

Dan happy btday jua pada adik ipaq mama Alia yg mana menyambut btday sama hari dgn mak mertua.. mana mau cari dgn izin allah s.w.t jua.. Semoga kalian berdua lebih diberkati hidup didunia dan diakhirat serta harungilah liku2 kehidupan yg penuh dgn ujian dari yg maha esa dgn tabah dan redho..sesungguhnya dgn ujian allah s.w.t itu mendakan dia sayang akan pada hamba2nya... amin...

Monday, 5 September 2011

Hatyai, Thailand 1/9-2/9/2011

along bersama duyung thailand - samila songkla..
Assalamualaikum.... saja nak upload gambar2 le tour aidilfitri 2011 di Hatyai, Thailand pada 1/9/2011-2/9/2011 dengan Mak tok, tok abah, andak, pak ndak, hadip, acik, tok lang, babah, mama, along, angah n adik...

Kita bawa keta sendiri masuk sana dgn tok lang tunjuk jalan....pasni senang la bila2 asa nak masuk je..coz babah dah tau sikit2...nnti kita pergi lain sbb kali ni p x best coz pelancong ramai sgt..... apa pun kalau bab nak shoping memenag best la.... yg susahnya sbb x tahu berbahasa siam agak susah la skit......

berebut menikmati masakan thai...

3 bujang lapuk @ floting market

happy family andak..@ floting market

pantai samila
medan makan - hatyai.. dinner time


pantai samila - babah n adik muhammad

foodcort supermarket Big C, Hatyai...

DIARI MAMA @ SEMINGGU CUTI RAYA 2011...

Assalamualaikum..... Salam Aidilfitri dan salam satu Malaysia...

Alhamdullah......seminggu sudah berlalu mama sekeluarga bercuti raya tahun ini...jom kita mengimbas kembali peristiwa yg sudah berlalu bersama anak2 dan keluarga sepanjang menyambut syawal 2011 ini....

26hb ogos - bersiap kemas umah dan kain baju yg hendak dipakai sepjg cuti nnti.. kul 4ptg lebih dah bertolak ke rumah tok nenda (nadik) di teluk tempoyak kita berbuka posa disana. Kul 10 mlm paksu boy datang nak ambk sbb mama n anak2 nak tumpang blk a.staq so kul 12 mlm kita dah berada di airport peneng jemput untie ija yg balik dari airport senai, johor. So kul 2.30 pg baru sampai di a.staq.. Alhamdullah selamat perjalan kami semua.

27hb ogos - kul 11 pagi anjang diana datang dgn paksu muiz di a.staq utk ambk mama n anak2 blk ke umah mak di bukit chabang, perlis. so mama dapatla berbuka posa ramai2 dgn mak tok, tok nek dll.. sampai je kat umah mak, toknek pompuan dgr suara mama terus panggil, mama pun pergi salam dgn tok nek terus nangis...kesian mama tgk tok nek udah kurus sbb dah sebulan x lalu makan beza time mama blk awal bulan ari tu semasa kenduri umah baru n sambut ramadhan. Sakit tua nak buat mcm mn, hanya berdoa jelah agar tuhan pelihara tok nek. sbb tu mak tok n anak beranak mak tok sanggup balik sbb ingatkan kesian pada tok nek yg meniti hari2 senja yg entah bila dapat melihat wajah2 anak2 , cucu2 dan cicit2 nya.. Time buka posa mama tolak kerusi roda tok nek bg dia tgk kita semua berbuka posa dgn hidangan bermacam2 agar dia rasa berselera utk makan.. sambil dia melihat gelagat cicit2 yg nakal2 dok makan terkeluarlah ayat dari mulut
tok nek: mmmmmm tok nek tgk cicit2 makan pun tok nek dah rasa kenyang...

