3 hero comel mama 2011

Wednesday, 29 June 2011

hari ini cuti 'ISRAK MIKRAJ' kita hayati peristiwa ini........

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Friday, 24 June 2011

OOOOO BALIK KAMPUNG SUAMIKU......

ASSALAMUALAIKUM.....alhamdulillah kita bersama family udah selamat sampai diumah 'mertua kita' di a.staq semlm jam 11 mlm. Lambat la juganye sbb btolak dari rumah pun udah lewat jam 9mlm baru keluar, sampai je kat lunas mr hubby singgah utk mkn lak coz anak2 bising lapar.....je...so kita singgah try mkan kat 'SUPER N8' RESTAURAN tu sebenarnya kat umah kita pun ada gak restauran ni tp x penah g mkaan pun cumanya bungkus bawa blk mkn kat umah je.......so pas order n time makna yg paling x-cited is angah le... mkaan mcm mmg sedap gilerr sampaikan terkeluar kata 'mama sedap la mkaan kat sini, esok mlm kita datang sini lagi tau......' berkali2 dok ckp benda yg sama je... amboiiii2 sedap sungguh ke angah oiiii? Angah ni perangai dia leh tahan gak, tp mama tau walaupun angah mcm tu tp dalam hati ada TAMAN BUNGANYA. Di suka bg mama 'makan hati' tp dia pandai ambik hati gak.... tok ndak cukup suka n puji dgn sikap angah yg pandai ambk hati org...

Wednesday, 22 June 2011

KE MANAKAH????

ASSALAMUALAIKUMM.....

Hiiiii kemanakah kita n family mggu ni? mlm ni pas mr hubby balik dari keja terus nak btolak balik umah 'father in law' kita kat a.staq. Mggu lepas sibuk menalifon tanya mr hubby cuti bila sbb buah-buahan kat dusun pokok sena n kuala pai banyak (durian terutamanya) sbb 'mr hubby' n anak2 tolak adik je suka sanggat dengan durian. Kat umah ada sebiji lagi yg masih belum masak, pokok dari Kg kita dPerlis. Haiii 'hantu durian betul la...dia org ni... sampaikan tgk dia org makan pun dah kenyang.....
Hari sabtu insyallah nak g kenduri junior /'roomed' kat sek menengah dulu....so pastu terus balik "BAITI JANNATI" kami 5 beranak le.... hiiii..

Hari ni dah khamis so 3/4 day masa berkerja. Ari ni lak ada 2 jamuan yg dapat jemputan satu jabatan audit dalam n satu lagi jabatan kesihatan semua buat kenduri sebab nak sambut Romadhan. ALhamdullah masih berpeluang kita diatas muka bumi ni utk menyambut bulan yg mulia itu. Semoga kita semua dapat membuat amal ibadat lebih dari hari2 biasa kerana Allah s.w.t telah berjanji akan melipat gandakan pahala utk kita bg amalan pada bulan tersebut. So sebelah pagi makan nasi lemak, bihun goreng n rojak . Tengah hari lak kenduri pulut durian bersama ikan masin serta buah manggis...peahhh merecittt laaaa.......sedap giler teringat kat mr hubby, along n angah bila makan buah durian yg lazatt sehingga menjilat jariii kuuuuu ...... hahahhaaa
Makan lak sambil gosip2 kosong n merapu giler dgn 'best friend' so lagi la sedap menikmati hidangan istimewa yang baunya tersagtla  dashat..... ok lah nnti kita cerita2 lagi k... n g solat dulu x baik lambat2kan solat.... so bye n see u next N3.......

Tuesday, 21 June 2011

ala haiiiii.........

ihsan google
Assalamualaikum.... alaaa... haiiii boring la pula asanya,..... kejap lagi meeting entah ke apa hal pun x tau. Semalam kita g s.p dengan anak2 coz g jumpa mak yg baru balik dari gaunghzau kat umah m.ndak kat cinta sayang. Mr hubby dari peneng terus ke s.p gak so kul 12mlm baru sampai umah. Kita dapat 'hand beg', gelang kristal dan kain pasang dari china...sayang mak..... Banyak bebenor dia org shopping ye la kan mereka g mmg syurga shoping org cakap. Insyallah ada rezeki kita nnti kita nak g shoping gak la kat sana ...hehehhee..... so raya tahun ni sakan le semua pakai barang 'made in china'...... SEBAT jeeeeee.........

