3 hero comel mama 2011

Wednesday 25 July 2012

Baru rasa nikmat berbuka puasa.

Alhamdulillah.., syukur puasa hari ke 4 kemarin n hari ni hari ke5 dpt menikmati berbuka satu family, mama pun masak bukan main la.. Kemarin siakap 3 rasa, tomyam ayam n kangkung serta keowteow goreng. Seronok along mkn habis nasi time berbuka berselera mama nampak dia. bila mama tanya dia jwp ya la babah ada dan ramai2.. So hari ini lak mama masak daging masak kicap, paprik ayam dan tomyam ayam berbaki kemarin yg dipanaskan. Dan mama tambah dgn 'sausage roll' pic ari ni tak sempat nak ambk kemarin punya juadah sure ambk :))

Solat tarawih..

Alhamdulillah.... syukur....babah, mama, along, angah n adik dpt bersama pergi mengerjakan solat tarawih pd smlm dan mlm ini. Ini pun sbb babah cuti so besok dah babah keja, mama kena buat kat umah ja. Rasa tak terkawal mama dgn 3 heros yg aktif terutama adik. Angah this ok, along sure la ok coz dia tau adap dlm surau/ masjid. Mungkin tahun depan adik dah umur 5thn adik akan cerdik sikit dan dpt mama laksanakan tarawih lagi.. Insyak allah kalau allah s.w.t masih memberi peluang keemasan ini. Tapi mmg seronok la, hanya setahun sekali kita jumpa dgn tarawih dlm bulan ramadhan penuh barokah ini. Tunggu 4 hari lagi insyak allah mama akan ikut babah pergi mengerjakan solat insyak Allah..

Surau taman cengal mengerjakan solat 8rakaat sunnat tarawih dan 3 rakaaat sunat witir.. diantara 4 rakaat imam berhenti memberi tazkirah(ingat memperingati) smlm bab nikmat bulan posa.. mama ambk tips sikit ustaz bgtahu pertua utk org gestrik dan batuk, dia kata semasa sahur minum susu bersama kurma, insyak allah kita tak akan kena gestrik dan batuk cuba susu bersama madu lebah. Ini semua adalah sunah Rusulluallah.. dan mlm ni tazkirah mengenai Indahnya iman.. so dlm indahnya iman ni kita akan seronok, ikhlas dlm melaksanakan ibadah yg dituntut kpd kita semua. cth puasa, tarawih dan tadarus al-quran. Lepas dgr tazkirah sambung pula 4rakaat tarawih b akhir sekali 3 rakaaat solat witir. Selepas solat surau adakan 'kenduri more' utk jamaah. Rumah kita kena pd 29hb ni khamis. babah ckp bg duit je sbb selalunya kak illah kariah taman yg akan sediakan juadah tersebut. Tiap-tiap tahun mcm ni, suka sgt sekurang2 dpt juga buat kenduri bulan bonus ni.. Semoga amalan kita diangkat dan diterima oleh Allah s.w.t insyak allah.. amin

Tuesday 24 July 2012

Kejadian yg tidak diduga...