Oklah mama nak ceta pengalaman mama sikit pd hari ini.. mama sampai anjang hantaq so pastu anjang bertolak blk ke umah dia la sbb nak p ambk husband dia dari tmpat keja.. so kat umah mak tok x kenderaan lain selain motor tok nek lelaki je.. jam dah kul 4 ptg lebih tapi dalam peti ais x ada lauk utk dimasak bg juadah berbuka nnti.. mak tok suruh tunggu tok abah n acik balik sbb mereka pergi ambk keta mak tok (inova) di kuala kedah.. mama dok bajet mcm x sempat je.. so mama buat keputusan mama nak kuaq beli ja naik motor tok nek.. hari tu hujan x berhenti2 turun dah semggu cuaca mcm tu.. elok kul 4ptg lebih hujan dah mula sereyat so mama ajak abg haikal temankan mama g beli barang dapur.. Masa tu angah n adik nagis mcm apa lagi nak ikut mama naik motor gak.. mana boleh hujan lagi pun susah la bawa mereka.. sampai je kat atas jalan raya mama lambai tangang (bye2) mereka 2 beradik lagi kuat la nagis... heheheheheee sonok dapat usik anak2..,.. area situ susah nak dptkan kedai so berhenti satu kedai ke satu kedai sampaila mama jumpa 2 buah masjid (2 mukim) baru jumpa kedai jual ikan, ayam sayur dll... ish..ish.. susah bebenor.. dah beli penuh raga motor km pun bertolak balik.. lawak pun ada seingat mama dah lama x bawa motor rasa kekok pun ada gak tp x palah kesian kat family dan anak2 yg berpuasa mama korban gak dlm keadaan hujan renyai2...basah gak la...tapi apa2 pun seronok....sebelah malamnya dapat juga mama g masjid utk laksanakan solat tarawih thn ni.. walaupun disaat2 akhir..ingat esoknya dapat la sehari lagi tp hajat x kesampaian...

28hb ogos - kul 8.30 pg mama, mak tok, tok abah, paksu muiz n acik dll bertolak kuaq dari perlis nak ke kulim sbb nak pasang sarung seat keta mak tok so sampai di a.staq tok abah jumpa kawan dia sekejap. Selesai je terus bertolak ke s.p utk ambk kuih kat kedai tok ndak.. alih2 banyak la pula so x jadi ambk lagii.. sampai je kat kulim dah kul 1 ptg..
so terus hantaq keta mak tok ke kedai .. yg lain dok umah utk mandi dan rehat siap je keta dah nak betolak blk ke perlis lak.. yg bestnya km kuaq dari perlis dgn tak mandi. yg mandi hanya paksu, acik n tok abah ja.. mama, mak tok n anak2 x mandi sbb x tahan air kat kg sejuk sgt....hahahahhahahaaa lawak2....
Mama siap bawa mak tok g tesco beli brg dapur itu ini.. dan acik g dgn babah p emigesyen utk buat border pas... yg x bestnya babah dah cuti hari ni so mama n anak2 kena ikut babah balik a.staq.. so x jadila blk perlis. sbb turn tahun ni di a.staq..

kat dalam umah mini kayu at star prade

29hb ogos - dah ada di a.staq dah... sebelah ptg km kuaq g pasifik sbb dok cari baju tok walid x jumpa2 lagi.. alhamdullah dapat juga akhirnya yg berkenan dihati babah.. so mama beli sehelai utk tok abah.. abis je shoping kita singgah pasar ramadhan stadium a.staq beli juadah utk berbuka..
umah tradisional di star prade a.sataq.. sonok dpt naik umah kecik nii...