Saturday, 18 June 2011

HAPPY ABAH@BABAH DAY'S 2011.......LV U ALL


ASSALAMUALAIKUM.......

HAPPY ABAH @ BABAH DAY 4 MY LOVELY ABAHKU, ABAH MERTUAKU N BABAH ANAK2 KU.....................semoga kalian semua diberkati setiap amalan baik dan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh yg maha berkuasa ALLAH S.W.T amin.....
 Sesunggunya semua ini telah tertulis dalam "AL-QURAN DAN SUNNAH", jasa perngorbanan mereka tidak dapat di ganti dengan wang ringgit hanya amalan doa anak yg soleh dapat membalas serta memberi keberkatan utk mereka. sepertimana Firman2 Allah s.w.t seperti berikut:-

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)

Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman: 14-15)

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)

Ya Allah kau ampunkan dosa2 ku sesungguhnya aku tidak terlepas dari perkatan yg boleh membuatkan hati mereka terluka dan terguris diatas perbuatanku. Sesungguhnya tidak la terniat sedikit pun utk menderhaka kepada mereka sepertiman firman yg telah kau berikan kepada kami Hambamu bertapa mulianya mereka padamu selain kamu maha pencipta dan maha agong yang kami sembah ALLAH s.w.t..... sepertimana cebisan firman mu yang berbunyi.....“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan kau berilah kepadaku kekuatan agar aku dapat berjasa dan menjaga hati mereka selagi mereka masih ada disisi ku, sesungguhnya aku ingin memberi mereka gembira selagi hayat dikandung badan. insyallah dengan keredhoanmu jua... Sesunggunya aku amat menyayangi mereka (Kedua ibubapaku n mertuaku serta suamiku.).. ku bersyukur ya allah dengan anugerah mereka kepada ku.......  amin ya robalalamin........

Friday, 17 June 2011

IMAM MUDA MUSIM KE2

ASSALAMUALAIKUM........

SAJA NAK KONGSI PASAI EPISOD 8 IMAM MUDA ARI NI DI OASIS ASTRO YANG MANA KALI INI TUGASAN PESERTA IMAM MUDA INI ADALAH 'MENGURUS JENAZAH'. ALHAMDULLAH KITA MINAT SANGAT SIARAN IMAM MUDA INI TP KEKADANG TERLEPAS SEBAB ANAK2 CONTROL TV ASYIK CARTOON JE, TP MLM NI TANPA GANGGUAN KITA DPT TGK SAMPAI ABIS. SUNGGUH TERUJA BILA TGK PERSERTA2 SEMUA MUDA DIANTARA 20AN-30AN SHJ. SEJUK TGK MUKA2 DIA ORG TERASA MCM ALANGKAH INDAHNYA SEKIRANYA SALAH SEORG DLM PERSERTA TERSEBUT ADALAH ANAK KU SENDIRI. RASA SETIAP TUGASAN2 YG DIBERI MMG MENCABAR UTK BERGELAR IMAM MUDA MMG BAGUS LA SEKURANG2NYA KITA TIDAK ALPA DGN DUNIA HIBURAN SEMATA2, DIHARAP MASA AKAN DATANG LEBIH PERBANYAKAN LAGI PERTANDINGAN BERBENTUK KEAGAMAAN AGAR KITA TIDAK TERUS HANYUT DIDLM DUNIAWI SEMATA2.

MEREKA DIBERI TUGAS MENGURUS JENAZAH YG TIDAK DITUNTUT OLEH KELUARGA SEMATI, HUKUM ADALAH HARAM SEKIRANYA ADA AHLI KELUARGA KITA MATI TETAPI KITA TIDAK MENUNTUT DAN MENGURUS MAYAT TERSEBUT, NAUZUBILAH..Semoga kita tidak tergolong dlm golongan kaum keluarga seperti itu. SUNGGUH CEKAL MEREKA MENGHADAPI MAYAT BERISIKO TINGGI, TP PEKARA BAIK AKAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH S.W.T MAKA TUGASAN TADI BERJAYA DILAKSANAKAN SEHINGGA ACARA PENGKEBUMIAN DAN DIAKHIRI DGN BACAAN DOA.