Kejadian selasa 23/7/2012, mama round kulim nak cari baju raya untuk mama. Untuk babah dan anak2 dah siap dgn sampin, cuma songkok ja belum cari. Sampai je mama dekat Pekan kulim mama masuk parking yg bersebelahan dgn wakaf rehat berhadapan balai polis trafik kulim. Hajat mama nak turun pergi servey baju kat butik Peach. Sesampai je masuk kotak parking, dengan pantasnya seorg lelaki india menuju kearah mama, tangan mama terus 'lock' pintu kereta nasib baik tangan mama cepat dan tepat. Kekadang lock tu pun tak perasan hat atas tutup n bawah buka. So dia mintak mama buka tingkap, mama buka juga tapi sedikit agak2 blh dengar suara dia. Bila dah mama buka tingkap kereta, dia mintak duit nak makan. Mama pun bg la rm1, mungkin sedikit bgnya lalu dia bgtahu yg dekat wakaf tu ada suami&isteri serta seorg anak perempuan (umur 3-4thn),tiada tempat tinggal, tidak makan dan kesian la dia pun org melayu juga. Bila mama pandang mereka je si isteri mcm sisih rambutnya tanda malu ka apa ka entah la.. Lalu mama bg lagi pada india tu rm10, wang tersebut terjatuh sbb mama kan bg ikut tingkap yg agak kecik bukaanya. Dia ambk duit tu terus pergi mendapatkan mereka bertiga, mama nampak riaksinya bercakap dgn wanita itu mcm ajak ke Nasi Kandar Pelita seberang jln dgn tempat km. Wanita tersebut mgelingkan kepala tanda tidak mahu. Dan mama nampak wanita itu meminta wang dr india td, tapi india tadi mcm tak nak bagi shj. Lalu mama terus buka tingkap luas dan bgtahu dia suruh bg pada mereka. Mungkin dia tgk mama masih berada disitu tgk situasi mereka, lalu india td terus pergi meninggalkan tempat tersebut. Wanita tersebut terus melulu dtg siap mintak simpati agar tunggu dia, mama tak sampai hati nak berlalu dr situ. Mama pun tunggu sehingga dia dtg, terus dia cakap yg india tadi tipu adik saja, dia guna km utk dapatkan agar dia dpt membeli air arak.Mama tanya kakak itu, kakak tinggal mana? dia bgtahu tiada tempat tinggal, dtg dr alor star dan katanya ptg itu nak blk ke alor star blk.. apa yg kakak itu bgtahu sama mcm india tu cakap. Kebetukan mama memang tiada wang kecik dah, nak bg rm50 mcm tak patut sgt sbb dia ada suami dan lihat mereka pun masih sihat lagi. Mama cekalkan hati bgtahu, sy nak buat mcm mn kak! niat sy memang sy bg duit tu utk anak2 kakak ini, sy nak bg tambah pun sy dah tak ada duit kecik lgsg. Lalu mana pun terus berlalu dr tempat parking tersebut. Mama cakap dgn kakak tu pun buka tingkap sikit ja, mama takut bukan nak pandang hina tapi zaman skrg mcm2 boleh jadikan.. Mama terus blk rumah cerita kat babah, so babah kata tak usah fikir niat mama bg sbb dia cakap nak makankan!..

Sebelah ptg mama masuk ofis blk tak bape lama dtg seorg hamba allah ke bilik mama, dia dulu bekas staf mama di departmant lama, dia ada pinjam duit mama rm50/- tapi mama dah ckp dekat dia HALALkan duit tu ingat sedekah je ye la dah kat 2 thn rasanya. Tapi mcm mn pun mama tak tau mcm mn blh dia ada niat utk bayar blk. Pd awal mmg mama tak nak duit tu takut buruk siku lak, tapi dia cakap bos ambk la.. kalau bos tak mau ambk anggap sy sedekah pd bos. Mama jadi serba salah mama ckp sy bukan mintak na.. dia jwp mmg bos tak penah mintak pun.. sy nak ucap terima kasih byk2.. Lepas dia pergi mama tak ingat apa lagi, dgn apa yg berlaku. tapi bila blk umah masih memikirkan kejadian yg berlaku, baru mama perasan mungkin la itu yg dinamakan rezeki Allah s.w.t mungkin sbb mama kena tipu dgn hindu tu hanya rm11/- tapi digantikan blk dgn rm50/-.. adakah mungkin atau kebetulan semua ni hanya Allah s.w.t je yg mengetahui apa yg dah berlaku dan akan berlaku.. Wallahualam.. Tapi apa2 pun mama bersyukur sbb mama selamat dr perkara bahaya.. Alhamdulillah...