30hb ogos - Berkumandang takbir raya di masjid dan tv.. alhamdullah dapat lagi diberi peluang utk beraya bersama keluarga... pagi2 dah selesai solat subuh along dah siap berpakaian jubah putih. Selesai bfast babah, tok walid dll kuaq g kubur arwah tok umi n tok walid..(tokwan n tok babah) balik je dari kubur terus siap2 utk solat Aidilfitri di masjid taman.. So kat umah tinggal jelah mama n adik.. anagh pun siap dengan jubah putih ke masjid utk sama2 solat aidilfitri.. Abis solat tgk2 along n angah dok depan pintu dah coz babah suruh along hantaq  angah blk sbb angah dok kalut penat... haiiii......angah2... lama tu pun dah kata penah (budak2 cepat jemukan).. so pas semua blk sembyg km semua bersalam salaman mohon maaf salah silap.. abis dah meraya kita kuaq g mergong umah arwah tok umi yg mana adik2 abah jaga umah tu... mmg rutin mcm nii tiap2 tahun.. abis meraya sana sini kul 2 lebih gak baru sampai umah dlm keadaan letih n kekenyangan.... anak2 pun dah mula dok buat perangai... along siap kena marah lagi dgn babah n mama di umah tok sham.. anak2 mcm tu la.....balik tdo dulu.. sebelum asar kita semua bersiap2 utk bertolak balik ke perlis pula..utk beraya dgn keluarga sebelah mama... selepas solat asar bertolak la kita ke perlis pula...



31hb ogos - Raya ke2 mama, babah  sehari dok umah, malas nak kuaq jalan sbb sian kat mak tok dok urus tetamu yg dtg tgk tok nek dari raya pertama lagii... mama n babah buat apa yg patut cth pasang plastik bunga kabinet dapuq mak tok dll... sebelah petang kita siap2 acara utk malam iaitu BBQ.. walaupun terjadinya targis sikit tetap acara tetap berjalan lancar n meriah... Mama harap hamba allah tersebut dapat berubah dan buang sifat ego serta panas baran dlm diri dia.. sekiranya dia syg nak buang sifat tersebut maka rugilah dia..ingat kita masih memerlukan mak pak n adik beradik disisi kita...kita akan ingat dikala kita susah..hidup ini bukan sentiasa cerah..sama juga bumi kita adakala cerah bersinar, ada kala mendung (tanda berduka) dan ada kala hujan ( tanda pasrah) oleh itu.. cuba kikis sifat mazmumah dlm diri kita semua n ambl sifat mazmudah insyallah kita akan disayangi oleh maha pencipta... Dan terima kasih juga kepada keluarga sebelah babah (keluarga mergong the geng) sudi mai beraya di umah baru mak.. 4 buah keta penuh dan rezeki mereka mlm tu dpt makan BBQ....

1hb Sept - Bersiap2 nak masuk Hatyai, Thailand bersama pak lang Hussin (adik tok abah) so pak lang naik bot kul 7.30 dari langkawi sampai je kat umah tok kul 10 lebih pastu kita pun bertolak masuk kesana dah selasai urusan emigresyen dikedua2 negara kita pun jalan je dgn menaiki kenderaan sendiri iaitu mak tok satu kenderaan n kita satu kenderaan ( 2 buah mpv) so dah dapat hotel utk bermalam di kisot, hatyai semlm baru rm 59 duit kita...siap ada tap mandi, air sejuk n panas, karpet satu hotel peahhhh memang murah.. yg susah sbb kita x tahu berbahasa siam..

2hb sept - Round Hatyai City.... dapat tgk ice dome tp x masuk coz ramai gilerr.... shoping time kat plaza hatyai.. n round pdg besaq city tp singgah beli pulut ayam je.. ayam goreng + pulut = rm 2 je sebungkus.. ayam pangang + pulut = rm 3 sebungkus.. murah....murah...... Time nak kuaq jalan mmg jem.. sibuk dgn pickup siam.. pak lang cakap dia org kuaq sbb nak beli minyak kat sebelah malaysia... ish...ish... sabsidi utk rakyat malaysia...puak2 siam dok balas sama.. sampai umah tok udah kat kul 7ptg... siap2 mengemas kul 9 lebih baru leh bertolak blk kulim... sampai kulim udah kat kul 12 mlm... Letihhhhhhhhhhh.................

3hb sept - rest time in the house....... mr hubby working time .....


open house tok ndak at cinta sayang s.p
4hb sept - dah kerja n anak2 hantar tadika semua..termasuk along... sebelah petang open house umah mak ndak di cinta sayang s.p.........

lending time at tok ndak house...
THE AND..............................................TQ