DENGAN TONTONAN TADI KITA DAPAT MENAMBAH PENGETAHUAN ILMU YG KURANG DIDADA DIMANA USTAZ MEMBERI SOALAN2 KEPADA PARA PERSERTA UTK MENJAWAPNYA. DISINI KALAU SAYA TERSILAP TOLONG PEBETULKAN,...

1. BLHKAH SUAMI ISTERI MEMANDIKAN DAN MENGURUSKAN PASANGAN ANTARA MEREKA SEKIRANYA MATI... - Jawapan diberi BLH DIMANA SALAH SEORG PERSETA MENCERITAKAN NABI MUHAMMAD A.S SENDIRI MENYATAKAN KEPADA ISTERINYA AISHAH DIMANA SEKIRANYA KAMU MATI MAKA AKU SENDIRI YG AKA N MENGURUSKANYA DARI MANDI,KAFAN DAN PENGKEBUMIAN.
2.BLHKAH MERATAPI KEATAS KEMATIAN ITU - Jawapan diberi HARAM DIMANA TIDAKLAH BLH MERAUNG, MERONTA DSBGNYA ATAS KEMATIAN TERSEBUT, TETAPI HANYA SEKADAR BERSEDIH DIBOLEHKAN SEPERTIMANA NABI SNEDIRI PUN BERSEDIH DGN KEMANGKATAN ANAKNYA IBRAHIM.
3. PEREMPUAN DIHARUSKAN BERADA DI PERKUBURAN DGN SYARAT PERLU MENJAGA AURAT, TIDAK BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN DAN PERLU ADA MUHRIMNYA... SEKIRANYA PEKARA2 INI TIDAK DIPATUHI MAKA HUKUMNYA HARAM....

ANAK2 PUN TGK DGN KITA, KITA ADA TANYA PADA ALONG...ALONG MINAT TAK SIARAN IMAM MUDA? dia jawap MINAT.ALONG NAK TAK JADI MCM TU? dia jawap NAK.. INSYALLAH MAMA X MENGHARAPKAN GUNUNG EVEREST UTK ALONG CAPAI SEMUA INI ATAS KEREDHOANYA JUA, TETAPI KITA JUGA TIDAK BLH MENGHARAPKAN QODA DAN QODAR YG TELAH DIATURKAN DIMANA DGN DOA DAN USAHA YG KITA LAKUKAN BLH MENGUBAH QODA DAN QODAR KITA ATAS KEHENDAKNYA JUA.. MAMA CUMA MENGHARAPKAN AGAR ANAK2 MAMA BLH MENGURUS JENAZAH MAMA DAN ABAH SERTA SAUDARA MARA YG MUHRIM DGN ANAK2 MAMA ITU SUDAH CUKUP UTK KM WAHAI ANAK2KU.... YA ALLAH S.W.T KAU BUKALAH PINTU2 HATI KM KEJALANMU BERILAH KU KEKUATAN DLM MEMBIMBING ANAK2KU KEJALANMU DIMANA 2 PERKARA DITINGGALKAN KEPADA KAMI UMAT NABI TEAKHIR IAITU 'KITAB DAN SUNNAHMU'....SEMOGA KAMI BERADA DIATAS LANDASANMU SEPERTIMANA YG AKAN DIPERSOALKAN DIDALAM ALAM BARZAH ' ALLAH S.W.T, TUHANKU, NABI MUHAMMAD, IMAMKU, KABAH ,KIBLATKU, ISLAM ,AGAMAKU, UMAT ISLAM ,KELUARGAKU'.... NAUZUBILLAH......SUBAHANALLAH.........