Sunday 22 July 2012

Menu berbuka hari ke2 puasa

Mama dah buntu nak masak utk along ni tau.. semlm sahur pun tak abis mkn, mama buat nasi goreng. So hari ni pas balik keja, sebelum keluar simpang ofis ternampak pakcik jual nasi lemak pagi dia buka petang pula jual atas keta tolaknya..Ingatkan pak cik tu still jual nasi lemak rupa2nya dia tukar menu jual nasi arab tapi nampak merah mcm nasi tomato ja..so fikir punya fikir ambk jugalah nasi dua bungkus, rendang daging seketul.. Mama dah plan nak masak ayam kicap resepi mak tok langkawi, along suka sgt... so terus ambk anak2 dr Alamku bawa blk umah.. Sampai je terus tukar baju dan masuk dapur coz masa masih berbaki 1/2 jam sebelum babah pergi keja.. Babah tunggu ayam masak kicap utk dibawa kekilang, air tangan bini la katakan.. So mama pun buat la, nak share resepi tak? jom layan resepinya, agar dpt membantu bloger..
1) ayam digoreng dahulu(kunyit+garam)
2) tumbuk halia n bawang putih sedekit..
cara-cara masak...
* masukan minyak masak sedikit dlm kuali, masukan halia+bwg putih yg tumbuk halus/blander..Agak kuning masukan cili kering mesin, sos cili, sos tiram, kicap manis, gula+garam dan serai ditindik.. Agak menidis masukan ayam goreng dan alihkan sehingga agak2 kering/ berkuah ikut citarasa masing2. Last masukan bawang besar dibelah bulat2..biar sekejap dan blh tutup api dan dihidangkan..Kalau mak tok buat, kuah dia kering sikit/ pekat berminyak.. kalau mama kat umah mama bg berkuah sbb mudah anak2 sbb dia org suka kuah kicap taruh kat nasi.
note: apa pun tak sama air tangan mak tok juga la... mama pun rindu masakan mak tok tau...

Saturday 21 July 2012

Hari pertama berbuka bg thn 2012

Alhamdulillah.. dgn nikmat allah s.w.t kita semua dpt dah sehari berpuasa/sebulan bg thn ini.. Walaupun mama sedih sbb x dpt merasai nikmatnya tapi mama tetap tak sabar nak laksanakan tanggjawab ini.. so berbuka nnti along akan berbuka seorg ditemani mama n adik2.. dan babah berbuka dgn kawan2 di kilang.. Mama siapkan bekal juadah utk berbuka utk babah iaitu gulai pisang bsama ikan ketul, maggie goreng dan kurma. Sebelum puasa babah dah pesan pada mama berbunyi bergini " mama, puasa tahun ni jgn masak byk2, jgn beli byk2 sehingga jatuh membazir k" mmm mama kata ok memang mama ada azam tak nak beli byk2 kat pasar ramadhan pun.. hajat dihati nak masak ja.. mudah2an allah s.w.t memberi kekuatan dan kesabaran spanjang bulan yg penuh barakah ini.. mama nak ambk peluang nak kutip sebanyak mana bonus yg allah s.w.t telah janji akan hamba2nya.. Insyak Allah... Selamat berbuka puasa utk mak abah mkn ingat km disini ya.. mak abah mertua, adik beradik serta seluruh umat islam yg megerjakan ibadah ini..dan juga selamat bertarawih...

Friday 20 July 2012

Mlm pertama tarawih dan sahur

Hari ni bermulalah mlm pertama kaum muslimin n muslimat menunaikan solat tarawih bg thn ini. Esok pagi mama n along je bangun sahur coz babah bersahur di kilang... cukup tak best kalau sahur n berbuka babah tak joint sekali.. kalau babah ada letih mama masak pun hilang tgk babah n anak2 makan. Tapi dah tuntutan mencari rezeki utk keluarga so redho jelah.. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari lepas2 utk semua hamba2 Allah s.w.t... amin

Thursday 19 July 2012

Dah nak puasa bg thn 2012

Alahmdulillah, syukur kehadrat illahi kerana masih memberi peluang menikmati kehidupan yg sementara di atas bumi Allah s.w.t ini. Insyak Allah semoga Allah terus memberi hidayah serta pertunjuk kejalanmu dan mama berazam agar ramadhan kali ini akan merebut sebanyak mungkin ibadat yg dituntukan oleh semua hambanya.. Insyak Allah... jgn kau gelapkan hati kami ya allah, jgn kalau tutup pintu hati kami jalanmu ya allah, jgn kau buang kami dr rahmat serta hidayah mu ya allah.. dan jauhilah km dr api neraka serta senaraikan km kedlm senarai ahli syurgamu yg mana nyata lagi benar.. Sesungguhnya kau maha pengampun lagi maha mengasihani oleh itu ampun nilah segala dosa2 besar atau dosa2 kecil kami yg selalu alpa, lalai n lupa seketika akan kehadiran dan padamu ya Allah s.w.t...Amin ya robbalalamin..

Sunday 15 July 2012

new port for my heros....

weekend jumaat mama n babah bawa anak2 main kat tesco sambil cari brg dapur sikit.. sabtu mama bawa anak2 g kelab renang mpsp bukit mertajam dgn k.liana n anak2.. saja nak try so far so gud la mcm ok la... pg ni adik dah dok sebut2 nak pergi lagi.. insyak allah jumaat ni kita pergi k.. Mama suka layan anak2 mcm ni rasa masa ni la mama nak penuhi kehendak dia org esok2 dah besar2 dia org akan pilih cara sendiri.. Masa tu mama hanya pantau dr jauh je anak2.. coz anak2 akan sibuk hal sendiri.. mama lv u all along, angah n adik... cayang sgt2...