REHAT D'BAITI JANNATIKU'

ihsan google- ibarat rumahku syurgaku
DOK UMAH JE HARI NI, UDAH PENAT TIAP2 MGGU 'OUT STATION '  MGGU NI  NAK DOK UMAH JE TP BESOK ASANYA NAK KE S.P INSYAALLAH KALAU JADI LA, NAK G AMBK BARANG KEJAP. HARI NI NAK AMBK INDON CUCI UMAH TAPI PENUH LAK SO CUCI SENDIRI JELAH, BEPELUH GAK LA TP ANGGAP JE HABUAN BAKOR LOMAK TEPU HAHAHHAHAA
BILA DAH ADA UMAH SENDIRI NAK G MANA PUN INGAT UMAH, HEBAT MANA TEMPAT LAIN HEBAT LAGILAH UMAH SENDIRI BEBAS NAK BUAT APA PUN..MR HUBBY LAGI LA LEBIH SUKA DOK UMAH JE...KALAU BLK KG PUN KEJAP JE PASTU RINDU KATIL,BANTAL DAN LAIN2 YG MILIK KITA SENDIRI WALAUPUN HANYA SEMENTARA TP NIKMAT YANG TIDAK TERHINGGA..... ITULAH
'RUMAHKAMI  SYURGAKAMI' - 5BERANAK......

Thursday, 16 June 2011

HAPPY BTDAY ABAH...

ASSALAMUALAIKUM........

GENAPLAH HARI INI ULANG TAHUN KELAHIRAN ABAH YANG KE 58 THN... DAN JUGA BERAKHIRLAH PERKHIDMATAN BELIAU DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT (selamat berpencen). 
Abah ni seorg yang 'hardworking man' so dari dulu sampai sekarang di pikiaq keja je ari2 sampaikan suruh cuti pun susah. Dan paling best majlis perpisahan pencen abah, beliau dihadiahkan "KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD A.S SEBELUM WAFAT'. 
 

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Hadiah ini akan digantung di rumah baru mak di perlis tanda ingatan baik utk kita semua.... Semoga allah s.w.t menerima segala amalan kebaikan semasa beliau menjalankan tugas selama ini... 
Dan hari ini juga abah dan mak menghadiri lawatan kerja ke GAUNGHZAU, CHINA selama 5 hari bermula 16.6.2011 - 20/6/2011 bersama MBAS.... semoga perjalanan beliau diberkati dan dilindungi....amin.....

Dan hari ini juga terjadinya GERHANA BULAN PENUH
>>>Pada awal pagi esok (16 Jun 2011), penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. (sumber: www.falak-online.net)
 SEMUA INI ATAS KEBESARAN MU YA ALLAH S.W.T MAHA PENCIPTA, MAHA AGONG DAN BERKUASA.......

Wednesday, 15 June 2011

KETENANGAN DI DALAM HATI

2
ASSALAMUALAIKUM...........

'SEMALAM SEJARAH YANG TIDAK BOLEH DIPINDA,
HARI INI KHAYALAN YANG BELUM NYATA,
ESOK ADALAH HARAPAN YANG PASTI ADA..........'

'JIKA ANDA DIPERDAYA ORG ITU? TANDANYA ANDA BAIK, SEBAB ORANG JAHAT TIDAK AKAN PILIH ORANG JAHAT UNTUK DIPERDAYAKAN'....

kenyataan diatas tiada kena mengena sesiapa baik yg hidup @ mati, hanya utk memberi kata2 hikmah n peransang setiap apa yg kita tempuhi diatas dunia yang hanya sementara. Setiap apa yang berlaku, terjadi dan akan terjadi atas keredhoanya yang satu. Setiap detik jam,minit dan saat akan berlalu dgn pantas sepetimana jua tugas matahari dan bulan naik serta turun mengikut perhitungan masa yg lalu bergitu pantas. Kejar apa pangkat, harta benda dan wang ringgit sedangkan hati tidak tenang seperti 'TSUNAMI' mehempas dasar pantai sehingga melenyapkan harta benda dgn sekelip mata.

Ya Allah s.w.t kau teruskan memberi ketenangan didalam jiwaku seperti sekarang dan selama2nya. Sesungguhnya aku x penah menyesal dgn apa yg telahku lalui dan akan lalui, pasti ada hikmah siap perhitungan kehidupan selagi kau memberi hambamu ini meminjam nyawa diatas bumi semnetara ini. Ku bersyukur dengan apa yang kau berikan kepadaku walaupun ku tahu aku adalah hamba hina disisi mu, tp ya allah kau berilah petunjuk dan hidayah jalan yg benar yg mana kau redhoi agar aku hambamu ini tidak sesat dan menyerong iman serta ketaqwaan ku padamu maha pencipta...sesungguhnya kau sendiri mengetahui bahawa 'iblis/syaitan akan terus berusaha menyesatkan umat nabi muhammad a.s diatas bumi ini'maka  jangan aku tergolong dlm golongan pengikut makhluk mu itu.

Ya Allah, berilah ku kekuatan, tingkatkan kesabaran dan kesyukuran nikmat yg telah kau berikan terhadap hambamu ini,..sesungguhnya ku bersyukur dgn nikmat hidup yg tidak terhingga kini..masih berpeluang km menyayangi dan disayangi ibu bapa kami (2belah pihak), mempunyai suami yg baik, btanggjawab, mendidik kami sekeluarga kejalanmu, anak2 yg sihat tubuh badan, rezeki utk menyara dlm erti kehidupan ini dan hubungan sesama makhluk ciptaanmu... sesuungguhnya kau tetapkanlah pintu2 nikmat ini sehingga kau meminta kembali nyawaku nikmat yg paling berharga pada diriku ini. Janganlah kau memberi dugaan hebat yg mana hamba mu ini tidak dapat menghadapinya n tanggung, tp semua ini adalah atas kehendakmu serta kebesaranmu jua....

Peluang hidup ini terlalu indah untuk diperhaluskan, diperincikan, digambarkan dan diluahkan... hanya mu sahaja dapat mengerti,memahami,mengetahui setiap perincian yg terjadi n akan terjadi...Maka itu kuatlah imanku, kuatlah ketaqwaanku, permudahlah ilmuku dan yakinlah kuasamu.... SESUNGGUHNYA AKUKAH HAMBAMU(Allah s.w.t), AKULAH UMATMU(Nabi Muhammad a.s), AKULAH ANAKMU (IBU BAPAku + MERTUAku) AKULAH ISTERIMU (Syed Yukhyi), AKULAH IBUMU (anak2ku muqri,wafiq n muhammad) dan AKULAH SAUDARAMU (saudaramara seislam)... agar aku dapat mengikut sunnah dan kitab yang satu (sunnah nabi terakhirku Nabi Muhammad dan AL-QURAN)..... SUBAHANALLAH.......WAALLAHUALAM........

Monday, 13 June 2011

cerita gelagat.... anak2

ihsan google
Assalamualaikum..... boring lak kat ofis today coz banyak dah failing on table dah settle utk tindakan my staff,... so teringat lak nak kongsi gelagat2 anak semenjak 2 menjak ni.... kemarin buat party birthday muhammad di alamku 'he so happy' sampai je nampak mama naik kelas dia terus tanya mama mana kek adik? yg bestnya teacher mandikan dia siap buat rambut utraman lagiii..... nakal sgt2... babah pun gelak tgk gelagat buah hati pengarang jantungnya... 