Tuesday 10 July 2012

kenduri tahlil n sambut puasa

Alhamdulillah.......7/7/2012 hari sabtu, mama, mak tok aloq staq, uncle bazli dll bertungkus lumus siapkan bihun goreng utk dibawa ke masjid PKNK utk adakan kenduri tahlil dan sambut ramadhan dan doa selamat untuk tok walid sekali.. Mama dah siap beli barang utk kenduri dan sedikit barang dapur utk persediaan ramadhan diumah mak tok n tok walid sepajang puasa.. sian lak sapa pun x dak nak urus utk mereka.. Seronok gak kita pakat2 masak babah n uncle bazli kacau kuali besar yg dibawa dr kantin seknya...mama masak kat dapaur dlm umah pakai kuali kecik mak tok ja... bihun yg kita sediakan 9kg pd hari tu, x masuk sayur2 lagi sebesan besaq juga la dapat... dalam 150 tappaw dapat.... Pak su n babah pergi masjid hantar dan langsung solat asar serta ikut serta adakan tahlil dan doa selamat sekali... Tok walid still kat rumah juga, harap2 to walid cepat sembuh dan boleh berjalan ke masjid seperti sedia kala.... Tok walid pun dok susah hati dgn nak masuk ramadhan yg setahun sekali, yg mana semua berebut2 tambah amalan dgn tarawih, tadarus serta kiamulai...

Insyakallah semua atas kekuasan Allah s.w.t hendaknya.... Dan kenduri ni pun sbb ingat kat tok walid dan bg semangat kat dia juga... tapi nampak tok walid seronok je.... Lagi 10 hari je ramadhan akan menjelma, harapan mama sekeluarga agar ramadhan kali ini lebih baik dr ramadhan yg lepas2...Insyak Allah....amin

Tuesday 3 July 2012

mum proud of u along....

Alahmdulillah... mama bangga dgn along coz semangat nak cuba puasa sunat hari ni bersamaan 13 syaaban. Mama mmg tak confdent along boleh abiskan posa sunat hari ni, sebelum ke sek berkali2 mama tanya along sure ka ni leh posa abis. Along dgn confdent menjawab ; Along boleh mama! Mama dok kat ofis dok teringat kat anak mama bertuah ni, mcm mn agaknya along disek dgn semua rakan2 seronok dok makan dia tak makan. Bila sampai alamku mama terus tel teacher imah tanya along mcm mn still posa atau tidak? teacher jawab along masih bertahan, ya allah seronoknya hati mama alhamdulillah kau lembutkan hati anakku kejalanmu tanpa dipaksa. trpat kul 5 terus angkat handbeg nak g ambk anak2, tak sabar nak jumpa along. Masuk je dlm kereta terus mama soal along itu ini.. mama tanya ada sapa2 posa tak? along cakap dlm kelas along, along sorg je posa mama.. pastu time kawan2 mkn along dok mana? along jawab along pergi surau ambk air sembyg terus dok dlm surau.. alhamdulillah sejuk mama dengar along.. So mama dah siap beli kuih muih dan mama kotakan janji mama kalau along dpt posa habis kita buka posa dgn kfc. Mama tanya juga nak buka posa kat kfc or kat umah? along jwb kalau kat kfc kita kena makan cepat2kan mama sbb nak sembyg maqrib pula.. Emmm betoi tu so mcm mn along buat keputusan. oklah mana kita beli mkn kat umah jelah.. Mama setuju sgt la cdgn along. so kul 6.50 ptg kita kuaq g tesco sebelah tanam utk beli kfc sampai rumah blk jam 7.15 mcm tu.. Along dah tak tahan n tak sabar bau kelazatan kfc sampaikan adik2 pun dia tak bg mkn. Angah n adik pun tahan la tunggu sampai waktu berbuka barulah mereka pun mula mkn bersama2 selepas semua baca doa mkn. Happy sgt ari ni dgn anak2.. babah x joint coz babah keja malam dgn anak2 pun tak jumpa sehari semlm dah...;(