Bermulalah kemarin adik dah tak pakai pampers diumah sebenaqnya dia dah dilatih di nusrey oleh teacher tak pakai pampers tp bila balik umah tetap gak nak pakai....  save babah pasni kurang lagi la kos pampers sekarang perbelanjaan pampers hanya utk angah n adik (mamat). Angah memang pakai pampers time tdo je so now adik la ikut angah pakai time nak tdo je.. Cuma sekarang kos susu masih berjalan macam biasa sebab tak nampak tanda2 kurang pun,... yg bestnya 3 hero ku masih minum susu along siap dalam botol lagi..Ini pendapat kita la susu tu bagus utk anak2 n org dewasa malah tua sbb blh membantu menambah zat dlm badan kita terutama pada 'culsium' so kita rasa tak salah anak2 nak teruskan meminum susu mungkin yg tak bagusnya along jelah masih mengunakan botol susu bila mahu menyusu, nak buat mcm mana sbb adiknya lagi 2 org masih menggunakan botol juga so sure perasaan ketagih ada lagii.... Tp entah la bg kita biar jelah sampai satu tahap dengan hati terbuka dia meninggalkan botol tersebut..,insyaalllah.... yg penting niat mama bukan nak ikut kehendak anak cuma mama nak along dapat khasiat hasil minuman susu tu...  
Sekarang angah dah jarang buat perangai pada mama... semua org puji nampak kurang banyak tp masih ada la sikit2 tp alhamdullah so sekarang angah dah jarang kena pukul dgn mama... bukan mama tak sayang angah, mama sayang angah sgt2.... tp kekdg perangai angah buat mcm mama tak blh terima,... sampaikan jatuh kasihan lak kat adik (muhammad) pandai bawa diri dan jarang buat perangai kalau nak susu dengan ayat penuh kelembutan n cair dibuatnya... Tp mama faham angah pernagai mcm tu sebab nak perhatiankan..angah n adik beza umur setahun sorg, org tua2 cakap angah tak puas manja dah dapat adik... Tapi sekarang angah dah banyak kurang sampaikan dia sendiri blh kata balik kat kita " mamaaaa...... angah tak buat perangai punnnn!!!!!" maksudnya angah faham apa yg di lakukan dan memahami apa yg mama rasa....  

Mama cuma ada 3 anak je dengan izin allah s.w.t so mama harap anak2 mama akan bersama mama serta saling sayang menyangi serta rapat sampai bila2.... Tp sekarang pun dah nampak kalau sorg je tak dak pasti masing2 sebut n cari.. Mcm baru2 ni kita tinggal anak2 kat Kg., time tok abah nak hantaq balik along tak nak balik lagi nak duduk lagi di langkawi tp angah cakap kalau along tak balik! angah pun tak nak balik.. so along pun terpaksa balik. Dan andak pula hantaq msg kat kita gtau ayat adik pada along, " Along jom balik,... nanti babah marah" sampaikan andak tak percaya sampai macam tu pandai anak2 mama bawa diri bila tiada mama dan babah disisi mereka....Kemarin along dah mula bawa balik keputusan paper exam sebelum cuti sek baru2 ni.... so far tak lagi 100% tp tiada lagi B so faham2 jelah..... tak palah mama terima apa saja result anak mama, mungkin along dah cuba yg terbaik tp rezeki itu shj.. tp jgn putus asa dan rasa cukup dgn apa yg diperolehi perjuangan along terlalu panjang demi masa depan anak sulung mama ini......

Oklah nnti kita sambung lagi ye.... share story my 3 hansom boy's... now prepare go to meeting see u all next N3.... bye love u all my blogger......


Thursday, 9 June 2011

Happy Bthday Syed Muhammad - 3th

kek ke2 besar skit utk alamku kek 1 x sempat ambk gambor lagi pun 1/2kg je gambor ben 10
Assalamualaikum.... genaplah umur adik ari ni 3 tahun... Selamat ulang tahun kelahiran adik semoga menjadi anak yg soleh n berjaya didunia mahu pun diakhirat.. mama n babah sayang sgt2 kat adik... Adiklah anak bongsu n penawar kepada mama n babah... celebrate btday adik kita buat kat umah tok ndak kat cinta syg, coz kebetulan mmg kita nak pergi beramai disana memangdangkan mak kita ada disana. Mak datang dari langkawi semata-mata pergi KL g ambk maksu (sakit) so mak pergi dgn makndak. Saudara sebelah mak gaduh mcm mn pun sekejap je pastu berbaik semula tanpa perasaan dendam, kita rapat sgt dgn saudara sebelah mak termasuk anak2 kita.. Kita  beli kat Ben 10 je, ingat ari ahad nak beli sebiji lagi nak hantaq kat alamku coz asanya x adil la pula abg2 buat kat alamku tp adik x buat. tp mlm tadi pun dah agak meriah sbb ramai gak saudara mara kita ada masa tu..Turut hadir tuan umah Dr Ku n family, maksu n cucunya, mak cik sefamily,. adik lelaki aku sefamily dan kami sefamily ramaikan...... menu malam tu... nasi, pulut durian, kek bthday dan buah tangan dari comeran dari hafed (adik lelaki), alia n danish... tq gak nak wish kat sini pada dia org sebb sevenior t-shirt melaka pada 3 hero kulim.... nice n TQVM tanda ingatan kalian.... 

Wednesday, 8 June 2011

asyik tdooo je

assalamualaikum.... satu hari ari ni kita keja tdooo je tp masak kita masak juga cuma x sempat mengemas umah n basuh baju coz letih sgt2 n rasa lali jeee... mungkin perubahan cuaca agaknya di china masa or time sama mcm kita tp bezanya petukaran malam n siang x sama time cth di beijing mahgrib sama mcm malaysia tp subuh terlalu awal jam 2 lebih dekat kul 3 pagi udah masuk solat subuh n then kul 4 matahari udah naik... so siang lebih banyak dari mlm.. so sampai semlm kat umah dah kul 12 mlm, keluar dari hotel dbeijing kul 8.30pg satu hari perjalanan pulang yg diambil mana x letihnya.. tp yg pastinya kita happy dpt jumpa anak2 n mr hubby tercinta. TQVM MR Hubby coz mengizinkan mama n menjaga anak2 dgn baik dan yg mama tabit mr hubby menguruskan anak2 bersendirian selama 2 hari dan siap masak nasi sendiri walaupun lauk pauk dibeli dikedal tp balik menghidang kepada anak2.. mama bangga dgn pergorbanan suamiku tercinta.. sampai je diumah terus kena buka beg coz anak2 x sabar nak tgk layang2 yg kita belikan utk dia org... terus main dlm umah walaupun dah tengah mlm... brg2 lain seperti baju dia org x layan pun... nasib baik mama beli juga layang2 tersebut kalau tak kesian pada anak2 mama sbb dia org mengharapkan mainan shj...

Tuesday, 7 June 2011

Hujan emas dinegara org lebih baik hujan batu dinegara sendiri...

mcm x pecaya dapat tgk great wall china...

Bangunan GOV. CHINA (4tingkat- bawah jual pasu n hiasan, ting2-4 restaurant termasuk surau)
Assalamualakum... Alhamdullah bertarikh 3.6.2011 hingga 7.6.2011 perjalanan lawatan kerja geng ofis ke beijing selamat pergi n balik walaupun terdpt ujian2 kecil yg dihadapi disana. jadual yg diatur disana terlalu padat, kerna negara china sendiri dah besar n beijing shj pun agak besar coz nak ke satu tempat ke tempat yg lain agak jauh. terlalu indah n banyak yg diperolehi hasil lawatan tersebut., kita blh mengenali budaya cina, cara hidup mereka, sosial life mereka, makanan mereka dan byk lagi,.. Apa2 pun mmg beza budaya kita dan mereka even budaya cina m,sia pun lari jauh dgn cina sana.

Disana kita berpeluang melihat banyak kawasan readah n rekriasi seperti summer palace, bangunan kerjaan beijing, istana batu lama (Mau Chu Tong) berjalan dari pintu masuk hadapan hingga pintu keluar belakang mengambil masa 1jam tanpa erhenti rehat betapa jauh n luas kawasan istana tersebut yang berada di bandar beijing. great wall yang mana panjang 6000KM yang mana sudah beratus tahun pembinaan tetapi masih kukuh dan menjadi tumpuan disegenap dunia betapa hebatnya ilmu dalam pembinaan di China. 

Pengalaman melihat keunikan pembinaan bangunan disana hanya menggunakan ikatan bata tanpa lepaan pada dinding serta cat bagi menghiasi bangunan2 tersebut. Tetapi dgn ikatan bata itu shj dapat mengambarkan keunikan n klasiknya bangunan disana,(mantenan kurang) . kalau di negara kita ibarat banguan tidak siap aje.... tapi yang paling tertarik dimana kehalusan seni ukir bikar, kayu dll (seni ukur cina) sangat2 cantik dan kreatif. Disana sistem peparitan tidak kelihatan semua tertutup dan diatasnya dijadikan laluan berjalan kaki.. tp kaedah ini blh dilaksanakan disana kerana mungkin keadaan cuaca disana kurang tadahan air memandangkan mereka mengalami 4 musim dan panas disana panas kering patut la org china kurang mandi n tak perlu menyalin baju banyak coz bila panas kering peluh kurang bayangkan kita berjalan sejam pun peluh sedikit je. Kalau ditempat kita pasti bau busuk peluh hanggit......hiiiii

Disana tiada perniaga di tepi jalan 'tetap ' kerana disana penguatkuasa  aktif sekiranya terdapat shj sekejap saja mereka datang angkut. Tetapi banyak perniaga jalanan (membawa brg sambil berjalan) ini kekadang menganggu para pelancong bila berjalan disana. Dan disana juga terdapat org berjalan mencari bahan2 'recycle ' x dak perasaan malu atau segan sehingga kan botol didlm tangan pun sudah dimintaknya... 

Keadaan shoping disana unit dan tidak ada di malaysia iaitu paksa rela.... hiii disana letak harga tinggi giler... masa ni la kita buang masa tawar menawar dgn dia org... sehinggakan kena marah stupid, crazy dll dlm bahasa cina.. kita org pun kata gak la dlm bahasa kita dia org bukan faham tp semua itu pengalaman indah yg ku lalui. Sekiranya kita tidak berjalan pasti kita tidak tahu budaya bangsa asing bagai mana.. Bila dah lalui baru blh menilai betapa baik n tenangnya bila berada di negara sendiri...

Tp apa2 pun kalau takat nak berjalan melihat keindahan ciptaan allah t.a yang terlalu indah memang best. Di harap rezeki ku utk melihat kebesaramu ya Allah tidak terhenti n berakhir di sini harap2 ada peluang, umuq panjang dan murah rezeki, peluang lain kembali lagiii.....InsyaAllah hanya dgn keizinan mu juga semua ini terjadi dlm apa keadaan sekali pun... 
kat depan hotel TAILONG PLAZA, Beijing China (5star)

Botol yg didalamnya telah dilukis gambar great wall n amoi ni sedang menulis nama ku di dlm botol tersebut
 

Thursday, 2 June 2011

Sedih....sunyiiii dan rinduuu pada anak2 mama...

Assalamualaikum... mama sedih la nak tinggal anak2 mama tadi... mama sempat salam
n cium adik je sebelum dia tdo dlm buaian td.. tu pun adik heran n tanya "awat ma! awat ma!" dia pun rasa pelek selalu mama akan cium mlm je.. mama sedih n berat ati nak tinggal anak2 mama.. tp dah terpaksa so dgn berat hati mama melangkah jua. cuma terkilan x sempat nak cium along n angah sebelum ke jetty coz mak tok x kasi, mak tok takut anak2 mama nagis n mama pun nagis sama. walaupun hanya 5 ari tp rasa mcm lama nak pisah dgn anak2.. sampai umah terus sunyi sepi., x best langsg.. kul 12 td angah mintak nak ckp dgn mama pada tok abah. tok abah tel bg angah ckp, mama tau angah mengelisah sbb x blh peluk mama n merap mama.. x pa belajaq esok2 angah nak kena tinggalkan mama jua.. adik under control mak tok kata anak2 mama bila mama x dak cukup2 cerdik n pandai bawa diri n dgr cakap mak tok kata.. Anak2 mama jgn nakal2 sian mak tok walaupun penat n sibuk urusan kedai makan time cuti2 sek ni tp masih terbuka menerima kehadiran anak2 mama. Mcm mana la nak balas jasa mak tok n tok abah, dah berfamily pun masih mintk tlg depa lagi. sedangkan depa dah cukup susah payah membesarkan mama. Terima kasih mak n abah jasamu x terbalas hanya doa dari seorg anak mngiringi Setiap saat... Insyallah.. Along ok dah besaq n x maslah bila mama tinggalkan cuma x pandai lagi angah n adik tp mlm tadi atok abah sampai dari a.sataq semua cucu happy n mlm ni semuan nak tdo dgn atok abah... nasib baik atoknabah last ari ni... Selamat Berpencen Abah.....esok jam6 pg bermula la perhalanan ku ke beijing semoga allah peligra n peegi n blk....